63

619 54 6
                                    

Min Pov

Seperti suatu penghujung buat permulaan yang lain.

Semua mempamerkan senyuman pada malam ni. Ada yang manis dan ada yang pahit, ada juga yang beku saja.

Pelbagai makanan aku ambil sedikit demi sedikit, hanya untuk merasa.

Dinner keluarga aka family day. Tapi pada aku ini majlis perpisahan. Cerita yang sama akan berulang. Jika dulu appa dan eomma Hyejin hantar aku ke Jepun diusia muda, sekarang aku terpaksa ke sana lagi demi perjanjian bersama Keepers.

Aku betul-betul sukakan Korea sekarang, tak macam dulu, aku taknak balik Korea... Sebabtu aku libatkan diri dalam The Mynstery....

Ibarat satu ganjaran apabila ketua mafia yang aku selamatkan menjanjikan kebebasan dan kuasa untuk aku selama mana aku terus melindungi dia. Bererti aku bebas daripada keluarga aku di Korea.

Tapi musnah apabila appa Hyejin membunuh ketua mafia tersebut menyebabkan The Mynstery bubar. Aku dipaksa pulang ke Korea. Tidak boleh berhubung bukan saja dengan The Mynstery tapi dengan mana-mana kumpulan gangster atau mafia.

Dan aku kembali menjadi perempuan polos, menghabiskan pelajaran di universiti, having crush dengan Han sunbae. Selepas habis belajar, hidup aku hanya dengan keluar ke syarikat penerbitan sebagai editor, rumah eomma dan appa Hyejin serta cafe tempat mencari idea untuk membuat novel.

Hasil penulisan novel thriller dan aksi aku, tersenarai sebagai best seller bagi setiap novel.

Semuanya berubah hanya kerana aku dipaksa kahwin oleh appa supaya aku tidak menganggu perkahwinan Hyejin. Kemudian latar belakang keluarga aku yang tidak pernah dan tidak ingin aku ambil tahu terungkap, dan rahsia rantai biru air yang menjadikan aku sebagai yang terpilih untuk mentadbir Gangster High Association.......

V menghampiri aku menyebabkan lamunan aku terhenti.

"Banyaknya?? " soalku terkejut.

Dia memegang dua pinggan penuh dengan makanan.

"Untuk kita makan... Jom pegi duduk." Balasnya.

Aku hanya mengikut langkahnya dari belakang.

Tetiba Seokjin dan Namjoon berdiri tegak dihadapanku, seperti tembok besar yang menghalang laluanku.

V pula dah terlepas ke meja makan.

'Tahulah bahu korang besar' bisikku geram.

"Nak apa! " soalku cuba melayan.

Yalah, aku sengaja tahan lapar supaya dapat makan banyak-banyak malam ni tapi kena tahan pulak sekarang.

"Min patut panggil kitorang Jin oppa dan Namjoon oppa. " ucap Seokjin seperti sedang mengatal.

'Yeww'

"Ikut perjanjian... "

"Arasso Jin oppa dan Namjoon oppa, boleh Min nak makan sekarang? " potongku terus apabila V yang berada sedikit jauh daripada kami, mula menghampiri kami.

Nasib sempat potong ayat yang ingin Seokjin ucap.

Baik juga diorang bagi aku makan sekarang sebelum diorang yang kena makan.

"Tak boleh, kau kena panggil aku oppa jugaklah kiranya! " V tetiba muncul.

"Kita sama umur, buat apa nak panggil oppa bagai? " balasku malas.

Yalah jika ikut kad identiti Korea aku, umur aku memang muda setahun daripada V. Tapi disebabkan identiti tu palsu kerana aku lahir setahun awal daripada tahun tu menyebabkan umur aku dan V menjadi sama.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now