bab 16

26.4K 678 15
                                    

"El , yang kau senyum dari tadi ni dah kenapa ?" Soal Hana , pelik .

"Aku gembira sebab akhirnya dapat juga partikal kat AA Holding ni . Ada yang kata , AA Holding punya CEO kacak , muda dan masih solo ." Cerita Elmira beria ia . Hana kerut kening .

"Mengarut ! Salah niat kau tu El . Ubah niat kau kalau nak berjaya , kalau tidak nanti CEO kau ke barat , kerja kau ke selatan ." Nasihat Hana sambil mengemaskan pakaian ditubuhnya .

"Alah , minat tak salah Hana . Aku boleh jadikan Mr. CEO aku ni sebagai pembakar semangat untuk rajin berkerja . Lagipun , company AA Holding ni ramai staf perempuan dari staf lelaki ."

"Oh ! Ha'ah lah . Aku baru perasan ." Kata Hana sambil memandang sekelilingnya .

Memang company ini ramai staf perempuan . Staf lelaki kebanyakkannya orang atasan yang berpangkat .

"Besar betul selera CEO kita ." Bisik Elmira apabila seorang perempuan seksi mula menghampiri mereka berdua dengan wajah bengis .

"Intern baru ke ?" Soal perempuan seksi itu . Naik terbeliak biji mata Hana dan Elmira bila melihat pemakaian perempuan itu .

 Naik terbeliak biji mata Hana dan Elmira bila melihat pemakaian perempuan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan makeup nya yang tebal dan raut wajah yang bengis . Pergh ! Cukup pakej untuk dilabelkan sebagai perempuan sombong .

"Yes . Kami intern baru ." Balas Hana perlahan . Mulut Elmira yang masih melopong itu ditutupkan .

"Intern baru dah pandai nak merayau ? Baru first day dah tunjuk etika kerja yang tak elok !" Bebel perempuan itu sambil membeliakkan biji matanya ke arah Hana dan Elmira .

Hana dan Elmira mula kecut perut apabila dimarahi sebegitu sekali dikhayalak ramai .

Banyak mata yang mula melihat dan ada yang mula berbisik semasa sendiri . Tak pasti sama ada mereka sedang mengata tentang Hana dan Elmira atau pun perempuan yang berwajah bengis itu .

"Maafkan kami . Kami bukan merayau . Kami tunggu kat sini memandangkan Cik Azilati yang menjaga kaunter pertanyaan di bawah tadi menyuruh kami menunggu di aras 8 ." Terang Hana lagi . Elmira sudah menjadi bisu .

Nak dilawan , dia baru disini . Jadi Elmira memutuskan untuk berdiam diri memandangkan Hana sedang mengawal keadaan .

"Ahh ! Aku tak faham kenapa Hair boleh terfikir nak ambil budak intern macam korang berdua ni ! Dah lah lembap , lepas tu menyusahkan aku nak kena jemput korang bagai !" Perempuan itu masih membebel . Melihat kebisuan Hana dan Elmira terus perempuan bengis itu berpusing ke belakang .

"Ikut aku !" Arah perempuan itu lalu mula mengorak langkah menuju ke sebuah bilik .

Hana dan Elmira mula rasa berdebar debar bila memikirkan yang dihadapan mereka ini adalah bilik milik CEO syarikat AA Holding .

Ketar lutut jadinya .

Perempuan bengis itu berdiri dekat dengan pintu bilik lalu mengetuk pintu bilik itu sebelum membuka .

"Encik Hair , saya dah pun jumpa 2 intern baru yang merayau tadi ."

Hana dan Elmira tersentak . Kurang asam ! Ada dikatanya aku dan El merayau ! Bentak hati Hana , geram .

Hair ? Rambut ? Fikir Elmira pula .

"Masuk !" Panggil perempuan bengis itu lalu kedua mereka masuk ke dalam bilik dengan perlahan lahan . Wajah mereka ditundukkan sedikit kerana rasa takut .

Mereka mungkin bakal dimarahi CEO memandangkan mereka dikatakan merayau oleh perempuan bengis itu tadi .

"Thanks , Melly . Awak dah boleh keluar sekarang ." Suara itu seolah pernah di dengari Hana . Tapi , Hana kurang pasti di mana .

"Baiklah Encik Hair ."

Apabila perempuan yang bernama Melly tadi keluar dari bilik CEO sambil menutup pintu bilik , Hana dan Elmira terus mengangkat wajah dan memandang wajah CEO dihadapan mereka .

Elmira tersengih sengih apabila melihat wajah CEO itu manakala Hana pula mempamerkan riak terkejut . Tak berkelip matanya bila melihat wajah itu .

"So , you guys intern baru yang berjaya masuk ke AA Holding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"So , you guys intern baru yang berjaya masuk ke AA Holding . Dan , good news untuk you guys . Seandainya prestasi korang memberangsangkan maybe korang akan diserap masuk terus ke AA Holding ." Zuhair memandang anak mata Hana .

"So-" Zuhair membelek dua fail kertas diatas meja . Sudah tentu fail kertas itu adalah butiran dan pengenalan diri milik Hana dan Elmira .

"Noor Elmira bte Elias  , you lepas ni bawah Puan Salasiah . Bahagian kewangan . Dia yang akan beri tunjuk ajar pada you and make sure you belajar dan fahami dengan bersungguh sungguh ." Kata Zuhair sambil memandang wajah Elmira .

"Baik Tuan ." Kata Elmira tersenyum senyum . Hana hanya mampu menggeleng kecil dengan sikap miang si Elmira apabila bertemu lelaki kacak .

Kacak ? Terus mata Hana dihala ke wajah Zuhair .

"Erm .. Nurul Hana bte Haji Osman ? It's that your name ?" Soal Zuhair sambil memandang wajah Hana .

Melihat anggukan kecil Hana , Zuhair menarik senyuman kecil . Elmira yang perasan senyuman itu mula menjadi tertanya tanya .

Mereka kenal ?

"You pula bawah Encik Nazri . Bahagian pemasaran . Korang berdua dipisahkan sepanjang 6bulan pratikal disini . Elmira di aras 4 dan Hana di aras 8 ." Hana dan Elmira mula memandang sesama sendiri .

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now