Zuhair masuk ke dalam bilik dan mencari kelibat Hana . Kedengaran pancuran air di dalam bilik mandi .
Hana sedang mandi .
Sepanjang perkahwinannya bersama Hana , ini adalah kali pertama Zuhair masuk ke dalam bilik sewaktu Hana sedang mandi . Kebiasaanya Hana akan biarkan Zuhair mandi dulu dan selepas itu , Zuhair akan dihalau keluar . Dan pintu bilik akan dikunci dari dalam .
Di apartment milik Zuhair pula , bilik mereka berasingan dan bilik Hana sudah tersedia bilik mandi di dalamnya .
Zuhair melonggarkan tali leher dan menghenyak punggung di birai katil . Zuhair duduk disudut tepi katil dan pandangannya dihala terus ke pintu bilik air .
Menanti Hana melangkah keluar dengan penuh debaran . Agaknya , apa yang bakal terhidang di depan matanya ? Fikir Zuhair bersama senyuman nakal tersungging dibibir.
Kepala digeleng menidakkan akal yang jauh terpesong. Walau Hana halal buatnya namun hatinya seolah menidakkan haknya ke atas Hana.
Sebaik bunyi pancuran air hilang , beberapa saat selepas itu pintu bilik air terbuka dan tubuh Hana yang siap berbalut tuala dari paras dada sampai ke peha terhidang di depan mata . Terkebil kebil mata Zuhair .
Kulit Hana yang putih gebu dan nampak segar itu membuatkan kelakiannya terusik . Hana pula elok melangkah keluar tanpa perasan akan kehadiran Zuhair disitu .
Hana mengelap rambutnya yang lembap dengan tuala kecil . Hana berjalan menuju ke arah cermin panjang , sebaik dia berdiri disitu untuk menelek susuk tubuhnya Hana terus terpandang wajah Zuhair dari pantulan cermin .
Berpusing tubuh Hana . Tuala kecil yang berada ditangan terlepas dari genggaman.
"Awak ? B-bila balik ? B-bila masuk ? Kenapa saya tak dengar pun ?" Soal Hana gagap . Malu kerana buat pertama kalinya dia berkemban di hadapan suaminya .
Zuhair berdehem beberapa kali sebelum bangun dan menghampiri Hana . Setiap langkah kakinya membuatkan jantungnya semakin berdebar .
Zuhair berdiri betul betul di hadapan Hana . "Aku baru lagi balik . Biasa kau kunci pintu time mandi ? Kenapa tak kunci ?" Soal Zuhair sambil meleraikan tali lehernya dan dilepaskan jatuh ke lantai . Matanya merenung dalam mata Hana . Hana melarikan pandangan..
"Erk , saya perasan macam saya dah kunci pintu tadi .." balas Hana perlahan . Tubuhnya yang terdedah ditutup dengan tapak tangan .
"Ni apasal baru mandi ni ? Kau baru balik ke ? Kau keluar kemana ? Dengan siapa ?" Soal Zuhair bertubi tubi .
"Saya dah lama balik . Tadi ibu ajak beli lauk . Kat dapur dah takde lauk ." Balas Hana .
"Takde lauk ? Bukan Cik Timah selalu pergi ke pasar ke pagi pagi ?" Soal Zuhair lagi . Lagak seperti polis yang sedang menyoal penjenayah .
"Cik Timah mana sempat pergi pasar . Kan sibuk dengan kenduri tahlil ." Jawap Hana .
"Hurm , yang kau ni berkembam pula ? Tak reti nak pakai baju ke ?" Soal Zuhair lagi . Kali ini jarinya menanggalkan satu persatu butang kemejanya .
Hana jadi gerun .
"Ke... kau nak goda aku ?" soal Zuhair dan mula menghampiri Hana . Senyuman sinis tersungging dibibirnya .
Hana mula mengundur . Takut dibaham sang suami . Zuhair bukan boleh diduga tingkahnya .
Hana terus menyilangkan kedua belah tangan di tubuh hadapannya dan memejam mata rapat . Tubuh menggeletar kerana ketakutan .
pap !
"Ouch! " Hana mengeluh kesakitan.Tangannya laju menggosok dahinya yang terasa perit.
"Tak payah kau nak over sangat.Aku tak terliur langsung kat kau ." balas Zuhair sinis dan terus berlalu ke bilik air.
Hana tersinggung dengan kata kata suaminya sendiri.Hana mencapai baju tidur dan terus disarung ke tubuh.
"Mungkin aku tak sempurna seperti kekasihnya.." luah Hana tanpa sedar . Matanya yang mula kabur digosok perlahan . Hati tolong kuat, tolong bertahan demi perkahwinan ini.
Hana membawa kaki melangkah ke arah pintu , tekaknya tiba tiba dahagakan air.Sewaktu kakinya baru ingin melangkah keluar,telinganya disapa bunyi ringtone.
Hana menghampiri meja solek yang terletak elok telefon milik Zuhair , skrin telefon yang sedang bercahaya itu dipandang.
Luruh hati seorang isteri saat terpandang nama si pemanggil.
my love ayu
Air mata yang ditahan jatuh jua dan Hana terus melangkah keluar dari bilik itu.Membawa hati yang telah disakiti.
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .