bab 55

22.9K 580 24
                                    

Bunyi muzik yang kuat dengan pengunjung yang hadir membuatkan suasana kelab malam ternama itu menjadi bising dan riuh.

Dengan asap terbang ke sana sini dan ada beberapa pasangan yang menari dalam keadaan ghairah.

Ya,inilah tempat ku! Bisik hati Balqis.

Balqis berdiri disebalik kaunter,menunggu pelanggan memesan jenis minuman ber-akohol.

Pakaiannya yang terdedah sesekali mencuit mata pelanggan yang hadir.

"Balqis,ada someone nak jumpa
kau kat pintu depan."laung Lan rakan sekerja Balqis.

Berkerut dahi Balqis.

"Siapa nak jumpa aku?"soal Balqis pada Lan.

Lan menjungkit kedua bahu. "Entah.Aku tak pernah nampak mamat tu datang sini."jelas Lan sebelum berlalu.

Mamat?Adakah...

Laju Balqis berjalan ke arah pintu keluar.Lemah lututnya pabila terpandang susuk yang berdiri ditepi pintu kelab malam sambil memegang sejambak bunga.

Senyum manis berserta lesung pipit dihadiahkan buat Balqis.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Balqis lalu menghampiri.

"Saya cari awak lah.."Adam tersenyum lagi.

"Buat apa cari aku sampai kat sini?Jumpa kat luar saja lah."marah Balqis.Ditarik Adam ke tempat yang sedikit tersembunyi.

"Kenapa tarik saya ke sini?Awak takut siapa nampak?" Soal Adam.

"Ini kan tempat kerja aku.Aku takut boss aku nampak lah.." Balqis perlahankan suaranya.

"Hah?Ini tempat kerja awak?"soal Adam,kaget.

"Yelah.Habis kau ingat apa?Rumah aku?" Balas Balqis.Geram.

"Dan..baju seseksi ini baju kerja awak?" Soal Adam,mata tak lepas dari memandang susuk tubuh Balqis yang terdedah.

Tertelan sedikit air liurnya bila dada tersembul Balqis terlanggar lengannya.

"Kenapa?Kau ada masalah ke dengan baju yang aku pakai?" Balqis menilik pemakaiannya.

Adam tepuk dahinya.Jambagan bunga dihulur pada Balqis dan Balqis menyambut tanpa banyak soal.

Sweater yang tersarung ditubuhnya Adam tanggal dan pakaikan pada Balqis.Terkejut Balqis dibuatnya.

"Adam! Apa ni?!" Balqis cuba menanggalkan sweater tersebut namun gagal bila tubuhnya dipeluk erat.

Pelukan yang kuat hingga tidak terdaya Balqis meleraikan.

"Tolong,ikut saya.."bisik Adam ditelinga Balqis.

"Aku tengah kerja-"

"Berhenti!" Kata Adam sebelum tubuh Balqis dicepung dan dibawa ke keretanya.

Balqis terdiam.

-------------------------------------------------------------

"Hai!" Sapa Zuhair.Hana menjeling dan berlalu.

"Hai?Nurul.Awak okay tak ni?" Soal Zuhair,masih cuba menegur Hana.

Hana menyibukkan diri mencari beberapa barang dapur yang diperlukan.

"Nurul?" Zuhair berdiri dihadapan Hana, memandang terus ke mata Hana.

"What?" Soal Hana ,geram.

"Saya tegur,kenapa awak buat tak layan?"soal Zuhair,wajahnya sudah masam.

"Kalau seseorang tak layan itu bermakna dia tiada mood atau dia tak mahu ditegur.Faham?" Hana membalas renungan Zuhair.

"Lah kenapa ? Tak baik macam tu,Tuhan marah tau.."Zuhair berjalan disebelah Hana ,mengikut Hana mencari barang dapur dari satu rak ke satu rak.

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now