bab 8

28.5K 623 1
                                    

Zairul
10.46am

Hana , can we meet ? Ada benda aku nak cakap sikit ni .

Begitu terkejut Hana apabila mendapat mesej dari Zairul setelah hampir sebulan lebih Zairul menyepi dan tidak mengganggunya .

Hana mengabaikan mesej itu dan kembali menumpukan perhatian terhadap nota dan penerangan Elmira .

Elmira perasan perubahan pada wajah Hana membuatkan Hana kurang memberi tumpuan sesama Elmira menerangkan soalan yang kurang difahaminya .

"Kau faham tak aku terang ni ? Diam je ?" Soal Elmira . Namun , Elmira seolah dapat mengagak punca perubahan pada wajah Hana adalah dari mesej yang baru dibacanya tadi .

Hana diam tidak menjawab .

"Hana ? Kau dengar tak ni ?" Tegur Elmira dan nadanya lebih kuat berbanding tadi .

Hana seolah terkena renjatan elektrik terus tersentak dan bangun dari kerusi plastik di cafeteria itu .

"Hana ? Kau okay tak ni ?" Soal Elmira , risau .

"Emmm . Aku ? Aku okay ." Balas Hana acu tak acu . Dilabuhkan semula punggungnya diatas kerusi plastik itu semula .

"Siapa mesej kau ?" Soal Elmira setelah beberapa minit menyepi .

"Hah ? Kau tanya apa tadi ?" Soal Hana .

"See , kau khayal ni . Kau dah kenapa ? Tiba tiba je ni ."

"Tak ada apalah . Boleh kita teruskan ?" Hana cuba berdalih .

"No ! Macam mana nak teruskan kalau kau tak fokus pada penerangan aku ? Kalau macam ni , sampai berbuih mulut aku pun kau takkan faham ."

"Sorry okay ? Kali ni aku fokus . Aku janji ."

"Hana , tell me . Siapa mesej kau ?" Mendengar soalan Elmira , Hana mula menelan liur .

"Hana ? Aku tanya ni ?" Soal Elmira lagi . Seperti mendesak .

"Kalau aku cakap kau takkan marah kan ?" Soal Hana perlahan .

"Kenapa aku nak kena marah pula ? Orang yang mesej kau tu ada hak nak mesej kau . Aku just nak tahu . Mesej tu datang dari siapa ? Sebab kau tiba tiba berperangai pelik ."

"Zairul ."

"Tepat tekaan aku . Dia nak apa tiba tiba mesej kau bagai ?" Soal Elmira .

"Entah . Dia kata nak jumpa . Katanya ada perkara penting . Tapi , aku rasa tak perlu kot . Sebab tak ada yang penting pun antara kami ."

"Aku rasa kau kena jumpa dia . Sebab mana tahu ini kali terakhir kau sua muka dengan dia . Lepas ni kan kita dah habis belajar . Dan manalah tahu , benda yang mahu disampaikan pada kau betul betul penting ." Elmira memberikan pendapat .

"Tak nak lah . Aku malas nak jumpa dia lagi ."

"Hana , kau baru dapat mesej dari dia dah hilang fokus time study . Nasihat aku , jumpa jelah dia . Tunaikan permintaan hati kau tu buat kali terakhir . Sebab , dari apa yang aku lihat , apa yang keluar dari mulut dan apa yang terdetik dihati kau bercanggah tau . Mulut kata tak nak tapi hati kau mahu ."

"Macam mana kalau lepas jumpa dia , aku mengharap pada dia semula ?"

"Itu bermaksud kau belum betul betul lupakan dia . Dan aku tahu , tak semudah itu kau mampu lupakan first love kau ."

Hana terkelu mendengar kata kata sahabat baiknya .

**************

"Hana , aku nak jumpa kau sekejap ." Zairul mengikut jejak Hana dari keluar class hingga ke cafe .

Hana mula naik rimas . Kenapa Balqis tak masuk class hari ni ? Kerana ketiadaan Balqis , Zairul berani mengekorinya .

"Kau nak apa lagi ? Aku busy lah . Nak study . Exam dah nak dekat ." Hana melajukan langkahnya namun Zairul tetap disebelahnya . Boleh tahan besar juga si Zairul melangkah .

"Aku janji takkan curi masa kau lama lama . Just a few minute ." Rayu Zairul . Hana terus berhenti melangkah dan memandang ke wajah Zairul .

"Okay ! Just a few minute , so .. kau nak apa ?" Hana memeluk tubuhnya dengan wajah keruh .

"Aku ada permintaan . Lepas habis paper , kau ikut aku balik Pahang boleh tak ?"

"Hah ? For what ? Kau dah sewel ke apa ?" Hana seolah terkejut dengan permintaan karut Zairul .

"Kau .. kau dengar dulu-"

"Asal kau ajak aku balik Pahang ? Asal kau tak ajak si Balqis . Dia kan girlfriend kau ? Aku ni kawan kau je ." Hana memintas kata kata Zairul .

"Look , dengar penjelasan aku dulu . Kalau boleh memang aku nak bawa Balqis je , tapi mama aku nak jumpa kau . Bukannya Balqis ." Terang Zairul .

"Kenapa nak jumpa aku pula ? Lagi pun , macam mana mama kau boleh kenal aku ?" Soal Hana , bingung .

"Aku selalu cerita pasal kau kat mama dan dia nak sangat jumpa kau ."

"Aku tak faham lah . Kenapa kau nak kena cerita pasal aku kat mama kau ? Kenapa kau tak cerita pasal Balqis kat mama kau ?"

"Aku baru je couple dengan Balqis . Aku kawan dengan kau dah lama . Bila mama aku tanya , aku jawab lah jujur yang aku hanya ada kawan perempuan yang rapat . Dan kawan perempuan aku tu mestilah kau ."

"Aduh , aku dah plan nak bawa El balik Johor tau tak ." Hana mendengus geram .

"Please , Hana . Just a few days . Lepas tu aku janji akan hantar kau balik Johor . Tunaikan permintaan mama aku . Lagipun mama aku tengah sakit ."

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now