Daun pintu bilik ditolak perlahan . Susuk tubuh Hana yang sedang duduk dibirai katil dipandang sekilas .
Hana mendonggak wajah memandang susuk manusia yang dia nantikan sedari tadi .
Pintu bilik ditutup dan Zuhair melangkah perlahan ke meja solek . Tubuh Zuhair menghadap cermin dan membelakangkan Hana .
"Apa yang kau nak cakap sangat ?" Soal Zuhair dingin dan kasar . Tiada lagi kemesraan dan gurauan seperti sebelum ini .
Hana memejam mata dan membuka perlahan . Wajah suaminya dari pantulan cermin pada meja solek dipandang dalam , mencari jawapan pada perubahan sikap suaminya . Namun tiada jawapan .
"Awak pergi mana malam semalam ?" Soal Hana tenang .
Zuhair berpusing dan menyandar pada meja solek itu .
"Kenapa kau nak kena tahu ?" Soal Zuhair , sinis .
"Sebab saya isteri awak ." Balas Hana . "Awak ke mana malam semalam ?" Hana mengulangi soalannya . Tubuhnya rasa terketar ketar saat berdepan dengan Zuhair kini . Namun dia harus memberanikan diri kerana dia mahukan jawapan pada setiap tanda tanya yang berlegar legar di fikirannya .
"Kau isteri aku ? Wow , macam aku tak percaya apa yang keluar dari mulut kau sekarang ni . Hurm , so .. semalam apa yang kau tanya Cik Timah tu salah satu bukti kau isteri aku lah kan ? Yelah kan , sebab kau risau sangat dengan adik ipar kau . Betul tak apa aku cakap ni ?" Soal Zuhair dengan nada keras dan menekan .
Hana terkejut dengan kata kata Zuhair . Bunyi seperti seorang yang sedang cemburu .
"Awak cemburu ke saya tanya pasal Zairul dekat Cik Timah ?" Soal Hana . Wajah Zuhair ditenung dalam . Mencari kebenaran pada jawapan yang bakal Zuhair beri .
"Cemburu ? For what Nurul Hana ? Aku tahu kau masih cintakan dia . Dari mula hingga ke saat kau dah bergelar isteri aku kini . Aku tahu , perasaan kau tak pernah padam sebab tu kau tanya pasal dia senyap senyap dekat Cik Timah . Kan ?"
Zuhair mempamerkan senyuman sinis .
"Awak dah salah faham ni . Saya just-"
"Stop Hana ! Aku tak perlukan apa apa penjelasan dari kau . Kau buang masa aku kat sini . Ada guna aku turun bawah sana tolong apa yang patut . Majlis tahlil pun dah nak mula ." Zuhair mahu melangkah pergi namun Hana bangun dan memeluk Zuhair .
"Tolong jangan tuduh saya bukan bukan . Tolong beri saya peluang untuk menjelaskan apa yang terjadi .." rayu Hana .
"Hana , kalau kau masih cintakan adik aku . Aku tak akan larang perasaan kau sebab pernikahan kita pun bukan atas dasar cinta . Arwah mama pun dah tiada . Kau berhak memilih pasangan hidup kau sekarang . Seandainya kau pilih adik aku , aku akan lepaskan kau ." Terus pelukan Hana dirungkai dan Zuhair keluar dari bilik .
Hana sudah jatuh terduduk diatas lantai . Air mata yang sekian lama tidak hadir kini jatuh membasahi pipi Hana .
'Apa selama aku menjadi isteri dia , tak cukup ke bukti yang aku beri ? Bukti yang aku dah pun cintakan suami ku !'
******
Setelah selesai bacaan yassin dan doa , Hana membantu Elmira menyusu makanan ke dalam dulang untuk dihidang pada jemaah masjid yang hadir .
"Hana , asal mata kau ni ? Sembab je aku tengok ." Soal Elmira .
"Oh , aku sedih lah . Arwah mama dah pergi ." Memang Hana sedih arwah Datin Suria sudah tiada , tapi kesedihannya lebih kepada Zuhair . Zuhair nekad mahu melepaskannya .
Baru berkahwin , setahun pun belum sampai . Kini perpisah yang diungkap . Perempuan mana yang mahu menjadi janda diusia perkahwinan yang masih mentah ?
"Alah , aku tahu kau sedih . Tapi kalau menangis air mata darah sekali pun bukan arwah mama kau boleh hidup kembali . Ada guna kau sedekahkan yassin atau al-fatihah . Sekurangnya arwah akan rasa tenang dan damai disana ." Nasihat Elmira .
"Betul kata Elmira tu Hana ." Hajah Zaleha datang menyampuk .
Hana memandang sayu wajah ibunya . Apa kata ibunya jika tahu yang Zuhair dan dia sedang dingin dan mungkin bakal berpisah ?
"Yelah ibu , El . Terima kasih untuk nasihat tu . Insyallah nanti Hana sedekahkan yassin buat arwah mama ." Balas Hana .
Hajah Zaleha dan Elmira tersenyum pada Hana .
"Eh ! Rasanya dulang ni dah boleh angkat bawa ke jemaah masjid ." Hajah Zaleha memberitahu Hana dan Elmira .
Hana dan Elmira mengangguk kecil . Hasrul sudah terpacak di dapur .
"Mana lauknya ? Jemaah masjid dah lapar tu ." Hasrul menyoal Hana .
"Ada ni . Nah , abg angkat dulang yang ini dulu ." Kata Hana lalu menghulurkan dulang yang sudah penuh dengan lauk kepada Hasrul . Hasrul menyambut dan dulang tersebut dibawa ke depan .
Hana mengangkat dulang yang lain pula untuk dihulur pada Hasrul . Tapi Hasrul tak muncul muncul . Hana berharap yang suaminya akan ke dapur untuk membantu , tapi hampa .
"El , jom lah kita ke depan hantar lauk ni . Abg aku macam lambat je tu . Hantar lauk ke buat lauk . Bukan main lama lagi . Kesian pula jemaah masjid yang lain dah tertunggu tunggu lauk ." Ajak Hana dan Elmira hanya mengangguk setuju .
Hana dan Elmira terus ke depan sambil membawa dulang lauk . Mata Hana mencari kelibat Hasrul . Terbeliak biji mata Hana , Hasrul sedang duduk dan menjamu selera .
Maknanya , dulang tadi dia ambil untuk dirinya . Hampeh punya abg ! Bentak Hana di dalam hati .
Dan langkah Hana tiba tiba terhenti sebaik terlihat Zuhair disebelah Hasrul juga turut sama menjamu selera . Bukan itu yang memeranjatkan Hana sebenarnya , tapi perempuan yang duduk bersimpuh disebelah Zuhair .
Dulang yang berada ditangan Hana jatuh dari pegangannya .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .