bab 39

20.5K 626 26
                                    

Zuhair bangun dari pembaringan sambil meramas kasar rambutnya.Ruang kosong disebelahnya dipandang bersama tanda tanya.
Kemana Hana? Dari dia selesai mandi sampai sekarang tak naik ke bilik.Mahu turun ke bawah untuk mencari egonya menghalang. Kesudahnya terperuk dia di dalam bilik sambil menanti si isteri masuk.

Zuhair berbaring semula.Siling yang gelap itu dipandang kosong.

"Perlu ke dia tidur sebelah aku?Bukan aku sentuh dia pun.Tapi...Argh!" Zuhair memusingkan tubuh ke arah kanan,matanya terpandang telefon bimbitnya yang terletak elok diatas meja solek.

Bersama keluhan berat Zuhair bangun lalu menghampiri meja solek,telefon bimbit dicapai.

Membulat matanya.Dah pukul 3 pagi? Biar betul aku masih tak tidur tidur lagi ni.Monolong Zuhair di dalam hati.

Pintu bilik dipandang sekilas.

Hana ni memang tak reti nak tidur ke? Telefon dibelek dan icon panggilan tak dijawab dilihat di skrin..

you have 5 misscall from my love ayu

"my love ayu?"

*******

Mata Hana galak memandang ke arah skrin komputer yang berada dihadapan matanya.Mata saja berada di skrin komputer itu,tapi mindanya sudah jauh melayang teringatkan kejadian malam semalam.

pap! Terjaga Hana dari bangun bila terasa pehanya ditampar perlahan.

Wajah kelat Zuhair terhidang di depan matanya.

"Awak? Ada apa ni?" soal Hana dengan kantuk yang masih bersisa.

"Nak apa kau tanya aku? Kau tak reti naik atas tidur kat bilik ke? Elok sangat perangai kau tidur kat atas sofa macam ni?" sembur Zuhair.

Puas dia menunggu Hana diatas,rupanya Hana sudah bantaikan lelap diatas sofa diruang tamu dengan tv yang masih terpasang.

Hana garu batang lehernya..

"Erm,saya terlelap kat sofa ni.Tadi rasa macam tak mengantuk lagi.Itu yang tengok tv,alih alih tv yang tengok saya."balas Hana perlahan.

"Lain kali tak payah tengok tv malam malam ni.Aku punya lah tunggu kau..."tersedar akan keterlanjuran bicaranya,Zuhair menutup mulut.

Wajah pelik bercampur binggung Hana membuatkan Zuhair menggaru dahinya yang tidak gatal.

"Erk.."

"Awak tunggu saya naik bilik ke?"soal Hana inginkan kepastian.Kalau tak silap,itulah yang telinga dia dengar.

Zuhair sedang menanti dia?

"Mengarut! Takyah nak perasan sangat,aku tunggu kau tutup lampu bilik tadi.Yang kau keluar dari bilik dengan lampu bilik terpasang dah kenapa? Ingat bil elektrik kat rumah ni percuma ke?" alasan bodoh yang cuba Zuhair berikan.

Hana menggerutkan dahi.

"Tapi tadi bukan awak tengah mandi ke? Takkan saya nak tutup lampu bilik. Karang awak fikir apa pula."balas Hana.

"Kau ni memang suka menjawab kan? Kau naik bilik sekarang! Karang family kau ingat kita gaduh besar lak sampai kau tidur bawah bagai. Kau ni pun...cuba lah kelakuan tu jaga sikit,jangan sampai mencemarkan nama aku depan family kau." bebel Zuhair sebelum melangkah ke tingkat atas.

Hana hanya memandang tubuh belakang Zuhair yang menghilang bersama wajah kosong.

"Aku hanya memiliki jasad tapi tidak hatinya.."bisik Hana perlahan bersama air mata.

******

Elmira menarik kasar bahu Hana.Bunyi hon yang kuat membuatkan Elmira dan Hana menutup kedua telinga.

"Hoi,nak mati ke?" tempik pemuda yang berada di dalam kereta itu.

"Saya minta maaf.Saya tak perasan Encik."Hana bersuara perlahan.

"Tak perasan apa,kalau jalan pun menonong je?! Lain kali nak melintas tu pandang kiri kanan dulu.Kalau dah kena langgar tadi macam mana?" hambur si pemuda itu lagi.

Elmira menghampiri kereta yang hampir melanggar Hana tadi.

"Encik maaf sangat sangat.Kawan saya tak berapa sihat.Lagipun dia agak rushing nak balik office.Maaf ya?" Elmira cuba meredakan marah si pemuda itu.

"Hurm,takpe lah.Saya just risau kalau terlanggar dia tadi , apa saya nak jawab dengan ahli keluarga dia.Okay lah,saya pun agak rushing ni..."setelah Elmira mengangguk kecil si pemuda itu mula memandu pergi.

Elmira memandang kereta itu sehingga hilang dari pandangan mata.Keluhan kecil dilepaskan.

Hana yang sedang bersandar elok ditepi kereta diperhatikan.Hana tertunduk memandang jalan.

"Hana? Kau okay tak ni?" Elmira menyoal perlahan.Tangannya naik menyentuh bahu Hana.

Hana mengangkat wajah memandang Elmira.Lama mereka bertatapan sebelum air mata Hana laju mengalir.

"El,aku tak kuat..." tubuh Elmira terus didakap erat.Air mata yang ditahan selama ini jatuh dihadapan kawan baiknya.

"Ya Allah,kenapa ni Hana?"soal Elmira cuak.

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now