Min Pov
V terus melangkah ke katil dan berbaring membelakangiku.
Marah sungguh dia dengan aku.
Aku melangkah keluar.
Ke dapur mencari minyak sapu.
Aku kembali kepada V, selimut yang menutupi badannya aku buka.
Terus baju yang dia pakai aku tolak keatas.
Minyak aku buka dan aku sapu ke badannya.
Dia hanya diam. Tanpa berpaling kepadaku sedikitpun.
Selesai menyapu minyak. Aku terus bangun.
"Tidur... " arah V sambil memegang tanganku. Badannya masih membelakangi aku.
Aku terus melangkah pergi. Pegangan dilepaskan.
Dia nak aku tidur, ok aku pergi tidur. Biarlah dia sejuk dulu.
"...sini! " balasnya sambil menepuk ruang disebelahnya.
Minyak aku letakkan dimeja sebelah katil. Aku terus mengambil ruang di sebelah V.
"Baring" arahnya apabila aku hanya duduk bersila menghadapnya.
Aku terus membaringkan diri.
Terus tangannya menarik aku ke dalam pelukannya.
"Mianhae.... Jeongmal mianhae... " ucap V lembut.
Aku sudah bergenang dengan air mata.
"Heyy... Uljima.... " dia mengusap kepalaku.
"Saya yang salah. Buta sangat nak tengok kebenaran..." Balasku masih teresak.
Pelukan dilepaskan.
"Itulah nak cemburu pun tak siasat dulu! Sakit tau kena tumbuk! "
"Ann...niyyo .....mianhae... " balasku gagap. Masih lagi nak nafikan kebenaran.
V memandang aku.... Tepat ke mataku. Tapi apa maksud yang cuba dia sampaikan pun aku tak tahu.
Cuppp.... Kesan luka tumbukan tadi aku cium.
V terpana sebentar.
Ohhh.... Apa yang aku dah buat...!
Terus muka aku sembamkan ke badan V. Malu. Dia kemudiannya mencium dahiku sebelum kedengaran dengkuran halus.
Selesa begini..... Akhirnya aku juga hanyut ke alam mimpi.
......skip......
V Pov
Segar itu yang aku rasakan lepas mandi. Aku kembali baring disebelah Min.
Aku hanya memerhatikan wajah Min tidur. Sayu wajahnya. Wajah Min semasa tidur mengambarkan kesedihan. Kekadang dia menangis dan meracau dalam tidur. Kadang aku terfikir, pernahkah dia mimpi yang indah?
Jelas matanya bengkak akibat menangis. Maaf aku buat kau menangis lagi.
Tapi mengenangkan kejadian Min membelasah aku. Memang sakit ditambah lagi baru lepas kena pukul dengan kayu besbol. Dahlah tengah pura-pura kuat depan anak buah kumpulan.
Tapi Min memang pelik. Satu dalam dunia mungkin. Dalam kelembutan ada keganasannya, dalam ketegasan ada kasih sayangnya. Dalam kekuatan, aku dapat lihat kerapuhannya juga. Dan begitulah sebaliknya.
Hilang macho aku. Kena belasah dengan bini sendiri. Nasib-nasib.
Ingatkan Min tak terlibat dengan gangster dia tak pandai berlawan. Rupanya dia mahir beberapa seni mempertahankan diri termasuk Jiu-Jitsu. Yang aku dapat tahu, Uncle Jung merupakan salah seorang jurulatih Min. Hoseok pula kawan rapat Min, mereka selalu berlatih bersama. Dan Min dah janji untuk tak gunakan kemahiran dia kecuali bila kecemasan saja.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...