Zuhair melangkah masuk ke dalam rumah.Kelibat Hana yang sedang mengemas rumah dipandang kosong.
Hari cuti begini dia bercadang untuk keluar bersama Ayu,namun Ayu membatalkan temu janji secara tiba tiba.
Dan akhirnya Zuhair membawa diri pulang ke rumah.Duduk rumah berdua dengan Hana membuatkan Zuhair teringat akan kisah semalam.Dimana dia terlihat Hana makan berdua bersama Adam.
Hatinya jadi sakit.
Zuhair menghenyak kasar punggungnya diatas sofa.Tidak dihiraukan pandangan Hana ke arahnya.
"Awal balik? ke awak tak jadi keluar?" soal Hana.
"Kenapa kau nak sibuk tanya pasal aku ni?" soal Zuhair dengan wajah masam.Remote tv dicapai dan butang on ditekan.
Siaran tv 3 dimainkan di televisyen.Entah cerita apa dia pun tak pasti.
"Lah,marah ke?Tanya je."balas Hana dengan nada jengkel.
"Hana,aku nak cakap sikit ni." tiba tiba Zuhair bersuara.
"Apa dia cakap jelah." balas Hana, tidak langsung memandang Zuhair.
"Mari lah duduk sini.Ada benda aku nak bincang sikit."arah Zuhair.
"Ish! Lain kali keluar lah pergi mana mana.Kacau je orang nak buat kerja.."bebel Hana dan mula menghampiri Zuhair.
Punggung dihenyak di atas sofa menghadap Zuhair.
"Hah,apa dia.Cakap lah.."Hana bersuara bila Zuhair diam sambil merenungnya.
Berat hati Zuhair ingin menyoal tentang Adam.Tapi dia harus tahu kaitan Hana dan Adam.Dia tak mahu membuat andaian sendiri tapi ego nya seolah menghalang.
Hana menghela nafas berat.
"Hair,jangan buang masa saya." Hana berura ura ingin bangun namun dihalang Zuhair.
"Okay.Wait.."Zuhair bersuara.Hana menghala pandangan ke arah Zuhair.
"Bagi aku masa.Sebab benda ni macam susah aku nak ungkap."Zuhair berkata perlahan.
"Okay,take your time." balas Hana dan menyilang tangan ke dada (memeluk tubuh).
"Jap...tak jadi lah."balas Zuhair.
"Ohh,god ! You waste my time! " marah Hana dan mula bangun.
"Aku nak kahwin dengan Ayu." spontan itu yang keluar dari mulutnya.Padahal bukan itu yang dia ingin cakap kepada Hana.Malah untuk berkahwin dengan Ayu jauh dari akal fikirannya.
Langkah Hana terhenti.Hana menoleh ke arah Zuhair.Seketika mata bertentang mata.
"Good for both of you.Congratulation."balas Hana.Lalu melangkah pergi ke kamarnya.
Zuhair menepuk dahinya.
"Kau dah kenapa ni Hair?" marah Zuhair kepada dirinya sendiri.
**********
Hana duduk dibangku panjang yang terdapat ditaman bunga itu.Jauh dia termenung hingga tidak sedar akan kehadiran Adam.
"Jauh awak termenung?" soal Adam dan duduk di sebelah Hana.Hana yang terperanjat menoleh ke kanan.
"Adam.Dah lama ke sampai?" Hana mengusap wajahnya.
Adam telek jam ditangan. "Dalam setengah jam gitu."balas Adam.
"Ya Allah,sorry tak perasan awak dah lama sampai." Hana garu dahinya.Serba salah bila dia boleh mengelamun tentang kejadian siang tadi semasa dirumah,sedangkan Adam sudah setengah jam berdiri tegak dihadapannya.
"Haha,it's okay.Saya tak marah awak pun." balas Adam dan tergelak kecil menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
Hana tersenyum nipis.
Kalau saja dia mengenali Adam terdahulu sebelum dia mengenali Zuhair tentu dirinya kini sedang bahagia.
Bohonglah kalau dia cakap yang dia tak cair bila berhadapan dengan lelaki kacak dihadapannya ini.Cuma dia sedar diri.Dia sudah berkahwin.Tugasnya untuk mencintai suaminya sahaja.
Lagipun berdosa baginya untuk mencintai lelaki lain.Dan hukumnya pun haram.
"Kenapa ae awak nak jumpa saya?" soal Hana bagi menghilangkan rasa awkward.
"Hana?" panggil Adam perlahan.
"Yes?" Hana menyahut penuh debar.
"Saya tahu kita baru kenal." Adam berjeda.
"Yes?Teruskan.." pinta Hana. Adam bangun dan bergerak setapak ke hadapan.Tiba tiba Adam menoleh ke arah Hana.
"Saya dah jatuh cinta pada awak.Sudi tak awak jadi suri dihati saya selamanya hingga ke jannah?"
Terkulat kulat mata Hana memandang ke arah cincin emas yang terhias batu permata yang terletak elok didalam kotak baldu berwarna merah yang dipegang Adam.Mata terarah pula kearah Adam.
"Awak buat lawak kan?" Hana menyoal bersama senyuman.
"No.Saya serius."balas Adam.
"But,I'm already married.Saya tak boleh terima-"
"Saya tahu awak tak bahagia." potong Adam membuatkan Hana terdiam.
"Kalau awak bahagia, mata awak takkan sembab macam ni.Dan kalau awak bahagia,mungkin awak sedang mengandungkan zuriat Zuhair."balas Adam.
"Awak tahu suami saya Zuhair?" soal Hana.kaget. "Eh! wait. Mestilah awak tahukan.Sebab seingat saya Zuhair pernah cakap saya milik dia kat awak.Awak ingatkan?Yang dia tepis tangan awak dari saya masa tu." kata Hana.
"Actually,saya dah lama tahu yang Zuhair sudah beristeri.But,I don't know who she is.Masa wedding korang saya tak dapat attend.Dan,yes..Itulah permulaan saya tahu yang awak wife Zuhair.Awak pun tak buka mulut dan cerita tentang status awak pada saya.Tapi,saya tak salahkan awak.Sebab awak taktahu perasaan saya pada awak." Adam duduk kembali disebelah Hana.Hembusan nafas dilepaskan.
"Awak ingat tak ada satu malam tu, masa Zuhair balik rumah muka dia lebam.Dan keesokkannya, awak tanya saya.Apa punca kami bertumbuk?"soal Adam dan Hana mengerutkan dahi.
"Wait.You guys gaduh pasal saya?"Hana menyoal perlahan.
"Absolutely,yes.He lying to me."balas Adam.
"Dia tipu awak apa?" soal Hana.
"Masa tu,saya tak tahu yang awak ni wife Zuhair.Ada satu hari tu,saya kata kat dia yang saya tertarik pada awak.Dan masa itu dia kata nak tolong saya dapatkan awak.And the end dia kata awak wife dia.Dia game saya.Dia tak tahu betapa seriusnya saya tentang awak,Hana."balas Adam.
"Hana,kalau awak jadi milik saya.Saya janji awak takkan mengalirkan air mata.Malah setiap saat awak penuh dengan kegembiraan.Saya janji."
Adam menggenggam erat kedua tangan Hana.
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .