Min Pov
"Oppaa...." Muka kelegaan aku pamer. Nasib Seokjin bukan V.
Badannya basah dengan peluh, sepertinya dia baru lepas bersenam.
"Kenapa semua ada disini?" Soalnya sambil mengelap peluh yang merenik di dahi.
I had to admit he's hot. Dengan baju sleevelessnya.
"Saja berborak, oppa tolong jaga semua orang sepanjang ketiadaan Min ya. " pintaku terus memecut laju, taknak kena soal lebih-lebih.
"Jangan lari Min!" Jerit Seokjin lantang.
Oppss...terlupa! Langkah aku perlahankan.
Hingga sampai dihadapan bilik, Kookie aku kejut.
Dia membuka mata.
"Dah pegi masuk tidur, nanti kita gerak ke Incheon pukul 9.00 pagi." Arahku.
Dengan mata tertutup dia bangun menghadapku. Tubuhku dipeluknya.
"Jaga diri dekat sana, kalau masa kau balik Tae taknak dengan kau, aku setia menunggu." Kookie berbisik ditelingaku.
"Dan kalau kita berjumpa lagi, kau kena panggil aku Noona! Bukan kau-aku faham!" Pelukan dia lepaskan. Kapalanya aku usap.
"Arasso...." Kookie mengangkat bantal dan mengheret toto yang dia gunakan ke bilik dalam keadaan melelong.
Tetiba Kookie berpaling.
"Min..." Panggilnya. Aku yang ingin memasuki bilik terhenti.
"Saranghae....jalja..." Matanya merah. Kookie terus memasuki biliknya.
Aigoo...kiddo will remain as kiddo.
Nasib aku dah suntik V dengan ubat tidur. Kalau dia dengar ucapan Kookie, mahu mengamuk dan cemburu tak bertempat.
'Tapi Kookie, hyung kau pun aku kena culik sekali.'
Sebab ni masa untuk aku dan V membuat persediaan untuk cabaran seumur hidup, V akan didedahkan dengan dunia gangster dan mafia yang sebenar.
Bagasi besar aku keluarkan. Barangan V yang penting semuanya aku masukkan ke dalam bagasi.
End flashback.
"Kau buat apa dekat luar ni?" V mendakap tubuhku dari belakang. Tangannya melekap diperutku.
Musim sejuk mula menghampiri. Jadi kesejukkan menjadi pendamping.
"Saja tengok tasik buatan tu." Tangan V aku gosok. Memanaskan badan kami bertiga.
"Dah sedia?" Soal V. Kepalanya didaratkan di bahuku.
"Bersedia?" Soalku kembali.
"Untuk water birth" sambung V.
"Dah..." Jawabku yakin.
Ok aku jujur...memang aku dah sedia....tapi takut tu tetap ada...semua perasaanlah ada...tapi atas kebenaran doktor aku boleh buat water birth.
Lagipun water birth antara cara yang paling kurang risiko dan tidak melibatkan ubatan yang banyak.....
"Macam mana kalau kau mati masa..." Ucapan V aku potong.
"Jangan risau...ni cara yang sesuai lagipun saya dipantau oleh jururawat perbidananan yang bertauliah. Andai kata berbahaya, alternatif lain akan diambil."
Sebab utama water birth adalah untuk aku mudah kembali aktif dan kekal fit.
Sebagai ketua gangster, nak tak nak memang kena fit semula, kalau tak macam mana nak mempertahankan diri.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...