Min Pov
"V... " jeritku lagi.
Aku nampak V sedang membelasah mereka yang menghalang dia dari menghampiriku.
Aku terus menendang kaki lelaki yang menggenggam tanganku.
Aku terus menumbuk perut setiap lelaki yang menghampiriku.
Ya. Aku mampu mempertahankan diri. Sebab masa kecil dulu aku dihantar oleh appa ke Jepun. Di sana aku masuk kelas seni mempertahankan diri karate dan Jiu-Jitsu.
Mereka rata-ratanya terkejut dengan kelincahan aku.
"Hebat jugak ya kau perempuan! " kata salah seorang daripada mereka.
Namun dia rebah saat satu sepakan ku hadiahkan ke perutnya. Termuntah darah dia yang telah terduduk sambil memegang perut.
'Jangan takut V, saya akan lindungi diri sendiri ' bisikku seperti menghantarnya kepada V yang memandangku sekilas.
Dia sudah kepenatan. Namun dia tidak mengalah.
Bahkan masih banyak yang lagi yang mendekatinya. Tetapi anak buah V hanya tinggal dua tiga orang sahaja. Itupun tunggu masa untuk rebah akibat dibelasah dengan teruk.
"Min.... " jerit V lantang.
Aku yang sibuk menganalisis persekitaran tersentak. Aku terus menoleh kearahnya.
"Belakang kau... " jerit dia lagi.
Aku lambat sesaat apabila sebatang kayu besbol terlebih dahulu mendarat di belakang kepalaku.
Bunyinya cukup untuk membuatkan aku rebah disitu.
Sempat aku mendengar sayup-sayup suara orang memanggilku.
"Min.... Oiii berhenti!!!! " itu suara V.
"Ok aku ikut korang semua " itu ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku tidak sedarkan diri.
'Maafkan saya V'.
......skip.......
Aku membuka mata aku perlahan-lahan untuk melihat alam.
Aku berada di hospital.
Luka-luka ringan ditangan aku lihat dan mukaku terasa kebas. Mungkin akibat pergaduhan yang terjadi tadi.
"Nasib kamu hanya luka-luka ringan saja " ujar ajusshi Jung.
Dia orang Korea tapi menetap di Jepun selepas berkahwin.
"Mana budak lembik tu" soalku sinis.
"Kamu ni Min, hati lembut sangat sampai selamatkan dia tapi ego tetap tinggi." ajusshi menghulurkan aku sandwich yang dia beli.
Aku mengambilnya dan mengigitnya sedikit.
"Dia kat bilik sebelah, Kaki kanan dia patah. " aku hanya menayangkan muka selamba. Padahal dalam hati dah bertimpa rasa kasihanku pada dia.
Kesian kerana dia yang masih kecil itu dibelasah dengan teruk ditepi jalan. Tak mungkin aku membiarkannya. Kerana itu aku membelasah mereka. Habis bertempiaran mereka lari.
Namun, tenaga aku dah habis selepas membelasah 10 budak lelaki Jahat tersebut. Aku turut pengsan di lorong kecil itu. Mungkin ada orang baik yang menjumpai kami dan membawa kami ke hospital.
"Min.... Ajusshi cakap dengan kamu ni, boleh pulak dia mengelamun. Ajusshi tak nak kamu mengunakan kemahiran berlawan kamu untuk membelasah orang lagi arasso! " aku hanya buat selamba.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...