bab 43

21.2K 535 29
                                    

Hana tertunduk. Serba salah bila berhadapan dengan lelaki dihadapannya ini.

Jadi sekarang barulah dia tahu dengan siapa Zuhair bertumbuk semalam.Cuma dia masih belum pasti punca mereka bergaduh.

"Apa punca sebenar sampai korang bertumbuk? "soal Hana.

"Dia tipu saya." jawab Adam.

"Dia tipu awak apa?" Hana ingin tahu sangat apa punca dua sahabat baik ini jadi bergaduh hinggakan sanggup bertumbuk.

"Awak tak perlu lah tahu.Ohh ya sebelum saya terlupa, terima kasih Hana sudi teman saya lunch hari ni." Adam tersenyum manis buat Hana.

"Takda apa lah.Lagipun saya bawak El sekali.Dan memang kebetulan kami pun nak pergi lunch kan?Apa salahnya kami join awak." balas Hana.Mata meliar ke sekeliling kerana dia dapat merasakan ada seseorang sedang merenungnya.

'Ahh! mungkin imaginasi kau je Hana.' monolong Hana di dalam hati.

"Weyy,sorry lama.Tandas penuh lah.Macam macam bau keluar."balas Elmira yang baru tiba.

Adam dan Hana sudah tersenyum.

"Apa perlu kau cerita kisah dalam toilet tadi kat sini?" soal Hana dengan wajah berkerut.

"Lahh,kenapa? bukan aku cerita macam mana 'benda'tu keluar pun."selamba Elmira menjawab.

"Eei,pengotor lah kau ni."Hana sudah menutup kedua telinganya.

Adam sudah tergelak melihat kerenah dua sahabat itu.Baru hari ni Adam berkenalan dengan Elmira,rakan baik Hana.Sebelum ni dia tak pernah perasan pun tentang kewujudan Elmira.

Mungkin sebab dua sahabat ini berlainan department dan jarang dapat peluang bersama.

"Uwekk! Nak muntah aku,dah lah baru lepas makan." Hana membuat gaya loya.

"Ehh! Asal ? pregnant ke?" sakat Elmira.Merona merah wajah Hana.

Adam terkaku seketika,Hana pregnant ke? Zuhair bersama dengan dia ke?

Hatinya dipagut rasa cemburu tiba tiba.

"Merepek!" balas Hana sambil menarik cuping telinga Elmira.

"Adui! sakit.." renggek Elmira.

"Okay okay.Jangan gaduh gaduh.Dah macam kanak kanak ribena saya tengok korang ni."Adam cuba meleraikan dua sahabat itu bila dirasakan keadaan semakin huru hara dan bising dengan keletah mereka berdua.Dan Adam mula perasan dengan beberapa pengunjung di restoran itu yang mula melemparkan pandangan badi.

Hana dan Elmira merenung tajam wajah Adam.Adam menelan liur.

'Erk,aku salah cakap ke?'

"Siapa cakap kami gaduh?soal Hana.

"Eh,tak gaduh eh?" soal Adam.Tangan naik menggaru batang leher.

"Inilah namanya bestfriend.Macam nilah cara kami bergurau."balas Elmira lalu Elmira dan Hana berpelukan.

Adam sudah tersenyum sambil menggeleng kepala.

********

"Abang okay?" Ayu menyoal.

"Okay lah.Kenapa tak okay pula?"balas Zuhair tenang.

"Tapi Ayu tengok abang macam tak okay."Ayu merenung terus ke dalam anak mata Zuhair.

"Apa Ayu merepek ni.Abang okay lah.Jangan Ayu pula yang rosakkan mood abang.Kita nak lunch kat mana ni?"soal Zuhair.

Tipu lah kalau dia kata dia okay.Tadi dia dengan Ayu berura ura mahu makan tengahari di restoran Masak Kampung yang terletak di tengah bandar itu namun niatnya mati bila apa yang terhidang dihadapan mata membuatkan hatinya sakit.

Hana berduaan dengan Adam makan disitu.Yang menambahkan sakit dihatinya bila Hana bergelak ketawa dengan Adam.Terpancar kebahagiaan diwajah Hana bila bersama Adam.

Akhirnya dibawa kaki keluar dari restoran Masak Kampung itu dan dia menunggu Ayu di dalam kereta sementara Ayu pergi ke tandas tadi.

Sempat di mesej Ayu mengatakan yang mereka tak jadi makan tengahari di situ.

"Ayu tak kisah, Ayu ikut je mana abang nak bawa Ayu." Ayu tersenyum sambil memeluk lengan Zuhair.

Zuhair hanya membiarkan.

"Abang kenapa tiba tiba taknak makan kat restoran tadi tu? Restoran tu sedap tau,Ayu tengok dah viral dalam facebook." Ayu memulakan perbualan bila sunyi mula hadir diantara mereka.

"Yeke viral? Abang macam tak selera nak makan kat situ sebab tengok pelayan dia punya bulu tangan panjang, lebat pula tu.Geli." tipu Zuhair.Entah bila pula dia ada masa nak tengok tangan pelayan 😂😅

"Serius bang?Tapikan , Ayu tak perasan pun.."soal Ayu, pelukan dilengan Zuhair dileraikan perlahan.Otaknya cuba mengingatkan tentang pelayan di restoran tadi.

"Mana nak perasan . Ayu sampai sampai saja terus nak ke toilet.Duduk pun belum lagi."Zuhair tersenyum senget.

"Alah,nak buat macam mana.Ayu nak buang air kecil.Tak sempat nak duduk.Betul betul dah hujung tu tau.." Ayu tersenyum malu.

"Apa apa jelah Ayu.Kita lunch kat Restoran Seafood boleh?" Zuhair menyoal.

"Ok.Jom.."

Ayu tersenyum gembira.Zuhair menyentuh dahinya,kusut.

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now