Perlahan lahan Hana membontoti Zairul dan Zuhair mendaki tangga sambil tangannya memegang dulang makanan .
Zairul membuka pintu bilik dan melangkah masuk . Zuhair pula berdiri ditepi pintu . Zuhair memandang Hana yang berada dibelakangnya .
"Masuklah ." Kata Zuhair sambil menatap wajah Hana . Hana mengangguk dan mula melangkah masuk ke dalam bilik lalu menghampiri katil seluas king size itu .
"Mama , Ayoi dah balik ni . Ayoi bawa kawan Ayoi yang mama nak jumpa sangat tu ." Kata Zairul kepada seorang wanita yang kelihatan lemah terbaring . Wajahnya sayu mungkin akibat sakit yang dialaminya .
Perlahan mata sayu itu dibuka .
"Ayoi anak mama . Mama rindu Ayoi ." Ungkap mama Zairul dengan nada bergetar . Mengalir air jernih dari tepi kelopak matanya yang terbuka sedikit itu .
Hana rasa sayu melihat keadaan mama Zairul .
"Mama kuat ae ? Ayoi janji lepas ni Ayoi akan jaga mama baik baik ." Kata Zairul sambil mengenggam tangan mamanya .
Mata sayu itu terpandang Hana yang berdiri di belakang Zairul .
"Ini ke Nurul Hana ?" Soal mama Zairul , perlahan .
Hana meletakkan dulang diatas meja dan mula menghampiri tubuh lemah itu .
"Ye , makcik . Saya lah Nurul Hana . Saya kawan rapat Zairul ." Terang Hana bersama senyuman .
Tangan mama Zairul mula naik menyentuh pipi Hana .
"Akhirnya , dapat juga mama jumpa Hana ." Luah mama Zairul . Air matanya mengalir lagi .
"Tak . Tak . Makcik jangan menangis . Makcik makan ye ? Hana suapkan ." Kata Hana lalu jemarinya menyapu air mata mama Zairul .
Melihat anggukan kecil mama Zairul , dulang yang diletak diatas meja tadi diangkat semula dan dibawa ke atas katil .
Zairul dan Zuhair pula membantu mama mereka agar bisa bangkit dari pembaringan .
Mata mama Zairul tak berkelip dari menatap wajah Hana sewaktu Hana menyuakan makanan ke mulutnya .
Zuhair dan Zairul hanya memilih untuk memerhati . Sikap Hana sedikit sebanyak mencuit hati Zairul .
Balqis , seandainya dibawa pulang ke Pahang dan berjumpa mamanya . Adakah Balqis bakal melayan mamanya seperti Hana melayan sekarang ini ? Rasanya , Zairul seolah tahu jawapannya memandangkan Balqis seorang yang sosial . Namun , dia tidak menyalahkan Balqis . Kerana cinta tak kenal siapa . Hatinya sendiri yang memilih Balqis .
Setelah selesai memberi mama Zairul makan , Hana mula meminta diri untuk menghantar dulang ke bawah .
Mama Zairul pula dibaringkan oleh kedua anaknya semula .
Sewaktu di dapur , Hana bertembung dengan Cik Timah .
Hana tersenyum manis kepada Cik Timah . Dan senyuman Hana dibalas Cik Timah .
"Cik Timah nak tanya , rambut Hana ni asli ke atau Hana warnakan ?" Soal Cik Timah sewaktu Hana sedang mengelap tangannya dengan tisu .
"Oh , rambut ni ? Asli lah Cik Timah . Hana mana ada masa nak warna kan . Lagi pun , kalau warnakan nanti ibu dan ayah Hana marah ." Jelas Hana .
Ya , rambutnya yang keperangan kadang kadang membuatkan orang sekelilingnya berfikir yang dia mewarnakan rambutnya pada hal rambutnya itu asli sejak dia di lahirkan lagi .
Abgnya juga memiliki rambut perang persis rambutnya . Mereka dua beradik lebih mengikut ibu mereka berbanding ayah mereka .
"Asli ya ? Patutlah cantik je warna dia Cik Timah tengok . Untung suami Hana nanti . Anak anak esok mesti ikut Hana ." Kata Cik Timah .
"Apa ke situ pula Cik Timah ni . Hana ni kekasih pun tak ada . Mana mungkin nak berkahwin . Lagi pun , siapa je nak kat Hana ni ."
"Eh , jangan cakap begitu Hana . Dari rupa Hana , Cik Timah yakin ramai yang nak kat Hana . Kan ?"
Baru Hana nak menjawab tidak , ketukan di pintu rumah berserta bunyi loceng mengganggu perbualan Hana dan Cik Timah .
"Ada orang datang lah . Hana pergi lah kat Datin Suria . Dia mesti nak berborak dengan Hana lagi ." Pamit Cik Timah lalu keluar dari dapur dan terus menuju ke pintu rumah .
Oh , nama mama Zairul , Datin Suria . Bisik hati Hana . Langkah terus diatur menuju ke bilik Datin Suria semula .
Sampai di tingkat dua , Zuhair sedang berdiri diluar bilik Datin Suria sambil menyandar pada dinding sebelah kiri dan memeluk tubuh .
Baru Hana mahu menghampiri pintu bilik Datin Suria yang tertutup itu , Zuhair bersuara .
"Kita tak boleh masuk . Mama nak jumpa Zairul berdua kejap ." Terhenti terus langkah Hana .
"Oh !" Itu saja yang keluar dari mulut Hana . Hana pun turut menyandar pada dinding disebelah kanan . Jarak mereka berdua hanya dipisahkan dengan pintu bilik milik Datin Suria .
"Emm .. saya rasa kita macam pernah berjumpa ." Suara Hana , cuba menghidupkan perbualan antaranya dengan Zuhair .
Zuhair mengerling ke arah Hana sekilas . "Iya ke ? Agak agak kat mana ? Sebab kebanyakkan perempuan akan bagi ayat klise macam tu kalau nak tarik perhatian saya ."
Hana kerut dahi sambil memandang Zuhair .
"Saya tak berminat nak tarik perhatian awak -"
"Yoo . Whatsupp bro ." Sapa seorang perempuan yang baru tiba di tingkat dua rumah agam milik Datin Suria itu .
Hana dan Zuhair terus menoleh ke arah suara itu .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .