Perlahan lahan Hana melangkah menuruni anak tangga . Tertib dan sopan langkahnya kerana tidak mahu Zuhair menyedari pergerakannya yang sedang menuju ke arah pintu utama rumah .
Baru kaki Hana mahu jejak ke atas lantai , tubuh Hana tersentak .
"Mama dah tidur ?" Soal Zuhair sambil matanya merenung Hana .
"Erk .. dah . Datin dah pun tidur ." Jelas Hana . Sebenarnya dia tidak mahu bertembung dengan Zuhair berdua begini kerana merasa kekok dengan Zuhair setelah Zuhair menjadi majikannya .
"Oh . Mama rindu betul kat awak ." Zuhair bersuara lagi . "Yang awak berdiri kat depan tangga ni buat apa ? Jom lah ke taman bunga . Cik Timah dah bancuhkan air untuk awak ."
"Erk . Takpe lah Encik , saya .." tenggelam terus suara Hana bila tubuh Zuhair menghampirinya dan menghimpitnya ke dinding .
Renungan itu membuat Hana menelan liur .
"Encik ?" Soal Hana bila Zuhair diam dan hanya merenung anak matanya .
"Bukan saya ada cakap ke tadi jangan panggil saya , Encik ?" Soal Zuhair perlahan .
"Erk ? Ta-tapi .." membulat mata Hana bila Zuhair mengusap pipinya .
"Tapi apa , hmm ?" Soal Zuhair perlahan . Nafasnya mula tak sekata bila wangian pada tubuh Hana menusuk ke hidungnya .
Bergetar iman jadinya .
"Erk , Encik saya nak balik ." Hana cuba mencari cara melepaskan diri dari Zuhair .
"Nak balik ? Sebab ?" Jemari Zuhair kini bermain dengan rambut perang Hana pula .
"Sebab ..." berdebar sungguh jantung Hana bila wajahnya dan wajah Zuhair hanya dijarakkan dengan hidung mereka . Sangat dekat !
Melihat wajah ketakutan Hana , Zuhair mula menarik wajah menjauh dan tersenyum lebar .
"Haha . Lawak lah muka cuak awak . Jangan risau , saya tak mungkin akan apa apakan awak ." Zuhair menoleh ke arah lain .
"Dah jom ke taman bunga ?" Zuhair melangkah ke arah sliding door yang menghala ke taman bunga .
Zuhair menoleh dan kelibat Hana sudah tidak kelihatan . Zuhair tersenyum sendirian .
Dia tahu Hana akan cari jalan untuk melarikan diri dari berduaan dengannya .
*********
Tercungap cungap Hana sambil memegang tiang lampu di tepi jalan . Penat sungguh lagaknya .
Mana tak penat , Zuhair pusing saja terus dia lari seperti tak cukup tanah . Dia tak mahu berlama di dalam rumah banglo itu kerana tak mahu bertembung dengan Zairul . Dan salah satu sebab juga kekok bila berdua dengan majikannya sendiri iaitu Zuhair .
Lagi pun , jantungnya tak habis berdebar lagi dengan usikan Zuhair tadi . Terlalu dekat wajah mereka hingga nafas mereka bersatu .
Setelah kepenatannya beransur reda , Hana mula melangkah ke arah kelisa milik Elmira yang dipinjamnya untuk ke sini tadi .
Hana membuka pintu kereta dan mahu masuk ke dalam namun pergerakannya terus terhenti apabila sebuah kereta diberhentikan betul betul dihadapan kelisa milik Elmira .
"Kenapa kereta ni park depan kelisa El ? Adoi , saja nak block laluan aku ke ?" Bebel Hana .
Hana terus membongkokkan tubuh ke dalam kelisa untuk mencapai telefon bimbitnya . Kononnya , nak tangkap gambar dan viralkan ke facebook .
"Hana ?" Terus Hana menoleh ke arah suara yang tak ingin didengari itu .
"Erk .. Zairul ?"
********
"Tadi Hana datang ke ?" Soal Zairul dingin .
Zuhair menoleh ke wajah dingin adiknya .
"Haah . Dia datang pun sebab nak jumpa mama ." Jelas Zuhair sambil membelek majalah di tangannya .
"Kenapa Hana nak datang tapi abg tak bagitahu aku ?" Soal Zairul kasar .
Zuhair menghela nafas malas dan menutup majalah yang berada di tangannya . Majalah dihempas kuat ke atas meja kopi .
"Apa masalah kau sebenarnya ?" Soal Zuhair .
"Abg tu , apa masalah dengan aku ? Kenapa semua berkaitan Hana kau langsung tak bagitahu aku ?" Zairul mula menengking Zuhair .
"Kenapa aku nak kena bagitahu kau pasal Hana ? Kau siapa ? Boyfriend dia ke ? Habis kekasih kau si Balqis tu apa pula ? Hanya untuk kau bersuka ria ? Macam tu ?" Zuhair sebenarnya tahu setiap gerak geri dan apa yang terjadi pada adiknya . Satu satunya adik yang dia ada . Sudah tentu dia pantau sehabis dayanya .
"Kau upah orang untuk ikut aku ?" Soal Zairul dengan nada geram .
"Kalau ya kenapa ? Aku tak ada hak ke ?" Zuhair memandang tajam wajah Zairul .
"Aku bukan budak budak lah ! Tak perlu kau nak amik tahu pasal aku macam aku ni perempuan . Aku tahu jaga diri aku sendiri ." Zairul mula menunjukkan sikap biadapnya .
"Oh ya kau pandai jaga diri ? Sebab tu kau hampir kena tangkap khalwat dengan si Balqis bulan lepas ? And dua minggu lepas kena tangkap polis sebab kau simpan dadah ? So , kau fikir siapa yang ikat jamin kau ? Bapak si Balqis tu ?" Zuhair masih bernada tenang .
"Ini urusan aku ! Kau tak perlu masuk campur !"
"Aku tak masuk campur pun urusan kau . Dan aku langsung tak terfikir nak melarang kau , walaupun kau satu satunya adik aku . Aku nak kau fikir yang terbaik untuk diri kau sendiri . Aku tak nak dihujung hujung hayat mama , mama bersedih dan risau dengan perangai kau yang berubah mendadak ."
"Asyik mama , mama , mama . Kalau tak kerana permintaan bodoh dia , aku takkan jadi begini !"
"Jangan salah kan mama . Kau bukan budak kecil lagi . Kau tahu apa yang kau buat !" Zuhair terus berlalu pergi .
Kalau dia terus berada disitu , kuatiri muka adiknya akan lebam kerana ditumbuknya .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romantiek[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .