Min Pov
Muka V yang kelegaan aku lihat. Memang cuak habis muka dia tadi.
Kenapa aku tak bawa kereta? Sebab nilah, aku bukan bawa, tapi aku suka berlumba. Jadi eomma tak benarkan aku bawak kereta.
"Jom" aku mengajak V untuk keluar dari kereta.
Kaki aku hayun kepada doktor yang berada di bahagian kecemasan.
"Boleh tolong periksa suami saya? Dia terjatuh" pintaku.
V yang dibelakang sudah terpingga.
"En. Tolong ikut saya" mereka melangkah ke dalam sebuah bilik. Aku hanya menunggu di luar.
Semasa menyapu ubat semalam, aku memeriksa lebam dibadan V yang sudah bertukar keungguan. Penafasan dia juga terganggu.
Jadi baik dia buat pemeriksaan.
30 minit menunggu V keluar dengan wajah yang pelik.
"Dah ok? " soalku. Dia hanya memandang mataku.
Susahlah nak faham guna bahasa mata ni. Gunalah bahasa badan aku boleh faham lagi.
"Terdapat tulang yang dislocated, tulang tersebut menganggu sistem penafasan En. Kim. Nasib puan cepat bawak ke sini, kalau tidak macam-macam kesan yang lebih buruk boleh berlaku." Terang doktor yang muncul dari belakang V.
Aku hanya mempamerkan senyuman selepas mengucapkan terima kasih. Bayaran dibuat dikaunter dan ubat diambil.
Terus aku dan V ke bilik yang menempatkan Haera.
Terdapat 4 orang yang berjaga dipintu masuk bilik yang Haera diami.
Mereka menundukkan badan kepada kami.
Aku terus membuka pintu dan masuk.
Kelihatan Haera bersama beberapa anak buah Dragon High di dalamnya. Diantara mereka ada So Young.
Telefon bimbit milik So Young aku pulangkan.
Jelas rasa bersalah diwajahnya.
Aku hanya senyum kepada mereka semua.
"Haera, mianhae... Sebab saya awak yang kena ..." Tumpuan kini kembali kepada sebab utama kedatangan aku.
"Ani, Madam tak perlu minta maaf pun. " dia cuba untuk melutut kepadaku.
"Hajima! Ireonayo, awak dah berbudi, jadi awak tak perlu melutut pun" pantas badannya aku tahan.
"Sebab saya, Boss dengan Madam bergaduh teruk, sumpah gambar yang madam nampak tu tipu. Memang boss bukakan pintu kereta untuk saya. Tapi dia tak peluk pinggang saya macam dalam gambar, tu semua hanya lakonan dan manner hand saja. " terangnya jujur.
Owhhhh... Ohhhh..... Ohhhh....
V tak menggatal dengan dia pun.
"Tak pe Haera, saya tak marah pun, dan nanti tolong add saya dalam group gossip korang tu"
"Tapi tu group untuk yang belum berkahwin dan bujang" balas So Young bersama senyum sumbing.
"Anggap saja saya masih single, araa.... Add tau nanti, kitorang balik dulu" tergesa aku apabila tanganku ditarik V. Aik marah ke?
Kami keluar dari bilik Haera.
"Appo... V... " lirihku.
Hanya diendahkan.
Dia terus menarikku jauh ke laluan yang tersorok.
Lantas badan aku ditolak ke dinding.
Kedua tangannya memerangkap tubuhku.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...