bab 58

24.9K 670 19
                                    

"Demi anak kita.Saya tak kisah,asalkan awak disisi saya."Zuhair tersenyum membuatkan dada Hana berdebar hebat.

"No,no..saya bukan nak kembali pada awak." Hana membuang pandangan ke arah lain.Tak tegar bila melihat senyuman yang sentiasa dirindui itu hilang di wajah Zuhair.

"Habis tu?"soal Zuhair.Hana diam tidak menjawab."Kenapa hati awak sekeras batu?Susah sangat ke awak nak maafkan saya?Hana,saya manusia biasa.Takkan lari dari kesilapan."Zuhair sudah tak tahu harus macam mana lagi untuk yakinkan Hana yang dia betul-betul perlukan Hana disisinya untuk selamanya.

"Mudah untuk awak menagih maaf sebab saya yang diperlakukan dengan teruk.Mudah untuk awak melupakan sebab saya yang menangung keperitan hidup yang awak cipta."Hana mula sebak.

Entah kenapa kejadian demi kejadian yang berlaku terlayar difikirannya.

"Saya minta maaf.Demi Allah,saya janji tak akan mengulanginya.Kalau awak nak hukum saya,hukum lah.Asalkan awak ada disisi saya sehingga nafas saya yang terakhir."Zuhair tertunduk kesal.

Kebodohannya dulu kini menghantui Hana.

"Tak perlu hukum awak.Macam yang saya cakap tadi, saya tak berdendam.Cuma,untuk saya melupakan setiap apa yang awak lakukan ke atas saya dalam sekelip mata memang mustahil.Awak ragui kesetiaan saya,cinta saya dan kesucian saya.Awak perlakukan saya tak ubah seperti pelacur!"air mata Hana mengalir laju.Terluah apa yang dipendam sekian lama.

Zuhair terus memeluk Hana.Dahi Hana dikucup lembut.

"Ampunkan saya,sayang."air mata lelakinya turut jatuh dan sekali lagi Hana diburu rasa bersalah.

***

"Dah siap kemas ke belum ni?"soal Zuhair yang masuk ke kamar Hana.

"Tinggal sikit je lagi ni."Hana melipat beberapa helai pakaiannya dan disumbat ke dalam bagasi.

"Flight pukul berapa?"soal Hana.

"Dalam pukul 7pagi.Ni dah pukul 4pagi dah.Kang takut tak sempat nak ke airport." balas Zuhair.

Dia hampiri Hana dan duduk dibirai katil.Melihat keadaan Hana yang hanya berbaju lengan pendek dan berseluar tidur,Zuhair menelan liur.

Cantik ciptaan Tuhan untuknya hingga dia tergoda melihatnya.

Mata Hana memandang ke wajah Zuhair membuatkan Zuhair kekok.

"Erm,banyak lagi ke nak kena lipat? Meh sini saya tolong sekali."Zuhair menawarkan bantuan namun Hana tiba-tiba memegang tangan Zuhair.

Zuhair jadi kaku seketika.Mata bertentang mata.

Hana tak tahu apa yang ada dalam fikirannya.Dia tiba-tiba rasa seperti mahu dipeluk dan dibelai Zuhair.

Adakah ini yang dinamakan pembawakan?

"Erm,kenapa Hana?"soal Zuhair sedikit gementar.

Seketika Hana mengigit bibir bawahnya membuatkan Zuhair rasa berdebar.Hana,please don't bite the lips.Bisik hatinya.

"Peluk saya,boleh?" pinta Hana tanpa segan silu.

Apa nak disegannya,Zuhair kan masih suami aku?fikir Hana.

Zuhair terus menarik senyuman.Tangannya menarik tubuh itu rapat ke dadanya.Didakap erat tubuh Hana.Bau wangi yang hadir dari tubuhnya berjaya memukau Hana.Tangan Hana pula bergerak ke leher Zuhair dan disentuh sebelum tangan itu memeluk leher Zuhair.

Tapak tangan Zuhair mengusap perlahan belakang badan Hana lalu menjentik keinginan Hana yang sekian lama hilang.

Hana memejam mata,bila terasa lehernya dicium lembut.Kehangatan bibir itu membuatkan tubuh Hana sedikit meliuk.

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now