Kang Jung In Pov
"Aku nak korang cari tahu siapa namja yang anak aku selamatkan malam tu dan apa hubungan diorang, faham! Aku nak petang ni jugak" amukku di pejabat kepada anak-anak buahku.
'Siapa namja tu, apa yang dia nak? Min kenal ke dengan namja tu atau dia hanya nak memerangkap Min' monolog aku di dalam hati.
Skip
"Tuan, ini maklumat peribadi namja itu, dan gambar dia." Ucap salah seorang dari anak buahku sambil menletakkan satu fail diatas meja.
"Kim Tae Hyung? Anak Kim Yi Joon?" Ucap aku saat terbaca butiran namja itu.
Jadi dia anak kepada ketua kumpulan Dragon High?! Dragon high merupakan salah satu kumpulan yang berdiri teguh dan seiring dengan Gangster High di Korea Selatan.
Pengasas kedua-dua kumpulan merupakan rakan seguru suatu ketika dahulu. Kedua-dua kumpulan ini sangat akrab dan saling menolong ketika dalam kesusahan.
Namun selepas peristiwa perselisihan faham yang berlaku 30 tahun lepas, kedua-dua kumpulan bertelagah dengan sangat teruk sehingga banyak yang terkorban.
Selepas 5 tahun perkara ini berlarutan. Akhirnya kedua-dua kumpulan memilih untuk berdamai dan menamatkan pergaduhan yang tercetus.
Maka berakhir lah pertalian persaudaraan kedua-dua kumpulan ini saat pendamaian dibuat. Kami hanya melalui fasa perang dingin selepas itu.
"Aku boleh satukan Min dengan anak Joon, aku boleh pulihkan kembali hubungan kedua-dua kumpulan. Joon pasti tak boleh membantah, sebab dia sorang yang tidak suka berhutang budi tanpa membalasnya." Kataku dengan bersemangat.
Sebulan kemudian
Min Pov
Hari ini adalah hari perkahwinan unnie, aku sudah siap menunggu di dewan dimana perkahwinan ini bakal dilakukan.
Omma dan appa masih lagi diluar menyambut tetamu yang hadir, aku diarahkan untuk duduk di dalam dewan, ditempat duduk yang terdapat nama aku.
Yang pasti bukan semeja dengan omma dan appa, kata omma aku akan duduk semeja dengan kawan omma dan appa, dan harus melayan diorang dengan baik.
Tetiba ada lelaki yang menghampiri aku sambil tersenyum, aku membalas senyumannya.
Lelaki tersebut duduk di kerusi yang tertulis nama Kim Yi Joon, manakala seorang namja duduk di sebelah lelaki tersebut, aku malas ingin melihat namanya, dengan renungannya yang pelik terhadap aku sejak dari tadi.
Tapi dia kelihatan sebaya denganku, pasti dia anak ahjusshi ni.
Ya, aku baru teringat appa ada kata, kawannya bernama Uncle Joon.
"Kim Hye Min imnida" aku memperkenalkan diri sambil menundukkan wajah aku sebagai tanda hormat.
Aku tidak sengaja ternampak mata namja itu dan dia merenung tajam kepada aku, seperti ingin membunuh aku hidup-hidup saja.
Aku endahkan pandangan dia itu dan berbual dengan Uncle Joon saja. Dia agak ramah walaupun dapat dilihat dia dari golongan hartawan.
Tiba lah masa untuk unnie dan sunbae melafazkan ikrar untuk setia sehidup semati.
Hati aku dipagut rasa sedih saat juru acara memberikan pengumuman bahawa unnie dan Han sunbae sah bergelar suami isteri.
Aku tidak boleh menangis di sini.
Someone Pov
Sejak duduk di kerusi ini aku hanya memberikan pandangan penuh kebencian pada perempuan yang duduk di sebelah appa, perempuan ni yang appa nak kahwinkan dengan aku.
Ya, sebulan aku di hospital disebabkan kecederaan yang teruk. Aku dibenarkan keluar semalam, walaupun badan aku masih berbalut sana sini.
Appa tetap memaksa aku untuk datang ke majlis hari ini.
Selama sebulan di hospital aku baru mendapat tahu sebab kenapa aku dibuang jauh oleh appa.
Kata appa dia sayangkan aku, sebab itu dia menghantar aku ke Jepun dan London sejak umur aku 12 tahun selepas appa dan omma bercerai.
Aku baru 2 bulan pulang ke bumi Korea, tapi malangnya aku telah diserang hendap sewaktu bersiar-siar di taman. Hampir 100 orang membelasah aku, walaupun aku mahir dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Tapi 100 orang adalah jumlah yang terlalu banyak untuk ditewaskan seorang diri.
Selepas di belasah sampai tinggal nyawa-nyawa ikan, aku di buang ke satu tempat yang aku juga tidak pasti dimana. Mujur ada orang yang menyelamatkan aku.
Dan semalam, appa memberitahu aku harus berkahwin dengan perempuan yang bernama Kang Hye Min, mewarisi semua harta yang appa miliki, dan menjadi ketua kumpulan Dragon High.
Aku hanya gelak mendengarkan kata-kata appa, tetapi pandangan appa yang serius menyebabkan aku sedar, semua ni adalah kebenaran yang tidak aku ketahui.
Semuanya terlalu baru, kata appa ini yang terbaik untuk aku.
Dia tidak mahu menyembunyikan aku lagi dari dunia gangster. Aku akan mula mengambil alih semuanya dalam masa terdekat.
Aku tidak punya pilihan, aku harus mengikut kehendak appa. Appa saja yang aku punya sekarang.
Aku melihat yeoja tersebut lagi, tetapi riak wajahnya lain. Dia berlalu keluar dari dewan.
Aku turut melangkah keluar mengikut dia. Inilah peluang aku untuk bersemuka dengan dia.
Perlahan-lahan aku menarik tangan dia.
Tetapi dia tak mahu pusing melihat aku.
Aku memaksa dia berpusing pada aku.
Tetapi aku yang terkejut. Dia menangis?!
"Ada apa yang awak nak?" Soalnya dengan senyuman. Walaupun aku dapat lihat kepahitan pada senyuman tersebut.
Belum sempat dia berpaling untuk pergi. Aku menolaknya ke dinding dan meletakkan kedua-dua tangan pada sebelah kiri dan kanan badannya, menghalang dia dari pergi.
"Dengar sini! Aku nak kau jauhi aku, aku benci perempuan dan air mata! Faham! Aku takkan pernah kahwin dengan kau, pada aku semua perempuan tu murah! " tengking aku pada dia. Terkejut badak dia mendengarkan kata-kata aku.
"Saya tak kenal dengan awak jadi macam mana kita nak kahwin? Dannn jangan terlalu bencikan wanita, sebab wanita awak lahir ke dunia ni tau, wanita jugak yang akan membahagiakan hidup seorang lelaki kelak." Katanya dengan lurus dan jujur.
"Aku tak perlukan yang namanya wanita. Perempuan yang melahirkan aku pun membuang aku, inikan pulak orang luar. Ingat kalau nak hidup selamat jangan pernah setuju untuk berkahwin dengan aku faham!" Bidas aku lagi.
Dan aku merenung mata dia, dia tidak takut kah dengan aku? Dia yang tadi menangis kini sangat tenang.
Perempuan pelik. Aku berlalu pergi dari dia, lagi lama aku berada dekat dengan dia dengan aku sekali boleh jadi orang sewel.
Bagaimana dia boleh dia setenang itu.
Min Pov
Apalah nasib aku hari ni, melihat unnie aku berkahwin dengan cinta pertama aku, kini ada pulak lelaki sewel mana entah yang marah-marah dekat aku suruh aku jangan setuju untuk berkahwin dengan dia.
Kenal pun tidak. Mungkin dia ada masalah jiwa. Jadi aku layankan sajalah.
Aku berlalu ke dewan selepas selesai membasuh muka ditandas.
Tbc.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...