Hana keluar dari bilik setelah siap memakai pakaian hariannya . Sempat ditilik jam di dinding biliknya sebelum keluar tadi . Jam sudah menunjukkan ke pukul 11 .
Agak lewat juga dia bangun hari ni . Semuanya gara gara Zuhair yang datang ke rumahnya malam semalam .
Tidurnya jadi tak lena setelah kehadiran majikannya itu .
"Selamat pagi ibu ." Sapa Hana sambil memeluk tubuh Hajah Zaleha .
"Pagi ? Dah nak tengahari Hana oit . Anak dara apa ni bangun lewat ? Matahari dah terpacak baru nak keluar bilik ." Bebel Hajah Zaleha .
Hana hanya mampu tersengih . Memang salah dia sebab bangun lewat .
"Maaf ibu . Hana -" terus termati kata katanya saat terlihat sesusuk tubuh yang lalu dihadapannya .
Hajah Zaleha hanya menggeleng kecil lalu masuk ke dapur .
"Encik Hair ? Asal Encik ada kat rumah saya lagi ?" Soal Hana pelik bercampur terkejut .
"Morning Hana . Memang awak selalu bangun waktu waktu begini ke ?" Soal Zuhair cubaan mengubah topik .
"Suka hati saya lah nak bangun waktu bila pun ! Yang Encik tu , buat apa kat sini ? Bukan ke saya dah halau Encik semalam ?" Soal Hana geram .
"Ohh , jadi semalam tu saya kena halau lah ae ?" Soal Zuhair dengan wajah kebingungan .
"Encik ! Jangan buat buat bodoh okay !" Marah Hana .
"Bodoh ?" Zuhair terperanjat dengan kata kata kesat yang keluar dari mulut Hana .
Pertama kali dia diberi perkataan kesat sebegitu .
"Hana ? Sejak bila pandai mencarut ni ?" Tanya Hasrul sambil menghampiri Zuhair .
Hana lihat masing masing mempunyai tuala lap peluh diatas bahu . "Abg dari mana ?" Soal Hana tanpa menghiraukan soalan Hasrul tadi . Wajah Zuhair dijeling benci .
"Oh , abg dengan Zuhair pergi jogging tadi . Ni baru balik ." Terang Hasrul .
"Zuhair , kau pergi mandi dulu . Pakai bilik aku . Lepas tu kita boleh keluar kejap ." Hasrul berkata sambil menepuk bahu Zuhair .
"Okay ." Balas Zuhair . Hana tergamam .
"Sejak bila abg dengan-" baru Hana nak menyoal dahinya ditunjal Hasrul .
"Jaga adab bila bercakap dengan bakal tunang ." Hasrul terus berlalu meninggalkan Hana dan Zuhair disitu .
Hana mengusap dahinya yang ditunjal Hasrul tadi . Zuhair tersengih melihat wajah keruh Hana .
"Sejak bila Encik rapat dengan abg saya ? Apa niat Encik ni ?" Soal Hana , tidak berpuas hati .
"Rasanya saya dah pernah cakap sebelum ni yang saya takkan terima sebarang penolakan dari awak mahu pun keluarga awak ." Kata Zuhair bersama senyuman manis .
"Tapi saya tetap taknak Encik . Encik ni memang jenis tak faham bahasa ke ?" Dada Hana mula turun naik menahan marah . Pagi pagi lagi anginnya sudah naik bila terpandang wajah Zuhair .
"Awak belum kenal saya , Nurul Hana . Kalau saya tak berjaya tambat hati awak , saya akan pastikan keluarga awak yang akan paksa awak untuk terima saya ." Kata Zuhair dengan yakinnya .
"Tak mungkin dan tak akan terjadi ." Bidas Hana .
Zuhair mula menapak menghampiri Hana . "Awak yakin ? Awak rasa kalau orang tua awak tahu .. apa yang telah terjadi pada kita sebelum ni , apa agaknya mereka akan lakukan ya ? Mungkin esok atau lusa dah terpacak khemah depan rumah awak atau mungkin malam ini kita menikah ?" Ugut Zuhair dengan nada perlahan .
Merah wajah Hana menahan malu .
"Encik ugut saya ?" Soal Hana lalu menjarakkan dirinya dengan Zuhair .
"Yes , saya ugut awak !" Senyuman Zuhair melebar kembali .
Dia harus pastikan Hana menjadi miliknya walau dengan apa cara sekali pun .
**********
"Sedih je muka kau ni ? Tak macam orang nak bertunang je ." Soalan Elmira mematikan lamunan Hana .
"Macam mana nak tunjuk muka happy kalau aku tak gembira ?" Kata Hana dengan wajah sugul .
"Aku tahu kau tak cintakan Encik Hair . Tapikan , cuba kau terima dia . Buka hati kau untuk dia ? Mana tahu dah kahwin nanti kau cinta kat dia ?" Nasihat Elmira . Sanggul Hana diperkemaskan .
"Macam mana aku nak cintakan abg dia kalau hati aku masih cintakan adik dia ?" Soal Hana dan Elmira kelihatan seperti terkejut .
"Wait ! Kau masih cintakan Zairul ?" Soal Elmira . Elmira merenung ke dalam anak mata Hana sambil menanti jawapan dari Hana .
Hana mengeluh . "Dia cinta pertama aku , El . Memang aku tak sesedih dulu . Memang kau lihat aku macam dah move on . Tapi , aku masih cintakan dia . Masih ada saki baki perasaan itu dalam hati aku . Sebab tu aku susah nak terima abg dia ."
"Hana . Aku yakin kau boleh lupakan Zairul . Lagi pun , Zairul kan dah ada Balqis ? Apa kata kau buka hati kau untuk lelaki yang mahukan kau ?" Lama Hana diam . Menghadam setiap butir yang keluar dari mulut Elmira .
"Tapi , aku macam tak percaya lah yang Encik Hair tu abang kepada Zairul . Kau pun satu , dah nak bertunang baru nak cerita kat aku . Tapi , untung kau dapat Encik Hair . Kat office aku berlambak staf yang minat kat dia tau . Siap letak gambar Encik Hair kat meja dorang ." Elmira sudah tersenyum bila melihat wajah berkerut Hana .
"Minat ? Kalau dorang nak rampas dia dari aku pun , aku tak ada hal lah ." Kata Hana dengan angkuhnya .
"Wow . Esok bila Encik Hair dah jadi suami kau , kau cuba cakap macam tu kat aku . Nanti aku bolehlah rampas dia dari kau . Kau kan tak kisah ." kata Elmira sengaja mencabar Hana .
Hana menjeling Elmira .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romansa[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .