Min Pov
Dah masuk hari ke 5, V tak sedarkan diri.
Aku masih setia menunggu dan merawat V.
Aniyy.... Kalau setahun atau dua tahun pun.... Aku tetap akan tunggu V bangun.
Tubuh V aku lap dengan tuala suam supaya badannya kekal segar.
Pagi tadi doktor membuka alat bantuan penafasan dan beberapa wayar yang aku sendiri tak pasti kegunaannya, kata doktor V dah boleh bernafas tanpa sokongan mesin.
Senyuman aku tarik.
Urusan Gangster High masih lagi aku uruskan, tapi urusan Dragon High dan syarikat aku serahkan kepada appa untuk uruskan.
"Nah puan" kookie masuk ke dalam bilik sambil menghulurkan sepucuk surat.
Jelas senyuman di bibirnya.
Eloklah tu... Masuk tak ketuk, lepastu bolehlah kau tersenyum. Cuba kalau orang yang kau sayang yang terbaring barulah kau tahu kan...
Ishh... Jauh aku merepek.
"Mianhae Boss, saya buka baca tadi" balasnya sambil mengosok leher.
Surat yang sudah terbuka aku lihat.
Tak guna sungguh... Memanglah surat berkaitan kumpulan aku benarkan dia buka. Tapi ni surat persendirian.
Nak hukum pun tak guna.
"Dah... Dah... Kau boleh keluar! " arahku.
"Jangan marah Boss tak baik untuk kesihatan tau! " sengihnya hingga ternampak gigi arnab miliknya.
Hailah budak sorang ni..... Ada juga makan kaki. Tapi tulah disebabkan muka dia yang comel tu aku maafkan.
"Kayoo! " aku duduk diatas kerusi disebelah katil V.
Surat tersebut aku baca. Surat dari hospital ni? Perlu ke sampai hantar surat.
Ni mesti salinan surat pembedahan V, takpun laporan doktor.
Tetiba telefonku berbunyi.
"Baik, saya datang sekarang. " ujarku mendatar.
Hailah doktor ni penakut betul, dah bagi salinan laporan, sekarang panggil nak jumpa pula.
Mentang-mentanglah V ni salah satu pemegang saham di hospital ni.
Surat tersebut aku letakkan di meja sebelah katil.
"Saya pegi kejap tau... " beritahuku kepada V.
Terus kaki aku langkah ke bilik doktor.
....skip....
"V... Bila awak nak bangun....banyak perkara saya nak bagitau awak" ujarku kepada tubuh V yang masih dalam koma.
Hari ni merupakan hari kelapan V 'tidur'.
Kepala aku letakkan diatas tangannya.
Jari aku silangkan bersama jemari V.
Baru saja mata ingin aku tutup, ada gerakan pada jariku....
V menggenggam jariku. Walaupun lemah tapi dapat aku rasakan.
Badan aku luruskan memandang wajah V. Kelihatan matanya bergerak dan terbuka....
"V.... V.... " panggilku.
Aku terus keluar menyuruh anak buahku memanggil doktor dan menyuruh mereka menelefon appa.
Tidak sampai 2 minit doktor sudah sampai.
Dia memeriksa keadaan V.
"Nampaknya suami pn. sudah sedar dari koma... "
![](https://img.wattpad.com/cover/118094065-288-k567824.jpg)
YOU ARE READING
Gangster High (C)
AçãoYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...