Hana menghempas tubuh di atas katil . Tak disangka setelah 2bulan , Hana kini berjumpa semula dengan abg Zairul iaitu Zuhair .
Sudah 2 hari Hana mula pratikal di AA Holding . 2 hari itu Zuhair banyak ikut serta sewaktu Nazri mengajar dan memberi penjelasan kepada Hana .
Lepas Nazri menerangkan , Zuhair akan bertanya . "Faham ke tak ?" Dan Hana hanya mengangguk tanda dia memahami setiap penjelasan Nazri .
Pintu bilik Hana diketuk Elmira . Tersentak Hana dari lamunannya .
"Hana , buat apa dalam bilik ? Jom lepak kat luar sekejap . Aku nak ajak berborak sikit ni ." Elmira berdiri di tepi pintu bilik Hana .
"Kejap . Aku nak ke dapur bancuh hot chocolate dulu ." Hana bangun dan keluar dari biliknya .
"Nak bancuh hot chocolate ? Untuk aku sekali ae ? Thanks , sayang kau .." Elmira terus berlalu ke ruang tamu .
Hana pula hanya tersenyum . Time minta tolong , bukan main sweet lagi . Elmira oh Elmira . Bisik hati Hana .
Setelah selesai membancuh hot chocolate 2 mug , Hana membawa ke 2 mug itu ke ruang tamu .
Dihulur satu mug kepada Elmira . Elmira menyambut dan meletakkan mug tersebut diatas meja kecil .
"Thanks dear . Love you ." Ucap Elmira sambil mengenyitkan mata .
"Heh , time minta tolong bukan main lagi baik kau eh ? Lobeyu (love you) bagai ." Kata Hana . Elmira pula hanya menyenggih .
Punggung dilabuhkan di sebelah Hana . "Hah , apa kau nak borakkan tu ?" Soal Hana lalu menyisip hot chocolate miliknya .
Mug diletak diatas meja kecil disebelah mug Elmira .
"Macam mana dengan supervisor kau ? Dia ajar okay ?" Soal Elmira memulakan perbualan .
"So far , okay je . Kenapa ? Supervisor kau ajar macam keling ke ?" Soal Hana . Tangannya mula menarik bantal empuk lalu dipeluk .
"Dia ajar pakai emosi . Kadang kadang tengah terang kat aku , tiba tiba marah aku . Untung lah kau dapat supervisor lelaki . Dia takkan nak marah kau saja saja . Lagi pun , tengok muka kau pun aku rasa dia tak sampai hati nak marah ." Elmira menyuarakan isi hatinya .
Baru 2 hari Elmira sudah mula di marahi tanpa sebab ? Pelik je .
"Asal pula tak sampai hati nak marah aku ? Kesian sangat ke muka aku ni ?" Soal Hana pelik .
"Tak adalah . Kau kan cantik , mestilah dia tak sanggup nak marah perempuan cantik macam kau ."
"Ish ! Mengarut tak sudah kau ni . Tak adanya kena mengena dengan rupa paras bagai ni . Muka cantik tak pandai buat kerja pun tak guna juga , Elmira oit . Lagi pun , aku rasa kalau kau cepat pandai dan cepat faham tak adalah dia marah . Orang berpangkat macam Puan Salasiah takkan lah seorang yang tidak profesional ? Cuba kau ambil kata kata marah dia sebagai pembakar semangat untuk kau majukan diri ." Nasihat Hana .
Tapi , dalam pada menasihati Elmira . Hana jadi pelik , mungkinkah salah satu sebab Nazri tidak memarahinya kerana Zuhair sentiasa ikut serta sewaktu sesi penerangan ? Boleh jadi juga sebab Zuhair kan CEO ? Takkan lah orang bawah dia nak tunjuk contoh tak baik di hadapan dia kan ?
"Entah lah Hana . Dia marah aku tu buat aku rasa stress . Macam mana nak jadi pembakar semangat kalau kata kata dia dah pun hanguskan semangat aku ?"
"Waktu sesi penerangan , pernah tak Encik Zuhair ikut serta ?" Soal Hana , tiba tiba .
"Tak pernah pula . Kenapa ? Dia ada join dengan kau ke ?" Soal Elmira semula .
Bila sebut nama Encik CEO mesti wajah Elmira jadi bersinar sinar . Jangan cakap dah jatuh cinta . Monolog dalaman Hana .
"Tak adalah . Aku tanya je ." Dalih Hana .
Pelik bin ajaib . Fikir Hana .
"Kau sabar jelah . Kita ni dari merangkak baru nak mula berjalan . So , hati kena lah kental . Macam macam dugaan yang bakal kita tempuh . So , pada aku ini baru permulaan untuk kita yang baru lepas habis belajar . Aku harap kau sabar ." Nasihat Hana sekali lagi .
Hana berharap yang Elmira akan termakan dengan kata kata nasihat itu tadi .
"Urm , thanks Hana . Erm , tapi kan . Aku rasa ada satu hal lagi aku nak cakap kat kau ." Elmira mencapai mug dan mula menyisip hot chocolate yang sudah menjadi suam sedikit itu .
"Apa dia ?" Soal Hana .
"Encik CEO kita tu , wajah dia macam familier lah . Aku rasa macam pernah nampak dia dekat somewhere . Tapi aku ingat ingat lupa lah ."
"Aku pun rasa macam pernah jumpa dia . So , maknanya kita berdua pernah jumpa dia ?" Soal Hana dan Elmira mula mengerutkan kening .
Cuba mengingati di manakah. dia dan Hana pernah bertemu wajah kacak itu .
"Okay ! Aku rasa aku dah ingat ." Kata Elmira sambil tersenyum .
"Hah ? Dekat mana pernah kita jumpa dia ?" Soal Hana , penasaran ingin tahu .
"Ingat tak kau ada bagi gelaran mamat period kat seorang lelaki ni ? Kat mall , kau terlanggar dia sebab nak ke toilet . Kalau kau masih ingat lah , itu lah mamat period yang marah kau masa tu ." Lama Hana terdiam sebelum menjenggilkan biji matanya .
"What ? Dia lah 'the rude guys' itu ?" Soal Hana , terkejut bercampur tak percaya .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .