Hana menarik bagasinya ke arah ruang tamu.Zuhair yang sedang duduk diatas sofa sambil menekup wajah dengan tangan dihampiri.
"Zuhair.."Hana memanggil perlahan.Zuhair mengalihkan tangan dari wajahnya.Hana yang sedang berdiri ditepinya dipandang bersama kerutan.
"Kau nak apa?"soal Zuhair.
"Saya nak awak sign ni.."Hana menghulurkan kertas bersaiz A4 pada Zuhair.
Zuhair menyambut dan membaca tulisan yang tertera diatas kertas A4 itu.Senyuman sinis tersungging dibibirnya.
"Kau nak berpisah?" soal Zuhair.Mata dihala tajam ke wajah Hana.
Hana hanya menjawab dengan anggukan.Zuhair bangun dari sofa dan berdiri dihadapan Hana.
Hana mula berdebar.
"But,why?" soal Zuhair.
Hana tunduk membisu.Cukuplah selama hampir setahun dia bertahan demi rumah tangganya.Namun,Zuhair masih tiada tanda tanda akan mencintainya.Malah Zuhair membuat keputusan untuk berkahwin dengan perempuan simpanannya,Ayu.
"Hana,aku tanya kau ni.Sebab apa kau nak berpisah dengan aku?" soal Zuhair lagi.
"Saya tak nak jadi penghalang diantara awak dan Ayu.." Hana bersuara perlahan.
"Penghalang? haha..."Zuhair menghamburkan tawanya. "Kalau aku kata kau bukan penghalang.Kau masih nak berpisah?" soal Zuhair.Jelas kerutan didahi Zuhair.
Hana terdiam.
"Jawab aku tanya Hana!! " tengking Zuhair.
"Saya tetap nak berpisah.Awak sign surat ni,nanti saya datang ambil." Hana ingin segera berlalu pergi kerana dia merasakan sikap Zuhair begitu aneh pula malam ini.
Zuhair hampiri Hana yang sudah berdiri didepan pintu.Tangannya naik mencengkam kuat rambut Hana membuatkan Hana berdesing kesakitan.
"Mana kau nak pergi?Kau ingat aku akan sign surat cerai ni? No Hana.. " Zuhair capai kertas A4 itu dan lempar ke muka Hana.
Hana mula menangis.
"Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau nak aku lepaskan kau sebab kau nak pergi pada Adam.Kau ingat aku tak tahu yang Adam melamar kau tadi? Aku butakan mata ,pekakkan telinga setiap kali orang bercerita mengenai kau dan Adam.Satu office gosip pasal kau.Kau sedar tak yang kau tu isteri aku?" tengking Zuhair.
"Awak dah salah faham.Saya dengan Adam-" Hana menghamburkan tangisannya. Akhirnya,air mata yang selama ini ditahan mengalir jua.
"Aku akan lepaskan kau macam yang pernah aku janjikan dulu.Sebab diantara kita, tak pernah wujud rasa cinta." kata Zuhair perlahan.
Air mata Hana semakin lebat. Ya,sakit dihati hanya Tuhan yang tahu bila menagih kasih suami yang tak pernah cintakannya.
Tiba tiba Hana diheret ke bilik tidur.
"Tapi aku takkan lepaskan kau semudah itu.Aku tak nak berputih mata.. " terus ditolak tubuh Hana ke katil dan Zuhair naik menghempap Hana.
"Zuhair! No...!!!!" jerit Hana bersama air mata.
********
Zuhair mengeliat kecil bagi merenggangkan uratnya.
Terasa dingin mencengkam tubuh,perlahan lahan mata dibuka.Orang yang dia harapkan akan berada disebelahnya sewaktu dia membuka mata,kini tiada.
Zuhair bangkit dan mencari kelibat itu.
Ya,wanita yang sudah berjaya mencuri hatinya namun kerana ego dia menidakkan.
"Hana?" panggil Zuhair perlahan.Selimut yang menutupi tubuhnya yang berbogel ditarik dan digenggam erat agar tidak melucut jatuh ke lantai.
Tiada sahutan.
"Hana?"sekali lagi Zuhair memanggil namun tetap tiada sahutan.Kaki dibawa langkah keluar dari bilik.
"Hana...!" kali ini Zuhair menjerit.Baru nak jerit sekali lagi,Zuhair terpandang kertas A4 dan sekeping nota diatas meja kopi diruang tamu.
Zuhair hampiri meja kopi dan capai nota itu.Dibaca bersama kerutan didahi.
sign this letter.kita jumpa di mahkamah syariah.
Nurul Hana
Zuhair jatuh terjelepok diatas lantai.Kertas A4 dipandang sepi.
"Bercerai?"
**********
"Apasal kau ikat aku?Apa yang kau nak dari aku?" jerit Hana sebaik kain yang menutupi mulutnya dibuka.Namun kain yang menutupi matanya masih belum dibuka menyebabkan Hana tidak tahu dimana keberadaannya.
"Hana,Hana..jeritlah semahu kau.Tak ada siapa akan dengar kau.." kata satu suara garau.Hana terdiam.
"Zairul?" soal Hana.
Zairul hanya tertawanya bagi menjawab soalan Hana.
"Aku tak sangka, kau masih ingat suara aku.." bisik Zairul ke telinga Hana.
Hana menepis dan menjarakkan wajah dari Zairul.
"Wow! garang.Tak padan dengan mata tertutup tu.." kata Zairul dan tertawa lagi.
"Zairul, kau nak apa hah?" Hana menyoal.
Tadi sewaktu dia ingin memandu kereta ke rumah Elmira,dia ditahan dengan sebuah van berwarna putih dan cermin bertinted hitam.
Hana yang ingin menjerit sewaktu cermin keretanya dipecahkan terus tidak sedarkan diri sebaik mulutnya ditekup dengan kain.
Sedar sedar je,mulut,mata dan tangan diikat dengan kain.
"Aku nak kau.." Zairul mengelus leher Hana.
"Zairul, stop! Kau tahukan aku isteri abang kau.Kakak ipar kau! Belajar lah terima hakikat,aku takkan kembali pada kau! " Hana menjerit kuat.
Zairul jadi berang dengan kata kata Hana.Kain yang menutupi mata Hana direntap kasar hingga Hana berdesing.
"Aku akan dapatkan kau walau dengan apa cara sekali pun.." kata Zairul sambil mengelus wajah Hana.
"Aku rasa kau ni gila! " Hana merenung wajah itu lama.Tak sangka rupa Zairul boleh berubah menjadi begini.
Selekeh dengan jambang dan misai tebal.
"Aku memang gila.Gilakan kau... hahaha..." gelak Zairul kuat dan mengerunkan Hana.
Ya Allah,selamatkan lah aku dari dia ni.Bisik Hana didalam hati.
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .