9

925 58 0
                                    

V Pov

"Okay, kau hanya nak aku jangan dekati atau bahayakan keluarga kau saja kan? Kalau bukan ahli keluarga kau aku boleh kacau betul? Aku setuju, dan lepaskan anak buah aku sekarang. " balasnya seperti orang yang murah hati.

Ayatnya sah ada yang tidak kena. Tapi tak mengapa, asalkan dia setuju dengan syarat aku. Itupun sudah cukup.

Aku sudah berpuas hati.

"Pastikan kau pegang janji!! " balas aku lalu memalingkan badan untuk berjalan.

Baru beberapa langkah aku ambil.

"Kau jangan ingat ini pengakhirannya, aku pasti akan bayar balik semua yang kau dah buat!!! Jeritnya dengan amarah.

Aku terus melangkah tanpa berpaling. Apa aku kesah, yang penting dia penuhi syarat aku sudah!.

Kami bersurai sebaik sahaja keluar dari markas Gangster low, anak buah aku kebanyakannya kembali menjalankan tugas mereka kepada ahli kumpulan, iaitu CEO yang berdaftar dan ada yang pergi bersuka ria.

Tapi

Aku tidak turut serta.

Skip

V Pov

Pintu bilik dibuka perlahan risau Min terjaga. Namun, Min tiada di atas katil.

Tetiba pintu tandas terbuka dan Min keluar dengan memakai gaun tidur pendek.

Terkejut aku melihat tubuh badannya yang terdedah.

Tetiba Min perasan aku di hadapannya.

Kawal Tae Hyung, kawal!

Dia kemudiannya menutup badannya yang terdedah itu.

Namun sia-sia, perlahan-lahan aku menghampiri Min, semakin dekat sehingga dia mula berundur ke belakang sedikit demi sedikit.

Min terhenti apabila tiada ruang untuk dia undur lagi.

Akhirnya aku berada hanya 2 inci dihadapannya. Aku menunduk sedikit menghampiri mukanya. Min kemudiannya menutup matanya dengan rapat.

"Bhahahahahahahahahaaaaa" gelak ku sambil menjauhkan diri daripadanya.

"Dah pergi tido" ujarku tanpa memandangnya.

Aku keluar dari bilik Min.

Sebaik saja pintu bilik aku tutup, barulah aku dapat bernafas, sesak dada aku yang dari tadi mengepam darah dengan sangat laju.

'Apalah yang tak kena dengan jantung aku ni, dah tak lama mungkin nyawa aku kalau setiap hari rasa hampir nak tercabut.'

Aku membersihkan diri dan tidur.

Skip

Min Pov

Masuk hari ini, dah sebulan aku berkahwin dengan V, masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

Setiap hari V pergi kerja pukul 8 pagi dan pulang lewat malam. Aku tak pasti apa yang membuatkan dia lewat pulang.

Tapi aku yakin kerja sebagai CEO memang sibuk.

Aku!?

Dah 2 minggu aku tak ke syarikat untuk bekerja, satu sebab aku malas, kedua aku perlu siapkan novel aku yang sepatutnya siap pada minggu lepas.

Penerbit memang dah mula tanya, tapi dia faham sebab aku bagitahu dia aku berehat sekejap untuk sebulan.

Jadi sekarang aku kena kerja bersungguh-sungguh untuk siapkan novel. Untung V pun tidak membantah kerjaya aku sebagai novelis.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now