bab 57

22.9K 618 13
                                    

Air mata Hana yang jatuh dipipi disapu lembut tangan kasar itu.

Hana menolak tubuh itu perlahan,wajahnya ditunduk.

"Hana,kenapa?"soal Zuhair.Tangannya cuba memeluk tubuh Hana kembali namun ditepis Hana.

"Kenapa awak datang sini?Apa yang awak nak?" soal Hana perlahan.

"Saya nak awak lah.Saya nak isteri saya kembali.Hana,jujur saya katakan yang saya tak boleh hidup tanpa awak." Zuhair memandang ke wajah itu.Wajah yang dirindui selama ini.

"Tapi saya tak perlukan awak.Saya boleh hidup tanpa awak."Hana bersuara,matanya memandang ke mata Zuhair.

ALLAH! kuatkan hatiku.Bisik Hana.Rindunya pada Zuhair terlalu dalam.

Zuhair menunduk,tangannya perlahan mengesat air jernih yang mengalir dipipinya.

Akhirnya,air mata lelakinya jatuh di hadapan wanita yang begitu dikasihinya itu.Dia mahu nampak kuat dihadapan Hana,namun dia tak mampu.Hatinya tak sekuat dulu dan egonya telah hilang sebaik Hana menghilang.

Hana menyentuh dadanya.Kejamkah aku?Aku buat dia mengalirkan air mata..

"Ya,saya tahu.Awak dah tak perlukan saya.Tapi saya tak boleh Hana.Saya perlukan awak.Selama ni,saya cintakan awak.Tapi saya ego.Saya nafikan cinta saya sebab saya rasa tercabar bila Adam sukakan awak.Adam cuba bermacam cara untuk dapatkan awak.Saya pula,tiada kekuatan untuk mengaku yang awak milik saya.Sebab saya takut kalau saya akan khianati Adam.Dan,saya rasa marah sangat-sangat bila awak seperti melayan Adam.Awak milik saya Hana!"luah Zuhair.Air matanya masih tetap mengalir walaupun berkali-kali dikesat dengan tangannya.

"Benda dah lepas.Saya tak pandai nak berdendam.Saya anggap ini takdir saya.Mungkin jodoh kita tertulis sampai disini.Saya harap sangat awak dapat lepaskan saya,biarkan saya dengan kehidupan saya."Hana tetap mahu berpisah walaupun hatinya masih mahu bersama.

Mulutnya tidak jujur dengan perasaannya.

"Hana,please jangan minta perpisahan.Kalau awak tak boleh terima saya sebab diri saya,okay.Saya terima.Sebab apa yang saya dah lakukan pada awak,semuanya tak boleh nak dimaafkan dengan mudah.Cuma saya minta satu saja dari awak.Tolong fikirkan bayi yang ada dalam kandungan awak tu.Terima saya sebab dia.Awak nak ke dia lahir tanpa ayah?"Zuhair masih cuba memujuk.

Terkejut Hana mendengar kata-kata Zuhair.

Bayi?

"Mana awak tahu?" soal Hana.

"Awak dah lupa ke?Pertama kali kita bertemu,awak pengsan.." kata-kata Zuhair tergantung dan Hana terus teringat kejadian kali pertama dia boleh bertemu dengan Zuhair semula di negara asing ini.

"Saya dan bayi ini tak perlukan awak.Kami akan-"terus mati kata-kata Hana bila melihat mata Zuhair yang merah itu.

"Sebegitu benci awak ye pada saya?" serak suara Zuhair menyoal.Bibirnya cuba mengukir senyum.Namun hambar.

"Awak tahu sebab apa saya ke sini?Jauh-jauh saya datang semata-mata nak cari wife saya yang menghilang.Hajat saya nak bawa balik dia dan mulakan hidup baru bersama.Saya dah sampai sejauh ini,dan saya sanggup tinggalkan syarikat saya macam tu saja.Demi awak.Tapi,saya tak sangka yang saya akan pulang ke Malaysia dengan tangan kosong." air mata Zuhair jatuh ke pipi.

Dikesat air matanya.

Hana terdiam.

"Saya tak salahkan awak.Maybe apa yang saya lakukan pada awak selama ini begitu sakit hingga mampu meninggalkan parut yang dalam di hati awak."sambung Zuhair.

Hana masih sama,terdiam.

"Esok saya akan pulang ke Malaysia.Kalau perpisahan yang awak mahukan,pulanglah ke Malaysia dan kita settelkan segalanya dengan cara baik.Saya janji tak akan paksa awak atau lukai awak lagi."Zuhair terus bergerak ke arah pintu rumah Hana.

Jantung Hana berdebar hebat,perutnya jadi kecut.Zuhair bakal meninggalkan dia buat selamanya.Semua kerana ego yang ada dalam dirinya!

"Kalau saya terima awak sebab anak ini semata-mata,awak tak kisah ke?" akhirnya Hana ada keberanian untuk bersuara semula.

Terhenti langkah Zuhair.Zuhair toleh ke arah Hana.

----------------------------------------------

Balqis mendaratkan punggungnya diatas sebatang kayu di sebelah Adam.Adam yang leka menghidupkan unggun api dipandang.

"Adam,kenapa kau bawa aku kat tempat macam ni?" soal Balqis sambil memeluk tubuh.

Sejuk mencengkam tubuhnya bila angin pantai menyapanya.

Adam kerling ke arah Balqis.

"Saya bawa awak ke sini sebab nak beritahu awak yang baju macam ni.."jari telunjuk Adam hala pada tubuh badan Balqis "tak elok.Kalau awak pakai baju macam ni,datang tempat best macam tepi pantai ni boleh kena demam dan selsema tau." sambung Adam.

Balqis cemikkan wajahnya.

"Apa pilihan yang aku ada?Dah itu kerja aku.Kena lah pakai uniform ikut skop kerja." balas Balqis geram.

Sebab pakaian aku je ke dia bawa aku ke sini?

"Awak ada pilihan lain Balqis."balas Adam tenang.

Adam bangun dan bergerak ke keretanya.Jaket di seat belakang di capai dan Adam bergerak menghampiri Balqis semula.Tangan Adam membalut jaketnya yang sentiasa dibawa didalam keretanya ke tubuh Balqis.

Balqis hanya membiarkan memandangkan tubuhnya sudah kesejukkan.

"Apa pilihan yang aku ada?"soal Balqis.

Matanya memandang ke mata Adam.Adam tarik senyuman manis.Tangan Adam masuk ke dalam poket seluar jeans nya sebelum kotak baldu kecil dikeluarkan dari poket seluar jeans nya.

"Marry me?" soal Adam sambil membuka kotak baldu kecil itu dihadapan Balqis.

Balqis terkedu.

"Kau buat lawak ke?" soal Balqis spontan.

Adam menggeleng kepalanya.

"Aku tahu kau buat lawak.Hari ini bukan april fool kan?"Balqis bangkit dari duduknya dan bergerak menjauhi Adam.

Adam bingkas bangun dan capai pergelangan tangan Balqis.

"Saya tak main-main.Saya serius nak awak.."Adam bersuara perlahan.

"Tapi,aku tak layak untuk kau Adam."Balqis meronta minta tangannya dilepaskan.Namun pegangan Adam sangat kuat.

"Layak atau tidak bukan kerja kita menilai.Saya jatuh cinta dengan awak.Tak kira walau sepahit mana pun kisah silam awak,saya tetap nak bersama awak."Adam cuba menyakinkan Balqis.

"Adam,I'm not virgin." air mata Balqis menitis laju.Berat untuk dia ungkapkan perkataan itu.Tapi dia harus!Supaya Adam melepaskan dia dan batalkan niat untuk berkahwin dengannya.

Adam tersentak.Pegangannya longgar dan Balqis terus menarik tangannya dari Adam.

"Aku dah cakap.Aku tak layak untuk kau.Aku ni dah tak suci!Kau cari lah perempuan yang lebih baik dari aku.Lupakan aku."terus Balqis berlari meninggalkan Adam yang masih terkejut itu.

Adam mahu menahan,namun Balqis sudah jauh meninggalkan dia.

Adam mengeluh.

'Adam,betul ke kau cintakan dia?Kalau betul,kau takkan kisah dengan semua tu.'bisik hati Adam.

"Balqis..." Adam seru nama Balqis perlahan.

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now