bab 40

21.8K 578 25
                                    

"Hana,kalau kau rasa tak boleh nak teruskan,kau undur diri."Elmira menyuarakan pendapatnya.

Hana memandang Elmira sekilas sebelum pandangannya dihala ke arah meja semula.

"Aku tahu tak baik sebagai kawan aku bagi cadangan yang bukan bukan.Tapi dalam kes kau ni,dia langsung tak menghargai kau sebagai isteri.Untuk apa kau bertahan dan setia disisi dia?"Elmira berasa kesian dengan Hana.Belum pun setahun perkahwinan rakan baiknya itu bersama majikannya,mereka di uji dengan orang ketiga.

Dan kerana alasan itulah juga dia takut untuk melangkah ke hubungan yang lebih serius bersama kekasihnya.Takut muncul orang ketiga.

"El,aku sentiasa berdoa.Doa...supaya hati dia terbuka buat aku."luah Hana.Esakkan halus kedengaran.

"Hana,kau muda lagi.Takkan kau nak sia sia kan hidup kau kerana dia? Kalau kau rasa kau mampu menghadap suami kau dengan kekasih dia ,kau kena kuat.Cekalkan hati kau.Jangan pilih jalan singkat untuk selesaikan masalah kau."nasihat Elmira.Dia tahu Hana cuba membunuh diri tadi.

Dia jalan dibelakang Hana sewaktu keluar dari restoran nasi ayam penyet tadi.Dia nampak Hana toleh ke kiri dan kanan sebelum melintas.Dahinya berkerut bila kaki Hana melintas perlahan sedangkan kereta sedang laju menuju ke arahnya.

Itu yang tanpa berfikir panjang terus dia menolak Hana kuat ke seberang jalan yang tiada kenderaan.

"Aku minta maaf kalau tindakan aku tu tak elok.Aku buntu El.Suami aku,cintakan perempuan lain.Bahkan,aku langsung tak di'sentuh'nya.Mana hak aku sebagai isterinya? Siapa aku kat mata dia?" Esakkan dan luahan Hana kuat hingga membuatkan hati Elmira diruntuh pilu.

Tubuh Hana didakap erat.Mujur Elmira membawa Hana ke rumah sewa mereka.Rumah sewa yang turut di diami Hana sebelum berkahwin.

"Kau kena kuat Hana.Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini.." belakang tubuh Hana diusap perlahan.

********

"Hai,Hana ?" terkejut Adam bila melihat wajah Hana yang sembab dan pucat.Hana sakit ke?Fikirnya.

"Ohhh!  Adam,hai.." balas Hana, suaranya kedengaran serak.

"Awak okay tak ni ?" soal Adam risau.Kebetulan mereka terserempak di depan pintu masuk AA Holding sewaktu Adam melangkah keluar dan Hana pula sedang berjalan ke arah pintu masuk AA Holding.

"Saya? okay je. Kenapa ya?" soal Hana perlahan.Wajahnya diusap perlahan bagi menghilangkan sembab.Macam boleh hilang pula..

"Awak nampak macam baru lepas menangis.Muka pun pucat je ni.Awak tak sihat ke?" spontan Adam menyentuh dahi Hana dengan belakang tangan.Niatnya mahu merasa suhu Hana tapi....

pap! Tangan Adam ditepis seseorang.Adam menoleh ke sisi,Hana sudah tercenggang.

"Jangan kau berani sentuh milik aku!" Kasar nada Zuhair,dengan wajah bengis ditarik tangan Hana ke arah parking kereta dan tubuh Hana ditolak masuk ke dalam kereta.Kereta dipandu laju meninggalkan AA Holding.

Adam terkaku dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

"Jangan sentuh.....milik aku?" Adam mengulangi semula ayat yang diungkap Zuhair sebentar tadi.Seolah sedang memahami maksud ayat itu,dahinya berkerut.

"What? milik dia?" reaksi Adam bila berjaya memahami ayat yang ditutur Zuhair sebentar tadi.

Telefon dikeluarkan dari dalam poket dan dibelek.Nombor Zuhair ditekan dan telefon dilekap ke telinga.

"This is the voicemail..."terus ditutup panggilan yang masuk ke peti simpanan suara itu.

Aplikasi whatsapp dibuka.

Adam
1.15pm

I need to see you tonight !

Pesanan ringkas itu dihantar terus ke Zuhair melalui aplikasi whatsapp.Dia perlukan penjelasan dari Zuhair.

Apa maksud dia yang Hana tu milik dia? Kenapa selama aku cuba nak dapatkan Hana,dia tak pernah bagi statements yang Hana milik dia? Apa sebenarnya yang Zuhair fikir! fikir Adam di dalam hati sambil meneruskan langkah ke arah keretanya.

Telefon Adam berbunyi menandakan pesanan ringkas melalui whatsapp masuk.Adam terus membuka.

Zuhair
1.20pm

noted!

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now