Teksi yang dinaiki Hana berhenti dihadapan rumah sewa Elmira. Hana meminta pemandu teksi itu menunggu kerana dia tidak punya duit untuk membayar tambang.
Salam diberi dua kali baru lah pintu rumah itu dibuka.Terjengul wajah Elmira dalam keadaan terkejut bila terpandang susuk tubuh Hana yang berdiri di depan pagar rumah sewanya.
Terus dihampiri Hana.
"Ya Allah, Hana.Mana kau menghilang ni? Aku call tak jawab,aku susah hati tak tahu kat mana lagi nak cari kau." kata Elmira sambil memeluk tubuh Hana.
Hana terasa sebak.Inilah yang dipanggil teman sejati.Bila kita hilang,dia akan mencari.
"Aku nak cerita kat kau,tapi sebelum tu boleh bagi aku pinjam rm50 ? Aku nak bayar tambang kat teksi tu.Dekat aku sekarang ni takde satu sen pun." kata Hana sambil menunjuk ke arah teksi yang sedang menanti.Elmira turut memandang ke arah teksi tersebut.
"Oh,okay.Sekejap." Elmira masuk ke dalam rumah sewanya dan keluar bersama wang kertas berwarna hijau tua.
"Nah."Elmira hulur pada Hana dan Hana sambut.
"Sekejap ae?" pinta Hana dan bergerak menghampiri teksi tersebut.Setelah wang kertas bertukar tangan,teksi itu mula bergerak meninggalkan kawasan rumah sewa Elmira.
Hana berpusing dan memandang ke arah Elmira.
********
Adam memerhati terus ke arah Balqis yang sedang duduk di kerusi menunggu sambil membelek kukunya.
Terleka Adam sehingga tidak sedar yang lukanya sudah siap dicuci dan ada yang telah ditampal dengan plaster.
"Encik.." panggil jururawat yang ditugaskan untuk membersihkan luka Adam.
"Ya saya.." sahut Adam setelah 3kali namanya dipanggil jururawat tersebut.
"Semua luka Encik saya dah siap cuci." terang jururawat itu.
"Oh,dah ae?Terima kasih."kata Adam mula bangun dan berjalan perlahan lahan ke arah Balqis.
"Dah?" soal Balqis.
"Dah.."balas Adam.
"Kau tak kena admit hospital kan?" soal Balqis mula berdiri.
"Doktor dah check saya tadi.Dia kata tak ada yang serius.Just,cuci luka dan saya dah boleh balik." terang Adam.
"Ok,good.Dah jom balik."Balqis mula berjalan ke arah pintu keluar yang berdekatan dengan tempat dia menunggu.
"Aik?Macam tu je tinggalkan aku?" Adam bercakap sendirian bersama gelengan kepala.Senyuman terhias dibibir.
******
Zuhair pandang terus ke wajah Zairul.Tak tahu apa lagi dia nak kata pada adiknya.
Adiknya ini ditangkap kerana melakukan jenayah berat yang melibatkan pembunuhan dan penculikan.Malah sewaktu diserbu oleh pegawai polis ,kediaman Zairul memiliki dadah sejenis syabu yang bernilai hampir 2juta.
Zuhair geleng kepala.
"Apa nak jadi dengan kau ni,Ayoi?" soal Zuhair.
Zairul ludah dihadapan abangnya.
"Kau jangan sibuk ikut campur hal aku!" jawab Zairul.Tiba tiba Zairul gelak sambil memandang ke arah Zuhair.Zuhair merasa pelik.
"Sikit saja lagi..aku hampir rampas Hana dari kau." kata Zairul bersama tawa kuat.
Cukup kuat hingga bulu tengkuk Zuhair naik meremang.
"Apa maksud kau ni? Hana ada dengan kau ke?" soal Zuhair mula bangun dari duduknya.
"Hahaa,kesian kau.Isteri sendiri pun tak tahu ada kat mana.." balas Zairul dengan senyuman sinis.Matanya bulat memandang Zuhair.
Zuhair yang tak puas hati mula hampiri Zairul.Penumbuk dihayun ke wajah adiknya.
Zairul yang dalam keadaan digari tidak mampu berbuat apa apa.Zairul jatuh ke lantai bila dihentam Zuhair berkali kali.
Akibat bunyi bising yang keluar dari mulut Zairul kerana mengadu kesakitan,beberapa orang polis datang menghalang Zuhair dari terus membelasah Zairul.
Zairul tertawa kuat.
"Kalau jadi apa apa kat isteri aku,aku akan pastikan kau ke tali gantung! Kau ingat kata kata aku ni.Aku dah tak kisah kau adik aku atau tak." tengking Zuhair sambil cuba hampiri Zairul.
Namun,polis menghalang Zuhair dari terus mencederakan Zairul.
"Encik, sila keluar dari sini .Jika tidak tindakan polis akan diambil." kata salah seorang polis.
Zuhair terus berlalu dari situ.Hatinya berdoa agar Hana dalam keadaan baik baik saja dan pulang ke pangkuannya.
*********
"Asal kau pandang aku macam tu?" soal Balqis yang sedang ralit memandu.Dia perasan renungan Adam sejak di hospital tadi.Namun dia buat tak endah kerana fikir mungkin perasaannya saja.
Tapi, bila berduaan di dalam kereta begini.Jelas sekali itu bukan perasaannya.Memang Adam memerhatinya.
"Entah lah.Mata saya ni ada masalah kot." jawab Adam bersahaja.
Dia sendiri tak pasti kenapa matanya suka pandang Balqis.Takkan baru 2kali jumpa dah jatuh cinta kot?
Tapi tak mustahil kan?
"Aku tak ambil peduli pun mata kau tu okay ke,tak okay ke..yang penting jauhkan dari pandang ke arah aku." balas Balqis, dingin.
"Kenapa?Awak takut awak jatuh cinta dengan saya ke?" tiba tiba timbul idea Adam mahu menyakat Balqis.Dia perasan yang Balqis ni agak sombong dan dingin dengannya.
Penggunaan bahasa dengan Adam pun agak kasar.Bukan seperti kebanyakkan perempuan yang akan bercakap lembut dengan Adam.
Adam seperti tertarik dengan perwatakan kasar Balqis.Rupa Balqis pun cantik,cuma kecantikan Balqis tak setanding kecantikan asli Hana.Balqis wajahnya cantik mungkin kerana make up?Fikir Adam.
"Jatuh cinta?Aku tak faham apa itu cinta.Dah lama aku buang tu semua." balas Balqis perlahan.
Teringat kembali saat dia meluahkan perasaan pada Mikail,abang sepupunya itu.
Mikail menolak terang terangan cinta Balqis kerana Hana.Kerana Mikail menyimpan kemas perasaannya terhadap Hana.
Yang membuatkan Balqis membenci Hana bila Hana berkahwin dengan abang Zairul,iaitu Zuhair.
Dan,apabila Mikail tahu tentang perkahwinan Hana ,Mikail memilih untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya demi melupakan Hana.
Kereta yang dipandu Balqis berhenti di traffic light.Sedang menanti dari lampu merah bertukar ke hijau Balqis sempat menoleh ke kiri,mata Adam bertentang dengan matanya.Balqis terdiam.
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .