29

734 43 0
                                    

V Pov

Suami Hyejin?

Terus terimbau pertama kali aku bertemu dengan Min di majlis perkahwinan Hyejin. Patutlah dia menangis di luar dewan.

Rupanya 'crush' dia kahwin dengan unnie sendiri!

"Ehh... Taehyung" panggil Hoseok.

Dia perasan keberadaan aku dibelakang Min.

Ingatkan nak bagi kejutan. Tapi aku yang terkejut.

Min memalingkan wajahnya kearahku.

"V... Duduklah sini... " ujarnya sambil tersenyum.

Pada aku... Tu semua... Plastik!

Patutlah dia tak pernah nak tunjuk yang dia sayangkan aku. Semuanya aku yang mulakan dulu!

Tapi yang dia cium kau semalam tu apa?

Lantaklah.....

Fon aku berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

Terus punat hijau aku tekan.

"Aku datang sekarang" aku terus menamatkan panggilan dan berlalu pergi.

Aku yang bertepuk sebelah tangan? Min curang? Atau aku yang terlalu bodoh untuk faham semua ni!!!

Ya.... Baru aku faham... Aku jatuh cinta dengan Min pada kali pertama aku jumpa dia menangis masa majlis perkahwinan Hyejin.

Tapi masih mampu pamerkan ketenangan dan tersenyum pada yang lain.

Tapi semuanya sia-sia. Perkahwinan ni hanya atas kertas sahaja.

Ya dia terpaksa kahwin dengan aku.

.....skip....

Nobody Pov

Min duduk ditaman. Sudah seminggu Min dan Taehyung tidak berjumpa. Min mempelajari selok belok, peraturan dunia gangster dan mengkaji semua perkara berkaitan Gangster High, Dragon High dan Gangster Low dengan sangat mendalam.

Min sudah kembali ke markas Dragon High seminggu yang lepas. Tapi V, pada malam tu dia menghilang begitu saja.  Bila Min bertanya pada appa V, dia menyatakan V ada urusan yang perlu diuruskan.

Tapi hati Min kuat menyatakan V pasti salah faham dengan apa yang Hoseok cakap. Hoseok pun cakap tak tengok kiri kanan. Dah tu balik macam tu saja, Min yang kena selesaikan.

"Dah sampai mana tu Min? " appa V mengambil tempat di sebelah Min.

"Masih di markas ni lagi appa " sengih Min.

"Kamu dengan V bergaduh? " soal appa V tanpa berselindung.

"Taklah appa, waeyo? V ada bagitau apa-apa ke? " soal Min penasaran.

"V tak cerita apa pun, tapi tengok dia sibukkan diri dengan kerja syarikat, sampai tak balik jenguk kamu, appa rasa pelik. " terang appa V.

"Kitorang tak gaduh pun, tapi Min rasa V salah fahamlah appa. " balas Min.

"V dengar Hoseok cakap pasal Han sunbae, suami Hyejin unnie. Sejak tu dia menghilang appa" Min seperti ingin menangis.

"Jadi Min tak pernah sayangkan V? " soal appa V terus.

"Ani... Min dah tak simpan perasaan pada Han sunbae, lagipun tu cerita sebelum Min kahwin dengan V, lepas kahwin dengan V, Min dah berniat nak lupakan Han sunbae. Cuma malam tu diorang sengaja bermesra depan Min nak bagi Min jealous, Min tak jealous pun. Min cuma sakit mata tengok kegedikan diorang.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now