Appa Taehyung Pov
....sampaikan Taehyung terdera fizikal dan mental, untuk kurangkan masalah dia, aku hantar dia ke rumah kawan aku di Jepun, sayangnya dia dibuli dengan teruk oleh anak kawan aku. Sehinggakan dia dimasukkan ke dalam hospital sebab patah kaki, nasib ada budak perempuan yang selamatkan dia.
Taehyung beritahu dia tinggalkan sesuatu dengan budak tu, katanya satu hari takdir akan temukan mereka kembali untuk dia pula yang lindungi budak perempuan tu.
Aku dapat teka apa yang dia tinggalkan sebenarnya, sebab selepas tu, dia tak pernah sukakan perempuan. Jadi budak perempuan tu yang terakhir sebelum dia memilih untuk membenci semua wanita termasuk eommanya sendiri.
Aku bawa Taehyung balik Korea, tapi keselamatan dia di ancam oleh musuh aku, mereka nak hapuskan satu-satunya pewaris aku yang mereka ketahui.
Aku terpaksa hantar Taehyung ke London, memang Taehyung tersisih terus. Dia memang marah dengan aku. Aku beli rumah disana, dan gajikan pemandu dan penjaga untuk Taehyung. Aku tak pernah sekalipun bertemu dengan dia hinggalah dia habis belajar di universiti, dia balik ke Korea tanpa pengetahuan aku. Sebaik saja aku dapat tau, aku suruh dia balik London, dia taknak. Dan aku rasa dah sampai masanya untuk Taehyung warisi perniagaan dan Dragon High.
Dan sebagai pengenalan, Taehyung kena belasah dengan beratus anak buah Gangster Low cukup untuk aku naik angin. Nasib hidup anak aku tu.
Jadi ketua kumpulan Gangster Low yang keluarkan arahan untuk belasah Taehyung, aku ugut pilih mati serta merta atau letak jawatan sebagai ketua.
Dan dengan senangnya dia mengikut suruhan aku, dan digantilah dengan Jihwan.
"Boss, kita dah sampai! " jerit anak buahku.
"Perlu ke jerit depan muka aku! Habis air liur kau merecik! " semburku balik.
Dia hanya tersengih kambing.
"Dah sepuluh kali saya maklumkan boss, tetapi boss tak bagi reaksi. "
Aku hanya menarik senyum untuknya.
Dialah pengubat aku semasa aku rindukan Taehyung dulu. Dia juga anak murid aku serta teman sparing aku.
Aku melangkah keluar dari kereta sebaik saja pintu dibuka.
"Gomawo" ujarku sambil menyerabutkan rambutnya.
Kaki terus aku hayun ke bilik bedah, dimana pembedahan eomma Min sedang dilakukan.
"Pn. Kang sedang dibedah selepas kena serangan jantung, kemungkinan untuk berjaya adalah 50% saja, pembedahan ni ambil masa sekurang-kurangnya 8 jam." Terang anak buahku semasa kami berjalan.
Aku tiba di hadapan bilik bedah.
Senyuman aku tarik sebaik saja ternampak Taehyung sedang tidur dibahu Min.
Pandai dah dia nak menagih kasih sayang.
Anak buah yang lain ada yang tertidur mati, ada yang menunduk hormat sebaik saja ternampak aku.
Aku duduk selang satu kerusi dari kerusi yang Taehyung duduki.
Dia mengeliat sedikit kerana aku duduk mungkin.
Tubuhnya direnggangkan sambil badannya masih memandang Min.
Taehyung kembali menyandarkan tubuhnya ke dinding belakang, tubuh Min ditarik kedalam pelukannya, membiarkan kepala Min mendarat di dadanya.
Belum sempat dia tidur semula dia memandang ke kirinya, ke tempat duduk aku.
Membulat matanya memandangku.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...