Hana berdiri di tepi jendela sambil merenung langit yang gelap . Cuaca malam ini sungguh baik memandangkan bintang begitu jelas kelihatan .
Hana menongkat dagu memikirkan kejadian siang tadi .
"Erk .. Zairul ?" Hana menelan liur bila mata bertentang mata .
Zairul kelihatan kusut dan tidak terurus . Misai dan jambang nipisnya menunjukkan yang Zairul tidak menjaga penampilannya seperti waktu belajar dulu .
"Hana ? Kau datang cari aku ke ?" Soal Zairul bersama senyuman manis .
"Erk , aku datang kerana Datin Suria . Maaf , aku nak balik cepat ni . Nanti ada masa kita borak lagi ." Hana mahu masuk ke dalam kereta namun lengannya dipegang erat Zairul .
"Kau duduk sini ? Bagi aku alamat kau . Nanti senang aku cari kau . Aku nak call kau tapi aku takut kau tak angkat nanti aku jadi sakit hati . Sebab tu aku tunggu kau call aku . Tapi , kau langsung tak call . Mungkin kau busy kot . Ni , dah terlanjur kau ada depan mata jom lepak mamak ? Aku belanja ." Zairul masih mahu meluangkan masa bersama Hana .
Rindunya pada Hana tak terkata .
"Zairul , aku kena balik sekarang . Nanti aku mesej kau dan set kan tempat untuk kita lepak . Please lepaskan tangan aku ?" Rayu Hana bila terasa kebas di pergelangan tangannya .
"Janji kau akan mesej aku ?" Soal Zairul . Pegangannya sudah terlerai .
"Yeye , aku janji . Nanti kita jumpa okay ? Tapi pastikan bila kita jumpa sekali lagi , aku tak nampak misai dan jambang kau ni . Selekeh !" Kata Hana mula masuk ke dalam kereta .
Tingkap diturunkan .
"Bye Zairul ." Ungkap Hana lalu mengundurkan kelisa sebelum berlalu pergi .
"Kau menung apa lagi tu ? Ingat kat abg CEO ke ?" Soal Elmira .
"Apa kau merepek ni , El ? Dah kenapa aku nak kena ingat kat boss kita pula ? And satu lagi , dah kenapa kau kaitkan dia dengan aku ?" Soal Hana dengan wajah berkerut kerut .
"Hah . Itulah , aku dok cerita dari tadi kau angguk tapi satu habuk pun tak masuk dalam kepala kau ni . Satu syarikat dah kecoh gosip kau dengan Encik Hair ." Terang Elmira dan mulut Hana terus melopong .
"What ? Satu syarikat ?" Soal Hana tidak percaya .
"Kau nak suruh aku record dan ulang kat telinga kau sampai kau faham ke camne ?" Elmira bengang bila bercakap dengan orang yang lambat pick up ni .
"Tak . Aku macam tak percaya . Aku dengan Encik Hair tak ada apa apa pun . Tapi kenapa dah kecoh satu syarikat ? Oh , patut lah lately ramai orang atasan sapa aku dengan mesra . Pastu ada beberapa staf perempuan beri pandangan badi pada aku . And , patutlah Melly buli aku !" Hana seolah mengingati kejadian demi kejadian pelik yang menimpanya beberapa hari ni .
"Aku pula , pergi mana mana pun asyik nama kau dengan Encik Hair disebut sebut . Pelik aku . Kau betul ke ada something dengan Encik Hair ?" Soal Elmira inginkan kepastian .
"El , kau rasa aku akan berahsia dari kau ke kalau aku ada something dengan boss kita ? Seriously , aku dengan Encik Hair tak ada apa apa . Aku pun pelik kenapa aku boleh dikaitkan dengan dia ." Hana mula rasa sakit kepala .
Kenapa mesti dia yang dikaitkan dengan boss nya sendiri ? Kenapa tidak Elmira atau pun Melly ?
"Maybe sebab kau cantik dan layanan Encik Hair pada kau berlainan sedikit dibandingkan dengan staf yang lain . Melly pun dia tak layan macam dia layan kau ." Elmira memberi pendapat .
"Aku cantik ? Kau cakap aku ?" Soal Hana sambil jari telunjuknya lurus ke wajahnya sendiri .
"Yelah . Engkau lah . Siapa lagi ." Elmira berkata sambil mengangguk angguk .
"Hahaha . Lawak lawak . Sejak bila kau pandai buat lawak ni ?" Hana mula tergelak tapi hakikatnya apa yang diperkatakan Elmira tadi sedikit pun tidak lucu dihatinya . Dia gelak kerana mahu menyedapkan hatinya .
Memang layanan Zuhair terhadapnya lain . Contohnya kejadian di rumah Datin Suria siang tadi . Jantungnya masih berdebar dengan usikan nakal majikannya .
"Lawak ae ?" Soal Elmira dengan kerutan diwajah .
Barangkali Hana sudah gila . Fikir Elmira .
Perbualan mereka terus terhenti apabila telefon Hana mengeluarkan bunyi bising .
"Kejap ae ? Siapa yang call aku malam malam ni ." Kata Hana mula bangun dan mencapai handphone nya yang terletak elok diatas meja .
Melihat nama ibunya tertera di skrin telefon laju laju Hana mengangkat panggilan itu .
"Assalammualaikum ibu ." Hana sudah tersenyum lebar .
"Waalaikummusalam , Hana anak ibu . Apa khabar disana ?" Suara Hajah Zaleha dicorong telefon membuatkan mata Hana mula berair .
"Hana sihat ibu . Hana rindu ibu . Hana ingat nak call esok , tak sangka ibu dah call malam ni ." Luah Hana .
"Kami pun rindu Hana . Jaga diri elok elok disana . Hana tu bukan single lagi macam dulu ." Kata kata Hajah Zaleha membuatkan wajah Hana berkerut .
"Apa maksud ibu ni ?"
"Tadi lepas maghrib ada rombongan meminang datang ke rumah ." Terang Hajah Zaleha dengan gembira .
"Oh , siapa pula yang datang meminang abg Hasrul ? Untung lah abg Hasrul ." Kata Hana sambil tergelak kecil .
"Eh ! Ada pula ke situ . Rombongan itu datang meminang kamu , Hana . Katanya dia kekasih kamu . Ibu dan ayah pun setuju lah bila dia kata nak bertunang bulan depan . Lagi cepat lagi bagus . Lagi pun , bukan elok Hana berkawan lama lama ni ." Terang Hajah Zaleha dengan nada ceria .
"Hah ? What ?"
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .