Hana mengeluh . Walaupun esok merupakan majlis pernikahannya , namun Hana yang hari ini tak dilihat gembira mahu pun excited dengan majlis itu . Baginya , majlis itu hanya lah untuk memuaskan hati Datin Suria .
Hana memerhati bilik tidurnya yang kini telah dihias cantik . Matanya kini bergerak ke arah setiap barang hantaran yang telah ditempah khas oleh Zuhair sendiri . Hana langsung tak keluar duit walaupun satu sen .
Semua persiapan dan barang hantaran untuk belah lelaki dan perempuan menggunakan duit Zuhair . Hana pernah cuba mahu membeli hantarannya sendiri tapi dihalang Zuhair .
"Saya tak nak bebankan awak ." Kata Zuhair .
Ayat itu sentiasa bermain di fikiran Hana . Kalau hati sudah terpaut sayang , tiada istilah beban pada dirinya .
Ya , dua minggu lepas Hana baru menyedari yang dirinya telah terpaut sayang pada tunangnya sendiri . Dengan sikap Zuhair yang kerap menyakat dan mengenakan dia membuatkan hati Hana mula menerima kehadiran Zuhair .
Dan walau pernikahan mereka bukan atas kerelaannya , tugas Hana selepas ini sebagai isteri haruslah belajar mencintai suaminya .
Daun pintu bilik ditolak perlahan . Hajah Zaleha menghampiri anak gadisnya .
"Hana , terima kasih sayang ." Ucap Hajah Zaleha tiba tiba . Hana menoleh ke arah Hajah Zaleha .
"Eh , terima kasih untuk apa ni ibu ?" Soal Hana pelik .
"Terima kasih sebab tunaikan hajat ibu dan ayah . Kami memang teringin sangat nak tengok Hana naik pelamin . Lepas ni , ibu atau ayah dah tak perlu nak risau lagi lah andai kami menutup mata untuk selamanya . Sebab kami yakin anak gadis kami kini dijaga lelaki yang baik ." Luah Hajah Zaleha .
Mata Hana mula berkaca .
"Apa ibu merepek ni ? Walaupun Hana dah berkahwin dan punyai keluarga sendiri , Hana masih tetap memerlukan ibu dan ayah . Hana tetap memerlukan abg Hana ." Kata Hana lalu memeluk Hajah Zaleha .
"Ibu minta maaf kalau ibu buat Hana sedih . Ibu cuma nak sampaikan apa yang ibu dan ayah rasa je saat ini . Lagi pun , Hana kan manja dengan kami . Bila Hana dah berkahwin nanti , kami dah tak berpeluang nak merasa manja Hana tu ." Kata Hajah Zaleha sambil memeluk erat tubuh anak gadisnya .
"Ibu , Hana tetap anak ibu dan ayah macam dulu . Kenyataan itu tak akan pernah berubah walau Hana sudah bersuami . Dan walau apa yang terjadi sekali pun , Hana tetap sayangkan keluarga Hana ."
"Amboi , ber'sweet' tak ajak ayah pun ." Tegur Haji Osman yang berdiri tegak di tepi pintu bilik Hana .
Kedua mereka meleraikan pelukan dan memandang ke arah pintu . Bersama senyuman Hana bangun lalu memeluk tubuh ayahnya pula .
**********
Hari yang dinanti telah pun tiba . Zuhair merasa begitu gementar dan berdebar sewaktu memakai baju melayu satin berwarna putih .
Datin Suria yang memerhati hanya tersenyum nipis .
"Abg takut ke ?" Soal Datin Suria .
"Abg tak takut lah ma , cuma gemuruh saja . Ramai kawan kawan abg cakap , lelaki ganas atau gangster macam mana pun .. bila berdepan dengan tok kadi , terketar beb . Mau terkencing rasanya ." Kata Zuhair .
Datin Suria tersenyum .
"Arwah papa pun dulu gemuruh juga waktu nak menikah . Dia punya gemuruh sampai salah sebut nama mama . Time tu , satu rumah gelakkan dia ." Cerita Datin Suria dengan wajah gembira saat terkenang akan hari pernikahannya dahulu kala .
"Iya ma ? Arwah papa lafaz akad nikah berapa kali ?" Soal Zuhair , berminat ingin tahu .
"5kali ." Jawab Datin Suria .
"Lah .. banyaknya . 5kali ." Zuhair terkejut lalu membeliakkan biji matanya .
"Mari sini kejap ." Panggil Datin Suria dan Zuhair menghampiri mamanya .
"Ada apa mama ?" Soal Zuhair pelik bila Datin Suria menyuruhnya rapat .
"Mama nak bagi petua hilangkan gemuruh ." Jawab Datin Suria .
"Iya mama ada petua ? Apa dia ?" Soal Zuhair lalu tersenyum gembira .
"Petuanya , baca ayat ni ." Kata Datin Suria lalu menghulurkan sekeping kertas kecil yang agak lusuh .
"Mana mama dapat ayat ni ?" Soal Zuhair sambil membaca tulisan jawi yang tertera diatas kertas itu .
"Arwah papa pakai ayat ni waktu nak jumpa arwah datuk kamu . Arwah datuk dulu sangat garang ." Terang Datin Suria .
"Oh .. tapi kalau arwah papa ada doa hilangkan gemuruh , kenapa time nikah dengan mama gemuruh sangat ?" Soal Zuhair pelik .
Datin Suria tersenyum nipis . "Waktu tu kertas ni hilang , lepas kahwin baru jumpa balik . Jumpa pun dekat celah buku kerja dia ." Terang Datin Suria dengan senyuman nipis .
Tok.tok.tok
Ketukan dipintu menghentikan perbualan kedua anak beranak itu . Pintu ditolak perlahan dan wajah Zahirin rakan baik Zuhair merangkap pengapit Zuhair terjenggul dibalik pintu .
"Pengantin dah siap belum ?" Soal Zahirin dengan senyuman .
"Dah ." Jawab Datin Suria dan Zuhair serentak .
"Kalau macam tu , saya rasa dah boleh gerak dah ni . Dah lambat rasanya ni ." Kata Zahirin dan Zuhair mengangguk kecil .
"Baiklah . Jom lah ."
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romansa[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .