"Lama kau tunggu aku?" Soal Zuhair.
Wajah serius Adam dipandang.Hari ini Zuhair tekad mahu menjelaskan siapa Hana yang sebenarnya.
"Memang orang melayu punya janji macam keling ae?" soal Adam geram.
"Sorry aku lambat.Bukan sengaja." balas Zuhair melabuhkan duduk disebelah Adam.
Tepi tasik buatan menjadi tempat perjumpaan mereka.Malam itu pula,tasik buatan itu sunyi dan tiada pengunjung.Seolah mengerti suasana yang tegang diantara Adam dan Zuhair.
"So,apa yang kau nak tahu dari aku?" Zuhair menyoal perlahan.
Adam bangun dari kerusi panjang dan bergerak beberapa tapak ke hadapan.Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar jeans.
"Siapa Nurul Hana sebenarnya? Apa kaitan dia dengan kau?" soal Adam tegang.
Zuhair bangun dan turut bergerak menghampiri Adam.
"I'm sorry Adam.Hana,she is my wife."
BUK!
********
"Astagfirullahalazim..kenapa dengan muka awak ni?" Soal Hana risau.Habis bengkak dan lebam muka Zuhair.Dan terdapat kesan darah ditepi bibir dan dihidung Zuhair.
"Aku jatuh tadi." balas Zuhair sambil mengerutkan wajah.Sakit mulutnya ingin berbicara.Tumbukan Adam betul betul padu hingga rahangnya sakit apabila ingin berkata.
"Jatuh? Amboi alasan awak tu,untuk kanak kanak dorang percaya lah.Ni kesan kena tumbuk ni.Awak bertumbuk dengan siapa?" Hana membelek luka dan lebam Zuhair.
Zuhair menepis tangan Hana dan duduk diatas sofa.
"Dah tau kena tumbuk lagi mau tanya.Aku dah tengah sakit ni,jangan tambahkan sakit kat hati aku pula.." balas Zuhair geram.
Hana terus berjalan ke arah dapur.
"Hurm,berambus pun." Zuhair mengeluh lega bila tubuh Hana sudah hilang ke dapur.Namun matanya terbeliak bila Hana datang semula bersama kotak first aid di tangan.
"Wait! Kau nak buat apa?" soal Zuhair.
"Nak goreng ikan." spontan Hana membalas.Kotak first aid itu diletak diatas meja dan dibuka.
"Aku tanya jawab lah betul betul! " Zuhair sudah mula angin.
"Dah nampak lagi mau tanya.." Hana memulangkan semula kata kata Zuhair tadi.
Hana ke dapur semula dan datang bersama mangkuk berisi air suam dan tuala kecil. Tuala kecil direndam air suam sebelum tuala kecil itu dilap ke luka dan lebam diwajah Zuhair. Zuhair hanya membiarkan.
Setelah selesai membersihkan luka Zuhair dengan air suam. Hana mengambil ubat kuning dan dituang pada kapas.Hana sapu kapas yang sudah kekuningan itu pada luka Zuhair.
Sesekali mulut Zuhair berdesing kesakitan kerana lebamnya ditekan Hana.
"Kau ni nak bunuh aku ke?" marah Zuhair sambil menepis tangan Hana.Hana membuat memek muka mengejek dihadapan Zuhair.
"Tekan lebam je, ada sampai mati ke?" soal Hana.
"Sejak bila kau pandai menyakitkan hati aku ni?" soal Zuhair pelik.
"Sejak saya diduakan." terus Hana bangun dan membawa kotak first aid bersama mangkuk berisi air suam dan tuala itu ke dapur.
Zuhair kaget seketika.
*******
Adam menghenyak kasar punggungnya diatas sofa lembut diruang tamu rumahnya.
Penumbuknya dikepal.Teringat kejadian tadi.
"I'm sorry Adam.Hana,she is my wife." Zuhair menepuk perlahan bahu Adam.
"Wow..gurauan apa kau sedang buat ni?" soal Adam dengan tangan menggeletar.
"No! Aku tak bergurau Adam.Hana memang betul wife aku.Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau dari awal lagi." Zuhair bersuara sedikit kesal.
"Kau tahukan aku suka Hana.Dari pertama kali aku jumpa dia.Kau tahu semua tu,kenapa kau biarkan perasaan aku pada Hana bercambah? Look,Hair..aku tak main main tentang Hana." Adam sudah menggigil.
"Sorry Adam."
BUK!
Jatuh terbaring Zuhair diatas rumput ditepi tasik buatan itu.Zuhair terkejut sambil memegang tepi bibirnya yang terasa sakit.
Darah.
"Apa ni Adam? " soal Zuhair dengan nada tinggi.
"Sorry je tak cukup lah! Aku punya perasaan kau permainkan.Kalau dia isteri kau,kau seharusnya bagitahu aku! Kau buat aku suka Hana and the end kau kata dia wife kau?Apa ni?" marah Adam kuat dan lantang.
Zuhair bangun dan mula menghayunkan pula penumbuknya kearah Adam.Mereka berbalas tumbuk menumbuk dan mula bergelut seketika sebelum berjaya dileraikan orang awam yang kebetulan lalu disitu.
Adam dan Zuhair berjaya dipisahkan,sempat Adam bersuara sebelum tubuh Zuhair hilang ke dalam kereta.
"Aku akan dapatkan dia, no matter what! "jerit Adam kuat.
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .