Hana mengerling sekilas wajah Zuhair yang sedang memandu disebelahnya.Takut mahu menegur kerana riak wajah Zuhair yang tegang.
Lama Hana merenung ,ralit sungguh matanya menatap wajah sang suami.Kenapa Zuhair begitu kacak dimatanya? Beruntungnya dia kerana mendapat suami sekacak Zuhair.Namun kacak saja tak cukup jika tidak mampu berikan kebahagiaan.
"Dah jumpa belum?" tiba tiba Zuhair utarakan soalan.
"Jumpa? jumpa apa?" soal Hana dengan kerutan didahi.
"Apa yang kau cari kat muka aku ni.Jumpa tak?" Zuhair mengerling Hana disisinya sekilas.
"M-mana ada saya cari apa apa kat muka awak..merepek je." Hana membuang pandangan ke luar tingkap.Malu terkantoi merenung wajah suami sendiri.
"Mana ada konon,habis yang kau tenung macam nak tembus muka aku ni tadi apasal ?" soal Zuhair lagi.Tak puas hati.
"Pandang tak boleh ke? Yang saya pandang ni muka suami saya." balas Hana geram.Sibuk menanya.Suka hatilah nak pandang,mata kita !
Meletus tawa Zuhair seketika.
"Baru sedar ke yang kau tu isteri aku? Tadi waktu menggatal dengan lelaki lain tak ingat pula status kau tu.." hilang sudah gelak Zuhair dan telinga Hana menangkap suara mendatar Zuhair .
"Lelaki lain? Siapa? " Hana menyoal. Seolah lupa apa yang terjadi tadi sebelum dia berada di dalam kereta milik Zuhair.
"Kau-" termati niat Zuhair ingin memarahi dan mengherdik Hana apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
Hana terdiam sambil memandang telefon milik Zuhair yang terletak elok di atas dashboard kereta.
"Pandang je ke? Tak reti nak tolong aku angkatkan panggilan ke? Nampak tak aku tengah buat apa ni? Drive kan..." bebel Zuhair.
"Oh..kan handphone awak.Takkan saya nak angkat sesuka hati." jawab Hana.
Telefon milik Zuhair kembali senyap.
"Kan aku dah minta tolong ni.So,angkat lah! " marah Zuhair.
Terus Hana mencapai telefon Zuhair dan telefon yang senyap itu kembali berdering.
Hana memandang nama pemanggil dengan hati yang sayu.Hatinya berbolak balik sama ada mahu angkat panggilan itu atau pun tidak.
"Siapa yang call? " soal Zuhair bila Hana hanya diam memandang skrin telefon.
"Ermm..Ayu.." jawab Hana perlahan.
"Jawab panggilan tu.."arah Zuhair.
"Tapi.." telefon ditangan Hana terus dirampas dengan kasar.
"Susah sangat ke nak jawab panggilan ni? " marah Zuhair.Zuhair menekan kotak hijau di skrin,telefon dilekap ke telinga.
"Hello? yes? "Zuhair mengerling sekilas Hana disisinya.
"Kejap, abang hantar kawan sekejap.Lepas tu abang datang ambil Ayu.Ayu bersiap lah dulu." Zuhair diam mendengar apa yang diperkatakan Ayu dihujung talian.
Jam ditangan dikerling. "Okay,setengah jam lagi abang sampai." terus panggilan dimatikan dan telefon diletakkan diatas dashboard.Zuhair kembali fokus pada pemanduannya.
Hana disebelah sudah diam membisu.
abang?bukankah itu panggilan yang sepatutnya untuk aku? luah Hana didalam hati.
*********
Hana menghempas tubuhnya diatas katil.Kata kata ibu dan ayahnya petang tadi masih tergiang ngiang di telinganya.
Patutlah Zuhair heret dia masuk ke dalam kereta,familynya mahu pulang ke kampung semula memandangkan cuti Haji Osman sudah habis.
Yeah,dua minggu cuti yang Haji Osman ambil untuk menemani Hana dirumah agam milik arwah.
Hasrul baru sampai tengahari tadi untuk menjemput kedua orang tuanya pulang.Cukup lah tu dua minggu menemani Hana.
"Hana,jaga diri baik baik.Jangan lawan apa kata suami nak.Ingat,syurga Hana ada pada Zuhair." nasihat Hajah Zaleha.
Tangan tua Hajah Zaleha dicium lembut.
"Ibu pun jaga diri baik baik.Nanti kalau Hana free Hana balik kampung ya?" tubuh Hajah Zaleha didakap erat.
Pelukan dileraikan.Bahu Hana diusap Hajah Zaleha.
"Hana,elok elok kerja.Jangan abaikan suami.Dan jangan lupa bagi ayah cucu.Tak sabar nak dukung cucu sendiri." kata Haji Osman dengan senyuman nakal.Saja mahu mengusik anak bongsunya itu.
Zuhair yang berdiri disebelah Hasrul sudah terbatuk kecil.Wajah Hana merah menahan malu.Namun Hana tidak membalas usikan ayahnya kerana takut isu cucu dipanjangkan.Macam dia tak kenal ayah dengan ibunya.
Tangan tua Haji Osman pula dicium Hana dan giliran Zuhair mencium tangan mertuanya.
Sempat Haji Osman menyakat Zuhair dan Zuhair membalas dengan tawa kecil.Andai saja orang tua nya tahu tentang hubungannya dengan Zuhair yang dingin.
Hasrul merenung wajah Hana.Tangan dihulur buat adiknya.Hana menyambut dan mencium lembut tangan abangnya.
"Abang takda apa nak nasihatkan Hana.Apa yang ibu dan ayah cakap tadi tu termasuk sekali.Jaga diri baik baik.Kalau ada apa apa yang perlu abang tahu,just give me a call."
Hana sudah tersenyum nipis.
"Insyallah Hana akan hubungi abang.Jagakan ibu dan ayah untuk Hana.Hana sayang semua.." Hasrul terus memeluk Hana.
Haji Osman dan Hajah Zaleha hanya memerhati dua beradik itu.Zuhair disisi Hasrul turut memandang.
Terdetik dihati Hasrul,kenapa berat sangat hati ini mahu melepaskan Hana sendiri?Tak,Hana tak sendiri.Hana ada suaminya.
Mata Hasrul terarah pula pada Zuhair.
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .