bab 60

41.6K 867 41
                                    

Tubuh Hana diletak perlahan diatas katil.Zuhair turut naik ke atas katil,menindih tubuh Hana.

Bibir Zuhair mencium lembut bibir Hana.Deruan nafas Zuhair dan Hana mula bertukar rentak.

Baru tangan Zuhair mahu menanggalkan pakaian Hana,tubuh Zuhair ditolak.

"Sayang?What—"

Bwekkkk! Mendengar bunyi Hana memuntahkan isi perutnya,Zuhair sudah mengeluh.

Lupa yang isterinya sedang berbadan dua.

Hana berjalan lemah keluar dari toilet.Matanya memandang sayu ke arah Zuhair.

"Sorry.Saya tiba-tiba rasa loya."Hana bersuara perlahan.

Zuhair tarik senyuman sambil mengamit Hana agar menghampirinya.

Hana hampiri Zuhair dan tubuhnya terus dipeluk Zuhair.

"It's okay.Saya faham keadaan awak.Mybe,baby takut saya sakiti mummy dia kot."kata Zuhair sambil tergelak kecil.

Hana turut tersenyum.Pelukan Zuhair dibalas erat.

••••••••••••••••••••••••••••••••

"Sayang,apa tu?"soal Zuhair bila melihat Hana berdiri di muka pintu sambil memegang sesuatu.

Mata Zuhair menangkap sekeping kad berada ditangan isterinya.

Hana menoleh ke arah Zuhair.Kad ditangan ditunjukkan pada Zuhair.Berkerut dahi Zuhair sewaktu membaca isi kad tersebut.

"Adam nak kahwin?Dengan siapa ni?"soal Zuhair seperti berminat.Kad ditangan Hana dicapai.

"Balqis?Kenapa nama ni macam familier je ae?" Zuhair bercakap sendirian namun masih mampu didengari Hana.

Hana hampiri Zuhair dan tangannya melingkar di pinggang suaminya.Entah kenapa sejak-sejak ni,mood bermanjanya sentiasa on.

"Mestilah familier.Balqis tu ex-girlfriend Zairul." terang Hana.

Zuhair pandang ke wajah isterinya. "Ohh,I see.Tapi macam mana dia boleh kenal Adam?"soal Zuhair pelik.

"Tulah,ALLAH yang kenalkan dia orang.So,tanya ALLAH jelah."balas Hana bersahaja.

"Amboi,sayang.Saja kenakan saya ye?" kata Zuhair sambil menggeletek pingang Hana.Hana cuba melarikan diri tapi tidak sempat kerana Zuhair terlebih dahulu memegang lengannya.

Terjerit kecil Hana dibuatnya.

Bahagia.Itu yang dia rasakan saat ini.

••••••••••••••••••••••••••••••••

Hana dan Zuhair berdiri tegak dihadapan rumah orang tua Hana.Zuhair berasa sedikit gementar apabila mahu berhadapan dengan keluarga Hana.

Setelah semua yang telah terjadi,haruslah ada rasa gementar dalam diri.

Hana yang perasan riak di wajah Zuhair terus mencapai tangan suaminya dan digenggam erat.

Zuhair toleh ke arah Hana.Senyuman berbalas senyuman sebelum kaki mereka berdua melangkah ke arah rumah itu dengan lebih dekat.

Semakin dekat,semakin berdebar jantung Zuhair.Kekhilafan lamanya membuatkan dia diburu rasa bersalah hingga ke hari ini.

"Assalammualaikum.."Hana memberi salam.

Kedengaran tapak kaki berjalan ke arah pintu.

"Waalaikummusalam..Hana?" Hajah Zaleha terkejut melihat gerangan yang memberi salam.Dia begitu kenal sekali dengan suara anak perempuannya.

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now