"Geram pulak aku dengan mamat period tu ! Memang lah aku yang terlanggar dia tadi , tapi aku yang jatuh macam nangka busuk kot . Dia ? Setakat handphone jatuh dah mengamuk . Aku agak dia tengah period kot tu yang marah tak tentu pasal ." Hana menyuarakan ketidak puasan hatinya setelah keluar dari toilet .
Elmira tersengih . "Kau ingat yang kau langgar tu , perempuan ke ? Atau kau fikir dia tomboy ? Sikit punya handsome mamat yang kau langgar tadi . Aku rasa time kau langgar dia mood dia tengah tak baik . Tu yang kau jadi mangsa ." Balas Elmira dengan andaiannya .
"Ish , kalau lah bukan sebab aku tak tahan sangat nak ke toilet tadi . Memang dah aku lawan balik . Tapi memandangkan aku dah tak tahan , aku senyap je . Tapi tak puas hati lah , dia marah aku macam salah aku besar je !"
Elmira tersenyum , nampaknya kesedihan Hana sudah beransur pergi . Namun Elmira tahu ia tak kekal lama sebab esok , kesedihannya bakal kembali bila melihat Balqis berkepit dengan Zairul di dalam class .
Bunyi deringan telefon Hana menganggu sesi luahannya .
"Kejap lagi sambung ae ? Ada orang call ." Kata Hana pada Elmira . Elmira hanya tersenyum .
"Ibu aku call ." Kata Hana setelah melihat nama pemanggil di skrin telefonnya .
Elmira sudah duduk di sudut tepi dinding yang terdapat bangku panjang . Manakala Hana menjawab telefon tak jauh dari tempat Elmira duduk .
"Assalammualaikum ibu .." Hana memberi salam setelah kotak hijau di skrin ditekan .
"Waalaikummusalam , Hana anak ibu . Apa khabar ?" Lembut dan mesra suara Hajah Zaleha dihujung talian .
"Khabar baik ibu . Ibu sihat ?" Hana sudah tersenyum . Sebetulnya dia begitu merindui ibunya , namun demi mengejar cita citanya dia sabarkan hati dan tahun ini adalah tahun terakhir dia belajar sebelum dia masuk pula ke alam pekerjaan .
Pernah Haji Osman menyuarakan pendapat andai anak gadisnya itu mahu menyambung lagi pelajar di Universiti atau pun keluar negara , namun Hana tolak mentah mentah kerana 4 tahun berpisah dengan keluarganya begitu memeritkan baginya .
"Ayah tanya pasal sambung belajar . Lepas tamat , Hana tak nak sambung di Universiti atau mana mana ke ?" Soal Hajah Zaleha dihujung talian .
"Ibu , kan Hana dah cakap hari tu . Hana tak fikir lagi nak sambung belajar . Hana nak kerja dulu , nak pegang duit sendiri . Alah , esok bila Hana rasa nak up level lagi Hana study lah part time . Lagi pun , Hana dah rindu dekat ibu dan ayah ."
Kedengaran Hajah Zaleha ketawa dihujung talian .
"Ibu ingat , bila Hana dah duduk jauh tak mahu manja dengan ibu dan ayah lagi . Rupanya masih manja macam dulu . Hai , apa jadi kalau anak dara ibu ni dah kahwin nanti .."
"Ish , ibu .. apa kata begitu . Selagi Hana tak bahagiakan ibu dan ayah , selagi tu soal kahwin Hana tolak ke tepi . Lagi pun , Hana muda lagi kot . Baru 22tahun . Awal lagi nak fikir bab kahwin ni ."
"Jangan cakap awal Hana . Zaman sekarang bukan fikir umur tau . 18 tahun pun ada yang dah kahwin . Jodoh ni kita tak tahu ." Nasihat Hajah Zaleha .
"Erm , betullah kata ibu tu . Hurm .. abg apa cerita ?" Hana cuba mengubah topik kerana takut soal kahwin dan jodoh akan melarat hingga ke sudah .
"Abg Hasrul kamu tu ? Syukur alhamdulilah . Dia macam dah boleh terima hakikat tentang apa yang dah jadi . Dia dah mula berkerja semula dan dah boleh senyum sikit sikit . Dah tak adalah murung macam sebelum ni ." Cerita Hajah Zaleha .
"Ia ibu ? Bagus lah . Nanti Hana balik , nak jumpa abg . Rindunya nak berbual dengan dia . Yelah , lepas kak Suhaila tinggalkan dia dulu . Dia berubah 100% . Diam je . Taknak kerja , taknak berbual . Dah macam patung . Hana pun naik risau ." Cerita Hana yang mengingati kisah 2tahun lepas sewaktu tunang abgnya memutuskan untuk berpisah .
2tahun lepas ada juga Hana balik sesekali dan jengok keadaan abgnya . Namun keadaan abgnya yang murung membuatkan dirinya tak tegar melihat .
"Ibu dan ayah pun risau juga . Tapi syukurlah dia dah berubah . Eh , kita ni berbual , berbual juga . Hana kat mana ni ? Ibu dengar bunyi bising dari tadi ."
"Hana kat shopping mall . Keluar jalan jalan dengan Elmira ." Jelas Hana sambil mengerling ke arah Elmira yang leka membelek telefon bimbitnya .
"Owh . Kirim salam dengan dia ya ? Nanti senang senang ajaklah dia datang sini . Hari tu ibu dapat jumpa dia sekali saja ."
"Insyallah ibu . Nanti habis paper last , Hana terus ajak dia balik sana ya ?"
"Okay lah . Ibu nak menyapu halaman ni . Nanti senang senang call ibu tau . Rindu dengan anak dara ibu ni ." Hana tertawa mendengar kata kata ibunya .
"Insyallah . Hana pun nak sambung berjalan ni . El dah lama tunggu tu . Hana pergi dulu . Assalammualaikum .."
"Waalaikummusalam .."
Hana menghampiri Elmira bersama senyuman manis .
"Lama gayut ? Rindu sangat tu ibu kau ."
"Mau tak rindu . Dah lama aku tak balik . Ibu kirim salam kat kau . Dia kata senang senang nanti datang lah sana ."
"Idea bernas juga tu . Alang alang ke sana nanti , boleh aku cari calon suami ." Elmira sudah tergelak kecil .
"Gatainya !"
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Roman d'amour[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .