8

1K 61 2
                                    

V Pov

Uwekkk.... Uweekkk....

Aku terus meluru ke arah tandas, aku nampak Min sedang muntah.

Aku terkejut pada mulanya.

Tapi aku tahu ada benda yang tidak kena.

"Aik, baru 2 hari kahwin kau dah muntah? Aku tak sentuh kau pun lagi!? " tanya aku dengan sinis.

Bukan tak bersimpati, tapi inginkan kepastian juga.

Min hanya senyap.

Dia kemudiannya keluar dari tandas selepas mencuci muka, sempat dia memberi jelingan maut kepadaku.

Sebaik saja dia melintasi aku, dia rebah ke lantai.

Aku dengan cepat menyambutnya dan mengongcangkan badannya.

"Min, bangun Min! " panggilku.

Namun tiada balasan.

Aku mengangkat Min ke biliknya dan dibaringkan.

Aku memeriksa nadi dia, ok.

"Dia tak makan tadi! Aduh. Satu lagi kecuaian aku. Aku tak perasan dia tak makan tadi. Pasti perut dia masuk angin.

Dia muntah tadi pun keluar air saja.

Tetiba rasa macam nak marah diri sendiri saja.

Aku mengambil kunci kereta dan bergegas ke farmasi terdekat.

"Errr, ada ubat untuk penyakit trauma tak? " soalku pada doktor di farmasi tersebut.

Aku yakin Min pasti trauma dengan apa yang berlaku, dia nampak saja kuat dan okay tapi aku pasti dia tidak.

"Tiada encik, encik kena berjumpa dengan pakar psikiatri dan encik kena beri sokongan pada orang tersebut supaya dia tak buat perkara yang buruk. " balasnya panjang lebar.

Apakah bodoh sangat aku ni, pegi tanya soalan macam tu.

Aku hanya tersenyum dan meminta ubat untuk gastrik dan garam dehidrasi.

Selesai membayar ubat tersebut aku pulang ke rumah.

Sebaik saja sampai ke rumah, hampir 20 orang bawahan aku sudah sampai.

Hampir 150 orang yang di tempatkan di setiap kawasan rumah, yang akan mengawasi Min juga ada. Isteri kepada salah seorang ahli kumpulan.

Dia juga nampak kuat. Tugas pertama dia adalah memasak bubur dan memastikan Min makan bubur dan ubat.

Manakala yang lain semuanya aku arahkan untuk berjaga disekeliling kawasan rumah. Nasib Min kurang sihat, kalau tidak pasti dia nampak anak buah aku semua.

Aku kemudiannya naik ke bilik Min.

Aku memulas tombol pintu kelihatan Min sedang tidur.

Aku tak nak kacau dia, lagipun ada urusan yang harus aku selesaikan.

Aku menulis nota pendek diatas sekeping kertas lalu diselitkan pada lampu tidur.

Skip

"Malam ni aku nak jumpa dengan kumpulan Gangster Low, orang-orang dia dah serang isteri aku! " ujar aku kepada anak-anak buahku.

"Hidup Boss, Hidup Dragon High" teriak semua.

Kalau ada cicak yang berjalan pasti sudah mati keras.

Kami yang berkumpul di sebuah bangunan milik syarikat. Bangunan ini merupakan salah satu tempat berkumpul semua ahli kumpulan mahupun anak buah.

Setiap ahli kumpulan terdiri dari pemilik syarikat di Korea yang terlibat dari pelbagai bidang.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now