bab 5

32.4K 756 24
                                    

Hana menghela nafas sebelum melangkah masuk ke dalam class . Elmira dibelakang hanya membuntuti langkah Hana .

Hana hanya menunduk dan berjalan ke tempat biasa dia dan Elmira duduk sewaktu di dalam class .

"Hana , kenapa muka kau nampak pucat ?" Satu suara menyapa Hana membuatkan Hana memejam mata .

Dia begitu kenal suara itu .

"Hana , aku tengah cakap dengan kau ni ." Suara itu menyapanya lagi . Perlahan lahan Hana angkat wajah dan memandang ke hadapan . Dimana datangnya suara itu .

Zairul dan Balqis duduk dihadapan Hana membuatkan jantung Hana berdebar debar .

Dibawah meja , Elmira sudah mengenggam kemas jemari Hana untuk memberi Hana kekuatan .

"Oh , aku pening . Nak demam kot . So , macam mana kau dengan Balqis ?" Soal Hana sambil tersenyum nipis .

"Well , macam yang kau lihat . Kami dah pun bersama . Tak sangka , dalam dia berkepit macam belangkas dengan kau . Dia ada hati kat aku ." Kata kata pedas yang keluar dari mulut Balqis berjaya menguris lagi hati Hana yang sedia terluka .

"Qis , apa you cakap macam ni ? Hana ni kawan I tau . Kalau tak kerana dia , I dengan you tak bersama tau ." Tegur Zairul yang kurang suka cara Balqis bercakap dengan Hana .

Balqis sudah mencemikkan wajahnya . Bengang apabila

"It's okay Rul . Kau tak perlu nak rasa terhutang budi sangat . Kalau dah jodoh korang , tak kemana . Tak ada kaitannya dengan aku ." Hana mula mengeluarkan buku nota dan peralatan tulisnya . Sempat Hana hadiahkan Elmira senyuman agar Elmira tidak berasa susah hati .

"Hana , erm .. lepas class aku nak jumpa kau ." Zairul tiba tiba bersuara . Balqis sudah memandang Zairul .

"Sorry . Aku ada hal lepas class ." Hana cuba mengelak .

"Please . Aku nak jumpa kau kejap saja ." Rayu Zairul . Hana dan Elmira mula merasa pelik . Zairul tak pernah merayu untuk sesuatu . Biasanya Zairul akan degil dengan keputusannya . Namun kali ni sikap Zairul begitu pelik .

"Zairul , tumpukan perhatian semasa saya mengajar . Jangan sampai saya suruh awak mengajar di depan !" Tegur Encik Kamal , dan Zairul terus memandang ke hadapan class .

"Sorry sir ."

***********

Laju Hana dan Elmira berjalan . Niat utama untuk larikan diri dari Zairul .

Entah apa yang dia nak , paksa paksa untuk berjumpa .

"Kau yakin ke tak nak jumpa dengan Zairul ?" Soal Elmira yang mula mengah .

"Nak jumpa aku untuk apa lagi ? Semalam aku dah pesan kat dia jangan ganggu aku lagi lepas ni . Macam mana aku nak move on kalau dia asyik ganggu aku ?" Bebel Hana sambil memandang Elmira .

"Kau nak move on untuk apa ?" Langkah Hana dan Elmira terus terhenti .

Tubuh tegap Zairul yang berdiri di hadapan Hana dan Elmira membuatkan Hana menelan liur .

"Asal kau nak lari dari aku ni ?" Soal Zairul , kehairanan .

"Kan aku dah cakap tadi , aku ada hal penting . Bukan aku nak lari dari kau ." Tipu Hana .

"No ! Kau nak lari dari aku kan ?"

"Zairul kau ni tak faham bahasa ke atau buat buat tak faham ? Kan Hana dah kata kami ada hal penting ." Elmira mula bersuara .

"Kau diam ! Aku tak cakap dengan kau . Hana , ikut aku kejap ." Zairul terus menarik tangan Hana .

"Zairul apa ni ? Lepaslah !" Hana cuba meronta namun tubuhnya terus ditarik hingga ke belakang bangunan kampus .

"Apa ni ? Mana Balqis ? Asal kau beria nak jumpa aku ? Karang si Balqis cemburu aku tak tanggungjawab ae ?" Hana menolak sedikit tubuh Zairul yang rapat dengan tubuhnya .

"Balqis keluar dengan kawan kawan dia . Aku nak jumpa kau kejap ."

"Hah ? Cakap lah , apa dia kau nak cakap . Aku rushing ni ."

"Betul ke kau suka kat aku ?" Soal Zairul tiba tiba .

Hana terus tergelak .

"Dari mana kau dengar ni ? Lawak lah ." Hana pura pura ketawa , namun tawanya terus hilang saat melihat wajah serius Zairul .

"Jangan berdalih lagi lah , Hana . Balqis yang cakap kau ada hati kat aku . Betul ke ? Kenapa aku langsung tak tahu apa apa ni ?" Soal Zairul lagi .

Hana terus tertunduk .

"Hana ? Betul ke tidak ? Aku just nak tahu dari mulut kau sendiri ." Desak Zairul .

"Penting ke apa yang bakal keluar dari mulut aku ?" Soal Hana perlahan .

"Hana , aku tak nak dengar dari mulut orang lain walaupun orang tu kekasih aku sendiri . Aku kenal kau dah lama . Aku cuma nak sahihkan , sama ada betul atau tidak apa yang aku dengar ."

Hana terus mendongak menatap wajah Zairul .

"Kalau betul ? Kau nak buat apa ? Kau nak tinggalkan Balqis dan datang pada aku ?" Soal Hana bertubi tubi .

Hana mengenggam erat tangannya dan matanya mula berkaca .

Tiba tiba Zairul memeluk Hana membuatkan Hana terpanar .

"Tak , Hana . Aku takkan tinggalkan Balqis . Maafkan aku , aku cintakan Balqis . Kau tak lebih dari seorang kawan biasa ." Zairul terus meleraikan pelukan dan berlalu meninggalkan Hana disitu .

Setitis demi setitis air jernih mengalir dan saat Hana terpandang Elmira yang kini berdiri di hadapannya , air jernih itu mengalir tanpa henti .

Terus Hana mendakap erat tubuh Elmira .

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now