57

590 32 1
                                    

V Pov

Secepatnya pakaian aku tukar sebelum Min sampai ketingkat atas.

Baju dibutang dan dimasukkan ke dalam seluar, kot dipakai, rambut dirapikan semula.

Aku terus ke meja kerja, beberapa fail dibuka dan helaian kertas diselerakkan. Supaya Min akan syak aku sedang sibuk.

Padahal kebanyakkan urusan kerja pejabat aku uruskan melalui iPad saja. Tandatangan juga kadang-kadang diturunkan di dalam iPad.

Kemungkinan Min nak buat pemeriksaan samada aku di pejabat atau tak.

Aku melabuhkan duduk diatas kerusi.

Pintu bilikku dibuka selepas diketuk.

Kepala dan tangan berpura-pura sibuk membaca beberapa kertas kerja yang berada diatas mejaku.

"Sibuk nampak" ujar Min yang berdiri berhadapanku.

Kepala aku dongak melihatnya.

"Apa yang penting sangat? " soalku.

Fizikal Min aku teliti. Nampaknya tiada sebarang kecederaan dan lengkap. Nasib dia sampai dengan selamat.

"Appa dan heolmoni ajak kita hadir family day. " mula Min.

Isu ni balik markas pun boleh bincang.

Aku ingatkan urusan yang terlalu penting sampai Min kena pandu kereta ke sini.

"Bukan perkara penting kalau, kita boleh bincang malam ni, atau nanti saja" ujarku kembali menfokuskan diri pada kertas diatas meja.

Aku perlu mengelak Min sekarang supaya aku tak jadi lemah dengan permintaan dia.

Min hanya diam, dia mula berpaling untuk keluar.

Aku menjadi kelu.

"Min" secepatnya langkah Min aku tahan.

Matanya sedikit merah. Mungkin aku dah terlebih tegas.

"Nak buat bila?" soalku cuba meraih perhatiannya.

Matanya dialih dari menghadap aku, Min cuba berlalu pergi.

"Takpa nanti awak free kita bincang. " balasnya jelas terasa hati dengan aku.

Terus badannya aku peluk erat.

"Mianhae...." Ucapku.

Dadaku terasa panas.

Wajah Min aku lihat, dia sudah menangis.

"Yah....uljima...." Tanganku mengusap air matanya.

"Awak tau tak dah hampir 2 minggu kita tak luangkan masa bersama, mula-mula awak outstation 4 hari, lepastu sibuk dengan urusan kerja dan kumpulan sampai sekarang. Saya sendiri kena datang office untuk jumpa suami sendiri! " Luah Min.

Luluh hati aku, aku terlalu kejam dengan Min, sampai dia kena datang jumpa aku.

"Mianhae.... " itu saja yang mampu aku ucap.

Min mempamerkan senyuman. Min memang mudah terpujuk. Akhirnya senyum juga Min.

"Saya bawak makanan, jom makan" ajak Min.

Nasiblah dia tak syak aktiviti kumpulan yang aku buat tadi.

"V!" Jari telunjuk Min diarah ke kakiku.

Alamak, kaki aku memakai kasut sukan, mana ada orang pakai kot sekali dengan kasut sukan.

Min hanya mengeleng kepala.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now