56

623 37 5
                                    

Min Pov

Lenganku dilepas kasar. Dia berlalu ke bahagian pakaian.

"V? " panggilku.

Tetiba pintu diketuk, aku terus membukanya. Kek dan jus Oren yang aku pinta sampai.

'Sedapnya... ' aku mengambil dulang tersebut dan menutup pintu. Risau jika orang gaji masuk akan menambahkan 'angin' V nanti.

Dulang tersebut aku letak dimeja makan.

V keluar semula sambil mengelap rambutnya.

Dia duduk diatas kerusi dimeja solek, dari gaya pemakaiannya, seperti ingin keluar semula.

Aku terus kebelakangnya dan mengambil tuala ditangannya. Dia hanya melihat pantulan aku melalui cermin.

Aku terus mengelap rambutnya. Aku mengeringkan rambutnya dengan pengering rambut pula. Sikat aku ambil untuk merapikan rambutnya.

Hampir selesai tugasku, V terlebih dahulu bangun berdiri.

Sangkaan aku dia masih marah dengan aku meleset apabila dia semakin mendekatiku.

Pinggangku dipeluknya memaksa aku rapat ketubuhnya.

"Aa... Ada kek coklat... Jjom makan..." Masa ni jugalah nak gagap.

Yalah kalau mata dia tajam saja memandangku.

"V.... " panggilku.

V mendekatkan wajahnya dengan aku. Terus bibirku diciumnya. Aku tiada pilihan selain membalasnya.

Asalkan mood dia kembali ok. Hentam jelah.

V menjilat bibirnya selepas ciuman dilepaskan.

Badannya terus aku tolak, badanku diboloskan terus kemeja makan.

Kek coklat aku hidangkan bersama jus Oren.

V duduk di kerusi. Tubuhku ditariknya untuk duduk diatas ribanya.

Aku hanya menurut, kek di potong sedikit dan disuap ke dalam mulut V.

Dapat aku lihat kelunakkan dimatanya. Tanda dia sudah terpujuk.

Senyuman aku ukir.

"Kau memang pandai kan! " hidungku dicuit oleh V.

Aku melebarkan senyuman. Nilah rutin aku sejak dua menjak, kena pandai tengok mood V, kalau dia marah atau merajuk aku kena berusaha untuk pujuk dia kembali.

Dan kelemahan dia adalah dia tak boleh tolak aku.

Jadi senang kerja aku nak pujuk dia. Padahal tiada sebab yang kukuh pun untuk dia marah atau merajuk dengan aku. Tapi layan sajalah.

Kek aku suap ke mulutku pula.

"Sedapnya.... " ujarku teruja. Memang tak dapat dinafikan kalau kek coklat memang kegemaran aku.

"V... Kenapa dulu masa tangan awak cedera awak tak makan kek coklat yang saya buat? " soalku. Ya perkara ni tetiba bermain difikiran aku.

"Rahsia... " balasnya. Dia menghirup jus Oren.

Pandangan tajam aku hadiahkan padanya.

"Min, aku kena keluar kejap. Nak jumpa orang kanan. " V cuba mengalihkan badanku ke kerusi sebelah.

Secepatnya lehernya aku peluk dengan kedua tangan.

"Marae, kalau kata awak tak suka kek coklat tipu, malam tu awak curi-curi makan kan! Kek tu tinggal 2 potong saja esoknya. " balasku sengaja kantoikan perbuatan V.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now