bab 51

24.4K 683 50
                                    

"Hello? Balqis,traffic light dah bertukar hijau.Bila awak nak gerak?" soal Adam bersama senyuman.Tangan Adam lambai di depan mata Balqis bagi menyedarkan Balqis dari terus mengelamun.

"Eh! Yeke?" soal Balqis yang baru tersedar. Jauh betul dia mengelamun hingga ke Australia sana.Eh,eh..

Bila mata Balqis terpandang traffic light tersebut,wajahnya terus masam.

"Hye,kau tipu aku ae?" soal Balqis geram.

Adam disebelah sudah tertawa kerana berjaya mengenakan Balqis.

"Sorry sorry.Awak tu pandang saya macam nampak hantu." Adam bersuara bila renungan Balqis tepat ke arahnya.Takut ada ,gerun pun ada.

Balqis masuk gear dan mula menekan pedal minyak bila traffic light betul betul bertukar ke hijau.Mujurlah kereta Adam auto,jika tidak naik lenguh juga dia kalau nak drive manual.

Tadi sewaktu datang serbu di tempat Zairul,Balqis ikut naik bersama polis.Keretanya diparking dekat balai polis itu.

"Like a child!" getus Balqis.Tidak di hiraukan Adam disebelah yang mendengar.

"Balqis,awak marah ke?" Soal Adam.

"Gila tak marah? Buatnya kalau aku terus masuk gear tadi,tak ke kita berdua ni arwah?" marah Balqis.Wajahnya masam.

"Sorry,saya tak tahu macam mana nak suruh awak alih pandangan awak tu ke arah lain.." Adam bersuara lagi.

Balqis jongket kening sebelah.

"Saya tak boleh bila awak renung macam tu.." sambung Adam,perlahan suaranya.Tapi,Balqis masih mampu mendengar.

"Why?" soal Balqis.Dadanya berdebar tiba tiba.

"Because,I will fall in love with you.." Adam toleh ke kanan.Balqis sedang memandangnya bersama kerutan.

"Balqis, do you know you're driving a car on the road?" soal Adam.

***********

Seminggu berlalu..

Elmira jalan seiring dengan Hana ke arah balai berlepas.Elmira pandang wajah Hana.

"Kau yakin dengan keputusan kau?" soal Elmira sekali lagi.Bukan sekali lagi,entah yang ke berapa kali.Dia sendiri tidak pasti.

Senyuman dan anggukan Hana adalah jawapan bagi soalan Elmira.

"Jangan buat muka sedih.Kau buat aku berat hati nak pergi.." Hana peluk tubuh Elmira.

Elmira turut sama memeluk.Pelukan dieratkan.

Elmira tak sangka,setelah semua yang berlaku Hana nekad untuk pergi.Pada dia,Hana seolah cuba lari dari masalah.Namun,jika sesiapa yang ada ditempat Hana pasti akan buat perkara yang sama.

Pelukan dileraikan.

"Thanks sebab dapatkan beg duit aku dari Zuhair." kata Hana. Yelah,macam mana nak terbang jika tiada dokumen penting seperti passport atau pun kad pengenalan.

"Alah,itu perkara biasa.Lagi pun,dia letak kat atas meja dalam office dia.Tinggalkan macam tu je.Aku seludup masuk dalam office dia senyap senyap dan ambil lah beg duit kau ni." cerita Elmira.

"Tapi aku harap,dia tak perasanlah.Sebab kalau dia perasan beg duit kau takda,mesti dia buka cctv yang ada kat depan office dia tu.Habis lah aku kalau dia tahu..Silap silap kena buang kerja."sambung Elmira.

Hana tersenyum.

Sampul surat besar berwarna coklat diserahkan kepada Elmira.

"Tolong aku bagi surat ni pada Zuhair. Boleh?" soal Hana.

Dahi Elmira berlapis. "Apa ni?" soalnya sambil menyambut huluran Hana.

"Nothing.Just serahkan pada dia esok.Tolong ya?" pinta Hana.

"Okay,aku akan serahkan pada dia esok." akur Elmira tanpa banyak soal.

"Thanks,you are a best friend ever I have." Hana kesat air matanya yang tiba tiba jatuh.

"Owww..jangan menangis Hana." Elmira terus memeluk Hana bila air mata Hana tak henti henti mengalir.

Sekali lagi mereka berdua berpelukan.Setelah tangisan Hana reda,Hana mula bergerak ke balai berlepas.

Elmira hanya memandang hingga tubuh Hana tidak kelihatan.

************

Tok tok tok..

Ketukan di pintu membuatkan Zuhair sedikit terganggu.

"Masuk."laung Zuhair tanpa memandang.Setelah bunyi pintu dibuka dan ditutup keadaan senyap.

Zuhair angkat wajah memandang gerangan yang masuk ke dalam biliknya.

"Elmira? What's bring you here ?" soal Zuhair.Dia baru ingin meminta Melly untuk panggilkan Elmira ke biliknya.

Dia ingin bertanyakan soal kenapa Elmira masuk ke biliknya sewaktu dia tiada.Tentu ada yang Elmira ambil,cuma dia tak dapat kesan apa barang yang telah hilang.

Dia tahu pun melalui cctv.Setiap minggu dia pasti akan tengok cctv untuk melihat kegiatan pekerjanya yang keluar masuk di mana mana bilik dan tujuan mereka.

"Erm,saya diamanahkan untuk serahkan ini pada Encik." Elmira hampiri meja besar Zuhair dan letak sampul surat besar itu diatas meja.

"Apa ni?" soal Zuhair.Namun tangannya mencapai sampul itu dan dibuka.

"Saya taktahu.Saya tak tengok pun isinya." balas Elmira gementar.

Zuhair lihat surat pertama..

Notis berhenti kerja.

Surat kedua..

Borang Penceraian.

Terus Zuhair bangun dari duduknya.

"Hana ada dengan awak ke? Mana dia sekarang?" soal Zuhair tiba tiba.

Elmira geleng kepala.

"Tolong bagitahu saya keberadaannya.Saya nak jumpa isteri saya.." Zuhair mula hampiri Elmira dan merayu.

"Encik,jangan macam ni.Saya taktahu Hana kat mana.." tipu Elmira.Dia sudah pun berjanji dengan Hana tak akan memberitahu Zuhair kemana Hana pergi.

"Awak tipu! Kalau awak tak tahu mana Hana macam mana surat ni ada dekat awak? Hana suruh awak bagi pada saya kan?" soal Zuhair.

"Terpulanglah Encik nak percaya ke tidak.Saya minta diri dulu." Elmira berpusing dan mahu beredar namun langkahnya terhenti sebaik terdengar suara Zuhair.

"Awak bagitahu saya mana Hana dan saya janji takkan ambil sebarang tindakan ke atas awak kerana menceroboh masuk ke office saya tanpa tujuan yang jelas."

Elmira toleh memandang wajah Zuhair.

'Maafkan aku Hana..'

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now