Setelah paper last tamat , seperti permintaan Zairul sebelumnya . Hana mengikutnya pulang ke Pahang selama 4hari 3malam . Dan hari ke 4 , Zairul berjanji akan menghantar Hana balik Johor pula .
"Semua barang kau dah siap packing ? Tak ada yang tertinggal , kan ?" Soal Zairul lalu mengambil beg bagasi Hana dan beberapa beg kecil lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta myvi itu .
"Hurm . Semua aku dah pack . Urm , Zairul bukan kita balik naik bas ke ?" Soal Hana bingung .
"Aku ada cakap yang kita akan balik naik bas ke ?" Soal Zairul lalu memandang wajah Hana .
Kebisuan Hana buat Zairul tersenyum nipis .
"Balik naik bas bila nak sampai cik adik oit ?" Soal Zairul lalu mencuit dagu Hana .
"Macam jauh pula Kuala Lumpur ke Pahang ." Gumam Hana perlahan .
Perasaan berdebar yang hadir dek cuitan Zairul tadi cuba diusir pergi .
"Memang tak jauh . Tapi aku tak suka naik bas . Sempit . Lagi pun , Azli kebetulan nak balik Pahang sekali . Baik tumpang dia je . Duit minyak kau jangan risau , aku yang ajak kau jadi aku yang payung ."
"Aku tak kata pun yang aku risau pasal duit minyak ." Hana terus masuk ke dalam perut kereta di tempat duduk belakang bila Zairul merenung wajahnya semacam .
Azli memandu keretanya keluar dari taman perumahan Hana dan terus ke jalan raya .
Zairul yang duduk di seat depan sebelah pemandu sesekali akan mencuri pandang Hana yang duduk di belakang Azli melalui cermin sisi kereta .
*************
Setelah sampai di destinasi , Azli memandu terus ke rumah Zairul . Rupanya , Azli dan Zairul sekampung . No wonder lah Azli tahu Zairul duduk dimana tanpa menerima sebarang maklumat dari Zairul .
"Okay ! Kita dah sampai !" Kata Azli yang tampak keletihan akibat seharian memandu .
Hana lihat jam di skrin telefonnya . Membutang matanya .
Gerak pagi , malam baru sampai . Fuh , betul betul perlahan Azli drive . Ada juga Hana terdengar yang Zairul suruh Azli menekan sedikit pedal minyak supaya mereka boleh cepat sampai . Namun Azli membalas .
"Biar lambat asal selamat ."
Hana keluar dari perut kereta myvi dan memandang sekeliling kawasan rumah Zairul . Ini bukan kampung ! Bisik hatinya .
"Hana ? Jom ." Ajak Zairul yang sudah memegang beg bagasinya dan beg bagasi milik Hana .
"Eh ? Azli mana ?" Soal Hana setelah kereta myvi Azli tak kelihatan .
"Dia dah blah dah . Kau leka sangat tengok halaman rumah aku . Dia dah penat sangat tu , nak lama lama kang ada yang tertidur kat tepi jalan ." Jelas Zairul .
"Zairul ." Panggil Hana perlahan .
"Apa ?" Sahut Zairul .
"Biar aku bawa beg aku ." Hana cuba mencapai beg bagasinya namun Zairul menghalang .
"It's okay . Aku boleh bawakan . Tak berat mana pun . Tapi , kau bawa beg kau yang kecil kecil tu boleh ? Aku tak cukup tangan lah ."
Perlahan lahan Hana mencapai begnya dan disangkut ke bahu .
Baru mereka nak sampai di depan pintu besar rumah agam itu , sebuah kereta mewah masuk ke kawasan rumah Zairul .
Hana dan Zairul menoleh .
"Rul , siapa tu ?" Soal Hana separuh berbisik . Zairul tersenyum .
"Adalah . Karang kau tahu lah ."
Lama Hana dan Zairul menanti empunya badan keluar dari perut kereta itu .
Pintu dibuka dan seseorang keluar dari perut kereta membelakangkan Hana dan Zairul . Pintu ditutup perlahan dan saat lelaki itu menoleh .
"Eh ! Ayoi , asal kau balik tak bagitahu abg ?" Soal lelaki itu ."Malas nak susahkan abg . Lagi pun , Ayoi tumpang Lee je tadi ."
Hana mengerutkan keningnya . Ayoi ? Lee ? Who's ?
"Oh , Lee nya mana ?" Mata lelaki itu terpandang wajah Hana .
"Lee dah balik . Yelah penat drive jejauh ." Balas Zairul .
Lelaki itu menunduk sedikit sebelum melintasi Hana dan Zairul . Kunci dikeluarkan dari poket jaketnya dan dimasukkan ke lubang kunci yang terdapat pada pintu besar itu .
Wangian pada tubuh lelaki itu membuatkan Hana terleka seketika .
"Hana ? Kau taknak masuk ke ?" Soal Zairul yang pelik bila Hana masih berdiri di depan pintu .
Hana tidak menjawab membuatkan Zairul menghampiri Hana lalu mencuit bahu Hana .
"Opocot UFO kau terbang !" Latah Hana membuatkan Zairul dan lelaki disisi Zairul terkejut .
Lantas keduanya ketawa terbahak bahak mendengar latah Hana . Merona merah wajah Hana .
"Dah lah Hana . Mari masuk , kalau lama lagi kau kat luar lagi pelik latah kau karang ." Ajak Zairul .
Lelaki yang tadi disisi Zairul sudah melangkah masuk meninggalkan mereka berdua .
"Zairul . Siapa tu ?" Soal Hana , berbisik .
"Kenapa nak kena bisik ?" Bisik Zairul kembali , pelik .
"Serius lah ! Aku tanya ni ." Bisik Hana sambil memukul bahu Zairul . Zairul tersenyum lebar .
"Itu abg aku , Zuhair . Dia tua 4tahun dari kita ." Balas Zairul .
"Oh .." balas Hana pendek .
"Oh je ? Tak nak komen ke pasal abg aku ? Ramai cakap dia handsome ." Zairul dan Hana mula melangkah masuk ke dalam dan Zairul menutup pintu lalu mengunci dari dalam .
"Ada rupa paras yang elok , handsome lah . Kau pun ada rupa paras yang elok juga ." Balas Hana perlahan .
Zairul hanya tergelak besar mendengar kenyataan Hana .
YOU ARE READING
NURUL HANA ✔️
Romance[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .