Hana dan Elmira berdiri di hadapan Zuhair.Zuhair berdehem beberapa kali sebelum memandang kedua gerangan yang berada dihadapannya.
"Kamu tahu kan kenapa kamu berdua dipanggil dan berdiri dihadapan saya?" soal Zuhair.
"Hari ni kami last partikal disini."jawab Hana.
"Yes,yang itu betul.Dan,saya ada berita gembira untuk you'll." Zuhair mula tersenyum.
"Kami dapat kerja kat sini?" soal Elmira.
"The answer is... yes." balas Zuhair.Elmira mula bersorak gembira,tapi Hana tidak.
"Saya taknak kerja kat sini." balas Hana.
Elmira terhenti bersorak,Hana disebelah dipandang bersama tanda tanya.
"Kenapa tak nak?Tak semua dapat peluang macam awak dan Elmira.."Zuhair pandang terus ke dalam mata Hana.
"Entah kau ni, Hana.Kerja jelah dekat sini,dekat dengan husband kau.Kalau kau kerja tempat lain aku rampas husband kau.Husband kau tu dahlah ramai staf tergila gila.." Elmira selamba berkata dihadapan Zuhair.
Seolah olah hanya mereka berdua berada disitu.
Zuhair tersenyum.
"Sebagai suami saya nak guna kuasa saya ke atas awak.Awak hanya boleh kerja di syarikat saya."
Hana terkelu.Apa ni?Guna kuasa tak kena tempat.Suami guna kuasa di rumah,bukan di tempat kerja! Getus hati Hana.
---------------------------------------------
Hana mengusap wajah,kenangan demi kenangan menjengah di kotak ingatannya.Pandangan dihala ke sekelilingnya.Istanbul adalah tempat yang dituju.
Dia berfikir untuk memulakan hidup baru disini.Namun,untuk membuang Zuhair dari hidupnya hatinya merasa berat.Semua kerana cinta.
Hana membawa diri jauh ke sini pun dengan bantuan abangnya,Hasrul.
"Kenapa jauh sangat Hana nak pergi ni?" soal Hasrul.
"Hana nak tenangkan fikiran dan mulakan hidup baru.."Hana menunduk menekur lantai.
"Mulakan hidup baru?Dengan siapa?"soal Hasrul, pelik.
"Perlu ke Hana mulakan hidup baru dengan sesiapa?" Hana menyoal semula.Kali ini wajahnya di dongak dan wajah abangnya dipandang.
Hasrul mengeluh kecil sebelum dia hampiri Hana.Pipi Hana diusap.
"Hana dah berkahwin sayang.."perlahan nada Hasrul,seolah memujuk Hana.
"Tapi-" terhenti kata kata Hana apabila jari telunjuk Hasrul menekan dibibirnya.
"Abang tahu,Hana dan Zuhair ada masalah.Abang sayang Hana.Hana adik abang,tapi abang tak nak terlibat dalam masalah rumah tangga Hana.Abang cuma nak pesan,baik atau buruk dia tetap suami Hana.Abang nak Hana fikir sebelum buat sesuatu.Perkahwinan bukanlah perkara kecil."nasihat Hasrul.
Mata Hana mula berair.Perlahan lahan tubuh Hasrul dipeluk.
"Tolonglah Hana.Hana janji akan kembali,bagi Hana masa untuk fikirkan semua ni.Hana perlu masa." luah Hana bersama tangisan.
Hasrul memeluk erat tubuh Hana.
"Pergilah kalau Hana perlukan masa,tapi janji yang Hana akan kembali. Kalau bukan kerana Zuhair,kembalilah kerana kedua ibu bapa kita."
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .