Hana mengetuk ngetuk jemarinya ditepi sisi telefon pintarnya sambil otaknya ligat memikirkan ajakkan Zairul .
"Nak ikut atau tak ? Nak ikut atau - ahh ! Kusut kepala macam ni . Ni semua Zairul punya pasal lah ni .." Hana mula membebel sendirian . Elmira yang berada di dapur tertinjau tinjau ke ruang tamu . Melihat dengan siapa sahabatnya berbual .
"Hana ? Kau cakap sorang sorang ke ?" Tegur Elmira dan mula menghampiri Hana . Tadi , niatnya ingin masak nasi goreng kampung untuknya dan Hana tapi kerana penasaran ingin tahu dengan siapa Hana berbual , ditinggalkan kuali dan sudip di dapur .
"Eh ? Tadi kau kata nak masak ?" Soal Hana dengan wajah bingung .
"Memang lah aku nak masak . Habis tu , bila dah dengar kau bebel sorang sorang kat sini , aku tinjau lah . Ingat kau sedang on the phone ."
Hana tersentak . 'Kuat sangat ke aku cakap ?' Fikirnya .
"Tak ada apa lah . Aku tengah fikir masalah sikit ni ." Kali ini Hana berfikir sambil mengusap dagu . Seolah dagunya yang licin itu mempunyai jambang .
"Masalah apa ? Biasa kau share dengan aku ." Elmira duduk disisi Hana .
"Pembetulan okay , biasa kau yang paksa aku share dengan kau setiap masalah aku ."
"Yelah . Tapi selalunya wajah kau tak pandai nak sorok yang kau ada masalah . Tapi kali ni , aku tak perasan pula riak wajah kau yang bermasalah tu . Apa dia ? Cerita jelah . Mana tahu aku boleh bagi pendapat ?"
"Habis , siapa nak masak kat dapur ?" Soal Hana . Sudahlah perutnya mula berdondang sayang .
"Kita beli jelah kat kedai depan taman . Lagi pun , aku macam malas nak masak . Masalah kau lebih menarik minat aku ." Kata Elmira bersama sengihan .
"Pemalas ! Macam mana nak kahwin ni ." Kutuk Hana dan Elmira sudah tersenyum lebar .
"Jodoh aku belum sampai lah . Masing on the way lagi tu."
Dan setelah itu , Hana keluar bersama Elmira ke kedai makan di depan taman perumahan mereka . Setelah membungkus nasi ayam dan nasi pataya bersama air teh tarik dan milo ais , mereka terus balik dan menjamah makanan di rumah .
Setelah selesai menjamah makanan masing masing , mereka duduk santai di ruang tamu .
"So , apa masalah kau ?" Soal Elmira .
"Hurm , berat hati aku nak cerita . Tapi aku kena juga cerita . Aku tersepit diantara permintaan Zairul dan janji aku pada kau ." Hana mengeluh dan mula meramas ramas rambutnya yang ikal keperangan itu .
"Aik ? Permintaan Zairul ? Janji kau pada aku ? Aku tak faham lah ."
"Zairul ajak aku balik Pahang selepas paper tamat . Katanya mama dia nak sangat jumpa aku . Tapi , aku dah janji nak bawa kau balik Johor . Aku keliru nak buat keputusan macam mana . Mama Zairul tengah sakit ."
"Urm . Kalau aku di tempat kau pun jadi pening . Tapi , kenapa Zairul tak ajak Balqis je balik Pahang ? Kan ke dorang bercinta ? Kalau kau ikut Zairul , Balqis tak kata apa ke nanti ?"
"Tu lah , aku ada juga tanya soalan macam tu . Dia kan baru lagi dengan Balqis . Dia kenal aku dah lama . So , dia banyak bercerita tentang aku kat mama dia . Dan , aku rasa mungkin mama dia langsung tak tahu tentang hubungan dia dengan Balqis . Dan , mungkin kerana itu juga yang membuatkan mama dia fikir kami bercinta ." Terang Hana bersama andaiannya .
"Hurm , besar kemungkinan juga tu . Takda pun macam ni . Kau ikut je Zairul balik , sebab aku pun rasa macam nak stay kat rumah sewa kita ni dalam 4hari sebelum aku ikut kau balik Johor . Aku ada beberapa urusan yang perlu disettelkan ." Cadang Elmira .
"Urusan apa ?" Soal Hana pelik . Wajah Elmira dipandang .
"Urm , urusan lah . Aku nak settel pasal sewa rumah . Nak pulang kunci kat abg Ramli . Dan aku nak beli beberapa buah tangan untuk family aku . Lagi pun , abg Ramli kata sewa yang kita bayar ikutkan sampai 30 december . Masalah nya , kita last paper 25 december dan kau ajak aku balik Johor 26 december . Rugi tu ." Jelas Elmira .
"Hurm , haah ae . Rugi tu kalau kau pulang kunci awal . Takde pun , aku ikut kau stay sampai 30 december lepastu kita gerak balik Johor ."
"Eh ! Takpe lah , aku stay sorang pun boleh . Kau ikut jelah Zairul balik Pahang kejap . Lepas tu , sebelum kau gerak balik Johor inform aku . Aku boleh gerak sekali . Nanti boleh jumpa kat hentian bas sana ."
"Betul ni kau tak nak aku stay sekali untuk teman kau ?" Soal Hana inginkan kepastian .
"Ye , betul Hana . Jangan risau lah , aku tunggu whatsapp dari kau nanti . Bagitahu aku kalau kalau kau dah nak gerak balik Johor nanti ."
"Yes madam .." kata Hana bersama tabik springnya .
"Madam tengkorak kau !" Elmira mula tergelak kecil .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romansa[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .