"Awak , saya dah siapkan breakfast untuk awak ." kata Hana sambil tersenyum manis buat suaminya .
Ya , Zuhair kini telah sah menjadi suaminya . Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri dan layanan Zuhair terhadapnya masih sama seperti sebelum ini . Tetap mesra cuma Zuhair masih tidak menunjukkan tanda tanda mahu ber'sama'nya sebagai suami isteri yang sebenar .
"Thanks buatkan saya breakfast . Mari breakfast sekali ?" ajak Zuhair sambil membetulkan tali lehernya yang senget sedikit .
Zuhair menarik kerusi untuk Hana dan Hana terus melabuhkan duduknya disisi suaminya . Mata Hana tak lepas dari memandang wajah Zuhair .
Benarlah orang kata , bila sudah masuk ke alam perkahwinan setiap saat menjadi indah . Waktu makan bersama pun menjadi memori indah padanya .
"Sayang , awak nak tengok muka saya sampai bila ni ? Agak agak bila awak nak jamah bihun goreng kat dalam pinggan tu ?" Tegur Zuhair . Hana sudah tersentak . Malu bila Zuhair berjaya menangkap renungannya .
"Erk , bila masa saya senduk bihun goreng ni aek ?" Fikir Hana sambil menggaru kepala .
Zuhair sudah tersenyum sambil menggeleng kepala .
"Saya tahu , suami awak ni handsome . Tapi jangan lah tenung muka saya ni lama lama . Tak kenyang pun perut awak tu . Ni , saya yang sendukkan untuk awak . Sekarang tinggal tunggu awak jamah je bihun goreng tu . Ke ... awak nak suami awak yang handsome ni tolong suapkan ?" Gurau Zuhair sambil mengenyitkan sebelah mata .
Merona merah wajah Hana . Terus dicapai garpu dan bihun goreng dijamah .
Zuhair tersenyum sambil merenung wajah Hana .
Setelah selesai sarapan bersama , Zuhair bergerak ke pintu utama apartmentnya . Apartment ini sudah lama dia beli , tapi Zuhair tiada keinginan untuk duduk di apartmentnya .
Zuhair mahu duduk bersama Datin Suria memandangkan kesihatan Datin Suria yang semakin merundum selepas pernikahan dan majlis persandingan selesai .
Namun , kerana desakkan Datin Suria juga yang menyuruh mereka hidup berdikari diluar sana membuatkan Zuhair membawa Hana tinggal di apartmentnya ini .
Hana pula tidak banyak cakap . Hanya mengikut keputusan yang dibuat Zuhair .
"Pukul berapa awak sampai office hari ni ?" Soal Zuhair . Tangan kirinya sibuk menyarung jam di pergelangan tangan kanan .
"Lepas saya tengok mama , saya terus pergi office . Awak taknak datang tengok mama dulu ? Mana tahu mama rindu awak ?" Hana menghulurkan beg bimbit Zuhair dan Zuhair menyambut .
"Tak sempat melawat mama pagi ni . Ada meeting dengan Tan Sri Azlan . Tapi kalau kerja saya cepat habis saya terus ke rumah mama ." Hana mengangguk dan mula menyalami tangan suaminya .
"Hati hati drive . Kalau ada apa apa call saya ." Kata Zuhair sambil menggosok kepala Hana .
Hana mengangguk kecil lalu menghadiahkan Zuhair senyuman manisnya .
**************
Setelah meeting dengan Tan Sri Azlan selesai , Zuhair terus ke biliknya . Pening kepalanya memikirkan projek pembangunannya yang tergendala akibat tukang binanya yang merupakan pendatang asing sudah melarikan diri setelah diberi upah pendahuluan .
Tok.tok.tok.
"Masuk !" Arah Zuhair .
"Hai sayang ?" Terjengul wajah Ayu disebalik pintu biliknya . Zuhair yang terkejut dengan kehadiran Ayu yang tiba tiba itu terus bangun dari duduknya .
"Ayu ...!" Tersekat soalan yang mahu diajukan pada Ayu apabila wajah Melly pula kelihatan . Dengan termengah mengah Melly memandang Zuhair .
"Melly , what's wrong ? Kenapa .."
"Maafkan saya Encik Hair . Saya dah halang perempuan ni tadi tapi dia tetap berkeras nak masuk dan jumpa Encik . Siap ugut saya kalau tak bagi dia masuk , dia akan suruh Encik Hair pecat saya ." Kata Melly dengan wajah masam .
"What ? You panggil I perempuan ? You tahu tak I ni siapa ?" Ayu memandang tajam wajah Melly .
Ayu dengan muka tak tahu malu menghampiri Zuhair lalu merangkul leher Zuhair . Melly terkejut beruk .
"I ni kekasih boss you tau . So , better you jaga percakapan you sebelum I sumbat mulut besar you tu dengan heel I ni ." Kata Ayu .
"Ayu , apa ni ? Lepaskan abg lah ." Kata Zuhair sambil cuba merungkai rangkulan dilehernya . Rimas diperlakukan sebegitu .
"Melly , it's okay . You boleh tinggalkan kami berdua . Thanks .." ucap Zuhair serba salah . Mana tidaknya , satu company sudah tahu tentang statusnya yang sudah berkahwin .
"Okay Encik Hair . Kalau ada apa apa , just intercom me ." Kata Melly mahu berlalu pergi .
"Melly , wait !" Zuhair menahan Melly . Teragak agak sebenarnya dia mahu berkata pada Melly , tapi dia harus demi rumah tangganya .
"Ya , Encik Hair ?"
"Pastikan Puan Hana atau Datin tak tahu tentang ini ."
"Baiklah Encik ." Terus Melly menutup pintu Zuhair dan berlalu .
Tutup saja pintu , Zuhair menarik nafas dalam dan dengan sekali rentapan tangan Ayu yang memeluknya terlerai .
"Apa masalah Ayu ni ? Datang office abg siap cakap Ayu kekasih abg . Ayu sedar tak apa yang Ayu buat ni ?" Marah Zuhair . Wajah Ayu sudah masam .
"Habis tu susah sangat nak jumpa abg .." selamba Ayu menjawab lalu duduk dikerusi menghadap Zuhair yang sedang berdiri .
"Ayu nak jumpa abg untuk apa ? Ayu tahu kan abg dah berkahwin ? Tolonglah jangan ganggu abg lagi . Dulu waktu Ayu pilih lelaki lain abg tak ganggu pun . Abg malah memilih pergi dan melepaskan Ayu ." Luah Zuhair . Punggungnya dihenyak kasar ke kerusi empuknya .
"Abg , kan Ayu dah cakap Ayu menyesal tinggalkan abg dulu . Ayu nak bersama abg semula , macam dulu . Abg taknak bahagia bersama Ayu macam dulu ? Mudahnya abg lupakan Ayu ."
"Ayu , abg dah pilih untuk melupakan semua kenangan kita . Abg nak mulakan hidup baru bersama isteri abg . Lebih baik Ayu balik sebelum abg naik angin . Abg yakin yang Ayu tak nak tengok abg marah Ayu macam dulu kan ?"
"Tapi .."
"I said go !!!" Bergema bilik Zuhair dengan jeritannya .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romansa[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .