V Pov
Aku berjalan masuk ke dalam bangunan tempat anak buah Dragon High selalu berkumpul.
Kenapa senyap sangat ni!
Tetiba seram pun ada, ehhhh!
Semua anak buah aku sedang nyenyak tidur.
Siang-siang mereka tidur.
Tapi malamkan mereka bekerja, jadi tak mengapalah.
Baik aku balik rumah.
Baru aku hendak berpusing, tetiba tanganku rasa seperti ditoreh.
Pedih.
Namun aku hiraukan.
Aku nampak kelibat orang yang melakukannya.
Aku kejar dia sambil menjerit "berhenti kau, woii berhenti! "
Aku kejar dia sehingga ke pintu keluar. Tetapi malangnya lelaki tersebut dihalang oleh anak-anak buah aku dari pintu hadapan.
Mungkin kerana terdengar jeritan aku tadi yang menyebabkan mereka muncul.
Lelaki tersebut menendang perut salah seorang anak buah aku, sehingga dia jatuh tersungkur. Namun sepantas kilat dia bangun semula dan mula menumbuk lelaki tersebut sehinggakan banyak darah pekat yang keluar.
"Cukup! "Kataku saat melihat lelaki itu sudah tinggal nyawa ikan saja.
Anak buah aku pun berhenti.
Aku menyepak badannya untuk memusingkan dia yang sedang tertiarap di lantai.
Sebaik saja aku ternampak muka dia!
"Kau!" Seoktaf suara jantan aku naik.
"Tak guna kau, apa hal kau cuba nak bunuh aku? " ya, dia ingin menikam tepat ke jantungku, tetapi malang, ianya tersasar saat aku tetiba berpaling untuk keluar menyebabkan pisau tersebut tertoreh pada lengan kananku.
"Apa kau nak! Baik kau bagitau! Atau aku bunuh kau sekarang jugak! " sambil aku menyepak badannya beberapa kali.
"Oiiiii!!! Cakaplah cepat! " anak buah aku mula menumbuk perut lelaki tersebut sehingga hampir lunyai!
Tetiba muncul sebuah kereta hitam dan keluar daripadanya ketua Gangster Low bersama beberapa orang kanannya.
"Lepaskan adik aku! " katanya seperti meminta namun dengan suara yang kuat.
Ya, orang yang cuba membunuh aku adalah adiknya.
"Lepaskan kau kata! Tau tak apa yang dia cuba buat dekat aku!!" Suara aku juga menjadi kuat dan garang.
"Aku tahu, tapi aku terlambat untuk menghalang dia. " katanya separuh merintih.
Ya mengikut undang-undang Dragon High bagi cubaan membunuh ketua kumpulan, pelaku akan dimandulkan dan dijadikan hamba seumur hidupnya.
Jadi siapa yang tidak sedih jika adik sendiri akan diperlakukan sebegitu.
"Tak semudah itu, semua ini tidak mungkin berakhir jika dia tidak dihukum! " suara aku melantang.
"Aku gantikan tempat dia, biar aku yang terima hukuman tu. " katanya dengan nada pilu.
Seorang abang yang penyayang. Dia sanggup menjadi galang ganti.
"Ok baiklah, dengan syarat Gangster Low kena bubar, kalau kau setuju aku akan lepaskan adik kesayangan kau ni! " kata ku sambil menyepak tubuh longlai adiknya.
"Hyung..... andwae ...hyung.... Andwae... " bicara adiknya sambil menangis.
Hilang kejantanannya disini.
![](https://img.wattpad.com/cover/118094065-288-k567824.jpg)
YOU ARE READING
Gangster High (C)
AçãoYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...