"Hana , you tak pergi lunch ke ?" Sapa Anita , officematenya . Hana menoleh ke arah Anita .
"Oh , I skip lunch hari ni . I ada beberapa dokumen yang perlu disiapkan . Sebab esok Encik Nazri nak tengok ." Jelas Hana . Fokusnya kembali ke skrin laptop miliknya yang diberi oleh pihak syarikat kepada setiap staf yang berkhidmat di AA Holding .
"Hana , I nak tanya sikit . Boleh ?" Anita datang dan menyandar pada tepi meja Hana .
Hana memandang wajah Anita sekali lagi . "You nak tanya apa ?"
"I harap you jujur dengan I lah . Sebab ramai staf kat sini nak tahu sangat pasal you ." Anita mula memandang kiri dan kanan sebelum menyambung kembali kata katanya itu .
Hana mengerutkan kening bila Anita dilihat merapatkan wajah ke wajahnya .
"You dengan Encik Hair , ada something ke ?" Soal Anita , berbisik .
Lama Hana terdiam , cuba menghadam soalan dari Anita .
"Hah ? Apa dia ?" Soal Hana sekali lagi . Takut lah telinga dia salah dengar ke .
"You dengan CEO kita ada something ke ?" Soal Anita dengan nada kuat sedikit .
"Mana ada . Siapa cakap dengan you ni ? Mana lah datang gosip mengarut macam ni ." Hana menggeleng kepala sambil memegang dahinya .
Pening kepalanya bila mendengar soalan pelik dari Anita .
"Tak ada siapa pun yang cakap . Ramai yang nampak sikap Encik Hair pada you . Takkan you tak perasan ?" Soal Anita sekali lagi , curious .
"No lah ! Apa yang nak diperasankan ? Dia layan I macam dia layan staf staf dia yang lain kan ?" Soal Hana pelik .
"You mungkin tak perasan , tapi kami semua yang satu office dengan you perasan . Bila you sibuk siapkan dokumen , Encik Hair mesti berdiri kat tepi tembok sana-" jari Anita dihala ke arah tembok yang memisahkan bilik Zuhair dengan office Hana . Mata Hana turut mengikut arah yang ditunjukkan . "Dan dia akan perhatikan you . Kadang kadang dia senyum sorang sorang . Encik Hair tak pernah begitu . Kita orang syak you dengan dia couple since you always breakfast and lunch bersama ." Anita menyambung ayatnya .
Hana sedikit terkejut . Sejak bila Zuhair memerhatikan dia ? Dia sendiri tidak sedar .
"You tak tipu kan ?" Soal Hana seolah tidak percaya .
"Apa yang I dapat kalau tipu you ? You couple dengan Encik Hair , kan ?" Anita masih mahu menagih jawapan dari Hana .
Satu office mahu tahu status hubungan Hana dan Zuhair . Kerana Zuhair dilihat berubah 100% sejak Hana berkerja di AA Holding sebulan lepas .
"I tak rasa I perlu jawab soalan merapu you tu . I staf and dia majikan I . I tak rasa pun macam I nak bercinta atau pun berkahwin dengan majikan sendiri . Okay ? And pasal breakfast and lunch bersama tu , pernah ke you tengok I berdua dengan dia ? Encik Nazri ada sekali dengan kami . So , I tak nampak sebarang sebab kenapa you mesti kaitkan I dengan Encik Hair . Kenapa you tak cakap I dengan Encik Nazri ?"
"Semua pun tahu Encik Nazri nak berkahwin dah hujung tahun ini . So , tak mungkin lah you dengan tunang orang . Mungkin saja , Encik Hair pakai Encik Nazri sebagai alasan untuk makan bersama dengan you . Lagi pun , Encik Hair bukan jenis yang melepak dengan staf sendiri . Cuma , sejak sejak you ada ni . Selera dia macam bertukar ."
"Kalau you cuba buat andaian , I tak berminat nak dengar . I dah pun beri you jawapan , dan rasanya I dah boleh fokus pada dokumen I . Esok , Encik Nazri nak tengok ." Hana cuba menghalau Anita dari tempatnya .
Tugasnya yang diberi Nazri lebih penting berbanding gosip liar yang membuang masanya .
"Sorry kalau I ganggu masa you . Hope , apa yang you cakap tu betullah . Sebab kalau you couple dengan Encik Hair , you bakal dapat musuh dan ada masalah dengan Melly ." Anita mula berlalu ke mejanya dan mencapai purse miliknya sebelum melangkah keluar dari ruangan office untuk ke cafe .
Hana terdiam .
Aku dan Zuhair ? Mana mungkin ! Bentak hatinya .
***********
"Assalamualaikum , mama apa khabar ?" Hana masuk ke dalam bilik dan terus menghampiri katil Datin Suria .
Dah lama rasanya tak berjumpa dengan Datin Suria , memandangkan hari ini adalah cuti . Hana memutuskan untuk melawat Datin Suria .
"Waalaikumusalam , Hana anak mama ." Datin Suria menyeru nama Hana sambil cuba bangun dari pembaringannya .
"Eh ! Mama tak perlulah bangun ." Hana menahan Datin Suria dan Datin Suria yang sudah bangun sedikit dari pembaringannya kembali berbaring .
"Hana , mama rindu Hana . Lamanya Hana tak datang ." Datin Suria meluahkan rasa rindunya .
"Sorry lah mama . Hana baru dapat datang jumpa mama ni pun sebab Hana dapat partikal dekat Pahang ."
"Iya ? Partikal kat syarikat mana ?" Soal Datin Suria , teruja .
"Dekat Syarikat-"
"Syarikat arwah papa ." sampuk seseorang yang baru masuk ke dalam bilik Datin Suria .
Hana menoleh ke arah suara itu .
"Eh ! Encik Hair .."
"Kat sini tak perlulah nak ber-Encik dengan saya ."
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .