bab 25

24.7K 675 20
                                    

Zuhair termenung sambil memandang ke luar tingkap .

"Encik Hair ?" Panggil Melly bila Zuhair langsung tidak menyahut sedari tadi .

"Encik Hair !" Sekali lagi dipanggil nama Zuhair . Masih tidak menyahut .

Pap ! Terkejut Zuhair apabila Melly menghempas dokumen yang dimintanya tadi ke atas meja .

"Kau dah kenapa ni ?" Tegur Zuhair kasar dengan wajah marah .

"Saya panggil Encik tapi Encik tak nyahut . Encik tak sihat ke ?" Soal Melly konon prihatin lah tu .

"Aku tengah kusut ni fikir pasal beberapa projek . Kalau aku tak nyahut kau panggil sekalipun , tak boleh ke kau letak fail kat atas meja aku lepas tu kau blah dari sini ?" Soal Zuhair dengan nada marah .

Melly menelan liur . Zuhair sudah lama tidak menunjukkan barannya sewaktu berada di dalam officenya sendiri .

Kali terakhir Zuhair mengamuk pun sewaktu Melly dengan tidak sengaja menghilangkan dokumen pentingnya tahun lepas .

"Apa yang kau tercegat lagi ? Berambus lah !" Herdik Zuhair lantang . Melly yang terkejut dengan herdikan kuat itu terus berlalu keluar dari bilik Zuhair dalam keadaan tergesa gesa .

Zuhair menghela nafas berat . "Kenapa dengan kau ni ? Kenapa kau kena ingat lagi pasal dia ?" Zuhair meramas kasar rambutnya .

**********

Hana menunduk sewaktu terlihat kelibat Zuhair di depannya . Takut diganggu dengan kenakalan tunangnya .

Minta minta lah dia tak ganggu aku . Bisik hati Hana .

Hana memberanikan diri untuk memandang wajah Zuhair . Wajah Zuhair kelihatan tegang dan masam .

Zuhair langsung tidak memandang wajah Hana . Hana sudah memejam mata saat bahu mereka bersentuhan .

Lama Hana pejamkan mata . Apabila Hana buka mata , kelibat Zuhair sudah tidak kelihatan .

Hana tercegang . Pertama kali Zuhair tidak menyakatnya . Hana terus berlalu ke tempatnya .

Keluhan dilepaskan "kenapa dengan Zuhair ?" Fikirnya .

Malas nak semakkan kepalanya , Hana mula mengemas barangnya dan mahu pulang ke rumah kerana waktu kerjanya sudah habis .

Dalam tak sedar Hana jadi sedih apabila tunangnya yang sering menyakatnya kini beriak dingin padanya .

"Mungkin Zuhair ada masalah ." Fikirnya lagi .

Setibanya di halaman rumah , sebuah kereta di parking dihadapan rumah sewanya dan Hana terus menoleh ke arah kereta tersebut .

Macam Zairul ? Fikirnya dan tepat sekali tekaan Hana apabila wajah dan tubuh Zairul keluar dari perut kereta . Dengan wajah marah , Zairul menghampiri Hana dan menarik tangan Hana .

"Hana , betul ke kau dah tunang ?" Soal Zairul .

"Zairul , apa pegang pegang ni ." Hana cuba melepaskan pegangan Zairul namun genggaman Zairul sangat kuat .

"Jawab Hana ! Kau tunang dengan abg aku ke ?" Desak Zairul dengan nada tinggi .

"Kenapa aku nak kena jawab soalan bodoh kau ?" Hana masih cuba meleraikan genggaman Zairul .

"Hana , aku minta maaf okay kalau aku abaikan perasaan kau pada aku sebelum ni . Aku tahu kau tak ada perasaan pada abg aku . Kau putuskan pertunangan okay ? Aku akan cakap kat mama yang aku dengan kau nak tunang . Kita kahwin ae sayang ?" Suara Zairul sedikit perlahan dan terdapat nada rayuan disitu .

Hana terkejut dengan kata kata Zairul , tangannya direntap kasar dan Hana menjauh diri dari Zairul .

"Penting ke perasaan aku ? Kau dah pun ada Balqis . Lupakan perasaan aku pada kau sebab hati aku pada kau dah pun mati sebaik kau tolak cinta aku dan memilih Balqis ."

"Hana setiap orang pernah buat kesilapan dalam hidup . Apa aku tak layan diberi peluang kedua ke ?" Soal Zairul .

"Kau layak diberi peluang kedua . Tapi bukan dengan aku , dengan Balqis . Minta maaf dengan Balqis dan perbaiki hubungan korang ." Nasihat Hana . Hana mula melangkah ke arah rumah sewanya , meninggalkan Zairul disitu .

Zairul yang marah , menghampiri kereta dan pintu dibuka kasar . Zairul terus berlari ke arah Hana dan menarik tangan Hana ke arah keretanya .

"Apa ni ? Zairul ?! Lepaskan .." Hana meronta sekali lagi . Sakit tangannya akibat ditarik dengan kasar .

"Kau tak cintakan Zuhair ! Kau cintakan aku , kenapa kau kena paksa diri kau untuk bersama dengan lelaki yang kau tak cinta !?" Jerit Zairul seperti hilang akal .

Melihat dirinya hampir pada kereta dan Zairul mula menolaknya untuk masuk ke dalam , Hana memejam mata .

"Zairul , no- "

Buk !

Zairul jatuh terbaring ke atas jalan akibat dihentam dengan penumbuk seseorang . Hana yang memejamkan mata terasa dirinya dipeluk seseorang .

Wangian yang datang dari tubuh itu membuatkan Hana kenal siapa yang menyelamatkannya .

"Aku tahu kau adik aku dan Hana cuma lah tunang aku . Tapi , aku paling pantang orang lain sentuh hak aku walaupun orang itu , adik aku sendiri !" Kata Zuhair .

Zairul bangun dengan senyuman sinis .

"Hak kau ? Kau cintakan dia ke ? Kau kahwin dengan dia atas dasar suka sama suka ke ?" Soal Zairul dengan sinis .

Hana menoleh ke arah Zuhair yang diam tidak menjawab soalan adiknya .

"Jangan cakap 'hak' kalau kau kahwin dengan dia pun atas permintaan mama . So , lepas kahwin . Kau akan 'sentuh' dia atas permintaan mama dan bagi cucu pada mama atas permintaan mama ?"

Hana terkejut dengan kenyataan Zairul . Hana memandang wajah sayu Zairul yang kebetulan memandang ke arahnya .

"Hana , you deserve better ." Zairul terus berlalu dan masuk ke dalam keretanya .

Setelah kereta Zairul hilang dari pandangan mata , mata Hana tertumpu pada wajah Zuhair .

"Maafkan saya ." Ungkap Zuhair perlahan dan entah kenapa cecair jernih mengalir dari mata Hana .

'Apakah aku tidak layak bahagia ?' Fikir Hana .

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now