bab 35

23.7K 686 32
                                    

Zuhair menghempas punggung dikerusi kulitnya . Hari ini dia terpaksa masuk office kerana dia harus hadiri mesyuarat dengan rakan kongsi di syarikatnya .

Teringat perbualannya bersama Hasrul semalam .

"Perempuan siang tadi tu , dia first love aku ."

Tap ! Hasrul menepuk kuat bahu kiri Zuhair membuatkan Zuhair tersentak .

Wajah Hasrul berubah serius .

"Aku sayang sangat kat adik aku . Dia satu satunya adik aku . Dan sebagai abg , aku nak tengok adik aku bahagia . Kalau kau tak mampu bahagiakan dia , lepaskan dia . Tapi sebagai abg dia juga , aku taknak masuk campur hal rumah tangga dia dengan kau . Nasihat aku pada kau , buat benda yang kau takkan menyesal seumur hidup kau ."

"Apa maksud Hasrul ? Buat benda yang aku takkan menyesal seumur hidup aku ?" Zuhair bermonolog sendirian .

Zuhair bangun dan berjalan ke arah tingkap . Jauh matanya memandang dan entah macam mana matanya terhenti pada dua makhluk Allah yang sedang jalan beriringan .

Terbeliak biji matanya .

******

Kelam kabut Hana parking kereta dan keluar dari kereta tanpa memandang kiri dan kanan . Dia sudah lambat masuk office hari ini !

"Sampai hati Zuhair tinggalkan aku sendirian . Kalau benci pun sekurangnya tolonglah kejutkan aku ! Kalau dia masuk office dah tentulah aku pun kena masuk office . Dia kan boss aku !" Bebel Hana sendirian . Dan entah mana silapnya , Hana terlanggar seseorang .

Again ? Biar betul Hana ! Jalan lain kali pakai mata lah Hana ! Hana memarahi dirinya di dalam hati .

"Sorry Encik , saya tak sengaja .." Hana mengutip fail dan handbeg nya yang jatuh berselerakan diatas jalan raya .

"It's okay . Macam jodoh je kan kita ni ?" Dengar saja suara itu Hana mendonggak .

 Macam jodoh je kan kita ni ?" Dengar saja suara itu Hana mendonggak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Adam !" Kuat nada Hana membuatkan Adam menutup kedua telinganya .

"Ya saya . Jangan di jerit Hana oit , malu orang tengok ." Kata Adam . Hana sudah malu . Reaksi spontannya . Terkejut sebenarnya kerana dia boleh berjumpa dengan Adam disini sekali lagi .

"Awak buat apa dekat sini Adam ?" Soal Hana .

"Nak jumpa awak lah ." Selamba Adam berkata sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Hana .

"Awak bergurau ye ?" Hana tersenyum kelat . Kekok bila Adam berkata begitu .

"Haah , memang saya bergurau . Awak marah ke ?" Adam perasan perubahan pada wajah Hana .

Pada hal , niat dia kesini untuk mengucapkan takziah pada Zuhair atas pemergian ibu tercinta dan salah satu niatnya juga ingin berjumpa Hana . Tapi , seolah ditakdirkan jodohnya bersama Hana .

Hana yang dia jumpa dulu dan bukan sahabatnya , Zuhair .

"Eh ! Mana ada saya marah ." Balas Hana bersama senyuman .

"Jom jalan sekali dengan saya ?" Adam mengajak .

"Awak nak ke mana ?" soal Hana pelik .

"Awak nak masuk kat dalam bangunan ni kan ?" Soal Adam sambil jari telunjuknya dihala pada bangunan syarikat milik keluarga Zuhair .

"Haah . Awak ?" Hana menyoal lagi . Bingung dengan soalan pelik Adam .

Adam tergelak "Saya pun nak masuk dalam bangunan ni . Saya nak jumpa kawan saya . Jom lah jalan sama sama ."

"Okay jom .." balas Hana gembira .

Sepanjang perjalanan , Hana dan Adam berborak dengan mesra . Sesekali Hana akan tergelak kecil . Sehingga tiba di depan lif , pintu lif terbuka dan tubuh Zuhair melangkah keluar dengan wajah tegang .

Hana terlihat saja Zuhair laju dia melangkah masuk ke dalam lif meninggalkan Adam dan Zuhair di depan lif . Laju jemari Hana menekan butang dan belum sempat Adam menahan , lif sudah tertutup rapat .

"Hair !" Sapa Adam .

"Adam , kau nak apa datang sini ?" Soal Zuhair dingin .

"Aku nak jumpa kau lah kawan . Sejak bila dah tak boleh jumpa kau ni ?" Adam dapat merasakan aura semacam dari Zuhair .

"Kau nak jumpa aku ada apa ?"

"Aku nak ucap takziah kat kau and sorry pasal tak dapat hadir semalam . Mama aku minta hantar dia balik Kedah . Ni pun , pagi tadi aku baru sampai sini . Tapi tak drive lah . Kereta aku tinggal sana , aku naik flight ." Cerita Adam panjang lebar .

Zuhair diam membuatkan Adam jadi pelik .

"Kau okay tak ni ?" Soal Adam .

"Kau kenal ke staf aku yang tadi tu ?" Soal Zuhair . Dia lihat bukan main mesra mereka berborak . Seperti dah lama kenal .

"Oh , yang jalan dengan aku tadi tu ?" Soal Adam . Dan Zuhair mengangguk kecil .

"Dia lah staf kau yang aku kata aku minat tu ." Luah Adam terang terangan .

Zuhair terus terbatuk batuk .

"Eh ? Kau okay tak ni ?" Soal Adam bertambah pelik .

Setelah batuk Zuhair reda , Zuhair bersuara .

"Aku okay ." Balas Zuhair .

"Jom ikut aku ?" Ajak Zuhair .

"Ke mana ?" Soal Adam .

"Lepak kedai makan ." Zuhair berkata sambil mengerling jam di pergelangan tangan . Dah tengahari jadi bolehlah dia lunch sekali dengan Adam . Fikirnya .

"Okay jom ." Adam dan Zuhair mula berjalan beriringan keluar dari bangunan itu dan terus ke parking kereta .

"Hair , kau boleh tolong aku kan ?" Soal Adam tiba tiba .

"Tolong apa ?" Zuhair menyoal pula .

"Tolong adjust staf kau yang tadi tu untuk aku ?" Permintaan Adam berjaya buat mulut Zuhair terkunci rapat .

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now