bab 53

23.7K 706 25
                                    

Seminggu berlalu...

Telefon bimbit yang berdering kuat mengamit Hana yang sedang leka melipat baju.

Senyuman terhias dibibir sebaik melihat nama yang tertera di skrin telefon.Kotak berwarna hijau di skrin telefon ditekan.Telefon dilekap ke telinga.

"Assalammualaikum.."suara serak basah milik Hellen memberi salam.

"Waalaikummusalam.."salam Hellen dijawab Hana.

"Macam mana hari ni?Okay?Dah boleh sesuaikan diri ke belum?"soal Hellen.

"Alhamdulillah,saya dah boleh sesuaikan diri.Terima kasih untuk nasihat dan tunjuk ajar awak."Hana tersenyum kecil.

"Alhamdulillah.Lega saya mendengarnya.Saya takut awak rasa tak selesa saja.Takde apa lah,ilmu mestilah dikongsi.Lagi pun saya masih mendalami islam.Belum mahir lagi." Hellen membalas.

"Ohh,sebelum saya terlupa malam nanti saya datang rumah awak.Dah 2hari tak datang makan masakkan awak."sambung Hellen.Ada tawa halus dihujung ayatnya.

"Nak datang ke?Boleh saja.Saya pun kebetulan nak keluar beli lauk sikit.Banyak dah habis."cerita Hana.

"Okay,lepas habis kerja saya datang.Assalammualaikum."

"Waalaikummusalam." panggilan terus Hana matikan sebaik salam Hellen disambut.

Hana tersenyum memikirkan menu yang akan dia masak untuk Hellen malam ni.Hana tidak menyangka Hellen begitu menyukai masakan melayu.

******

Hana masuk ke sebuah pasar raya makanan halal untuk membeli beberapa barang dapur yang sudah habis di rumah.

Hellen pula mahu datang untuk makan malam bersamanya hari ini,jadi Hana mencari beberapa bahan untuk menu masakkannya malam ini.

Bakul dijinjing tangan kiri Hana manakala tangan kanan pula mencapai beberapa barang yang diperlukan sebelum dimasukkan ke dalam bakul.

Tiba dikawasan tepung gandum,tiba tiba kepala Hana berpinar pinar.Pandangannya mula kabur dan dahinya mengeluarkan peluh.

Bakul yang dijinjing Hana jatuh dan Hana melutut disitu.

Hana perasan ada seseorang datang menghampirinya.

"Ms.,are you okay?" soal suara itu.

Hana tidak mampu menjawab soalan itu apabila pandangannya kelam.Kepalanya yang hampir jatuh ke lantai pasar raya sempat disambut.

-------------------------------------------

Bunyi kain langsir ditarik.

"She pregnant,3weeks."ucap Doktor bernama Septhany John.

Mata Hana terus terbutang sebaik terdengar ayat yang keluar dari mulut doktor yang baru membuat pemeriksaan keatasnya tadi.

Terus tangannya bergerak ke arah perut kempisnya dan diusap perlahan.

Aku pregnant?Air mata Hana mengalir.

"Really? Alhamdulillah.."mendengar suara yang membalas itu terus Hana bangkit dan hatinya jadi tak enak.

Suara macam kenal.Takkan lah?Tapi macam mana...

Kain langsir dibuka dan seseorang hampiri Hana.

"Assalammualaikum.." salam diberi dan Hana mendonggak wajah.

-----------------------------------------------------

Bunyi loceng menandakan Hellen telah tiba di rumahnya.Hana bergegas ke pintu utama.

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now