Min Pov
'Comel lagi aku ni walaupun dah berjam bekerja' monolog Min dalam hatinya saat melihat cermin di dalam bilik loker di tempat kerjanya.
"Mirae, aku balik dulu tau, lusa kita jumpa" kata aku sambil melambai ceria kepadanya. Tapi malang dia hanya balas dengan lambaian sahaja. Almaklum kerja juruaudit ni kena selalu fokus dan fokus lagi. Kesian aku tengok dengan rambutnya yang nak seiras gumpalan lalang tu, dah seminggu mungkin dia tak balik rumah. Untunglah Miirae, sekurang-kurangnya dia tinggal asing dari keluarga. Nak buat apapun takkan kena halang.
Disebabkan malam masih muda, aku membuat keputusan untuk berjalan pulang sahaja, jimat dan boleh menyihatkan badan, hahaha.
Sedang aku berjalan, aku teringatkan appa yang sangat dingin dengan aku. Kalau seratus yang aku mintak, untuk dia tunaikan satu saja permintaan aku pon sangat susah.
Berbeza dengan Hyejin unnie, tanpa perlu diminta semuanya dia dapat dengan lengkap. Mungkin sebab tu aku rasa macam anak pungut yang diabaikan. Tapi aku tahu, appa tetap appa aku, walau apa pon yang dia lakukan dekat aku. Tapi aku bersyukur, dia tak pernah pukul atau dera aku.
Aku tiba di satu lorong yang gelap. Disebabkan ni sahaja jalan untuk aku sampai kerumah dengan cepat.
Ya, malam memang masih muda pada aku, tetapi kebanyakan penduduk korea sudah lena dibuai mimpi. Sekarang kan sudah menghampiri pukul 12 malam.
Tetiba aku rasa macam seram semacam. Dan aku nampak sesuatu bergerak di dalam longgokan sampah disebelahku.
'Apa yang sedang bergerak tu? Hantu? Ular atau buaya?' Desis hatiku. Hampir aku ingin berlari, tetapi gerak hatiku menyuruhku melihat apakah bendanya itu.
Aku mendekat dan semakin mendekat! Lagi dan lagi, degupan jantung usah dicakaplah, dah kalah orang sedang marathon seribu meter.
Tetiba aku ternampak tangan terkeluar dari longgokan sampah itu, cepat-cepat aku menekup mulut. Sebab terkejut yang amat, aku menjadi buntu untuk berbuat apa. Lalu otak ku memberi signal untuk aku berlalu pergi. Ya orang tu pasti dah mati.
"T.. To.. Tolong!"
Aku terdengar suara orang meminta tolong.
Aku tak salah dengar. Orang tu masih hidup. Lalu aku menolak semua sampah yang menimbusi badannya.
Dia nampak sangat lemah dengan luka dan darah yang banyak tapi smuanya hampir kering. Seperti sudah berhari dia berada disitu.
Dia tidak membuka matanya, lalu aku memeriksa nadinya. Dia masih hidup, tapi nadinya sangat lemah.
Tetiba otakku dapat berfungsi dengan bernas, aku harus menelefon ambulans.
Panggilan ditamatkan setelah memaklumkan semua butiran dan aku melihat orang tersebut.
Aku terfikir sejenak, siapalah yang sanggup memukul orang ni sampai hampir mati begini. Inilah dunia, dimana-mana pon tidak selamat. Semua bahaya sahaja. Sinisku.
Dan aku yang terlalu berani sangat balik sorang-sorang malam-malam buta ni.
SKIP
Setelah hampir sejam menunggu, akhirnya ambulans tiba, kawasan rumah aku ini hampir dengan kawasan bukit dan sangat terpencil. Kerana itu ambulans lambat sampai.
Aku melihat jam di tangan ku, sudah pukul 1 pagi. Mati lah aku dengan appa dan omma.
Aku harus pulang sekarang. Muktamad.
Aku melihat tanganku yang masih berada didalam genggaman lelaki itu, bukan aku yang menggatal. Tapi dia yang pegang dan tak nak lepas langsung.
"Encik, ambulans dah sampai, saya kena pulang ke rumah. Nanti keluarga saya marah. Encik jangan risau semuanya akan baik-baik sahaja." Kataku padanya.
Perlahan-lahan aku melepaskan tangan aku dari genggamannya secara paksa. Dia seperti mencari semula tangan ku, tapi aku hanya membiarkan saja, memberi ruang kepada pembantu perubatan untuk menjalankan tugas mereka.
Setelah ambulans berlalu pergi, aku berjalan sepantas lipas untuk sampai ke rumah.
Tbc.
Yuhu done first part.
Mian kalau x best.
Author akan cuba dengan lebih gigih lg.
Gomawo.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...