41

697 50 0
                                    

V Pov

Aku hanya memerhati gelagat Min dan juga 'orang kanan' Min. Mereka di taman manakala aku di balkoni atas.

Selepas saja mereka suruh aku berehat, mereka terus turun ke taman.

Kata saja orang kanan tapi.... Bergelak ketawa lain macam aku tengok....

"Cemburu ke? " celah appa yang entah dari lubang mana muncul aku pun tak tau.

Aku hanya diam.

Appa memang dapat baca kesemuanya.

"Bila Tae nak jujur dengan Min? " soal appa tegas.

"Jujur tentang?? " soalku pura tidak tahu.

"Yang Tae dah ingat semua! " masih lagi tegas.

"Nantilah appa" balasku malas.

"Min tu banyak peminat kalau kamu nak tau, jangan sampai senyap-senyap dia tinggalkan kamu dahlah! " sindir appa dan berlalu pergi.

Air liur aku telan dengan perit.

Memang perit pun.

Pada waktu aku sedarkan diri memang aku lupa siapa Min.

Masa awal-awal aku sedar aku nak sangat jumpa dengan Min, seperti hati aku ingat dia.... Tapi bibir aku hanya mampu menghalau Min sebab rasa sesak sangat tengok Min.  Dengan perempuan lain aku benci nak tengok tapi dengan Min lain.....

Tapi perlahan-lahan bermacam memori aku dengan Min datang menerjah.

Hinggalah esoknya aku dah mampu ingat Min sepenuhnya.

Doktor cakap mungkin kesan hentakan dan pembedahan menyebabkan memori aku tersimpan dibawah minda separuh sedar. Ditambah lagi aku koma beberapa hari.

Aku ingat nak peluk Min dan bagitau yang aku dah ingat dia kembali. Tapi sayang apabila cemburu menguasai aku.

Pagi tu aku nampak Min makan dengan Jungkook. Siap jantan tu lapkan mulut Min lagi.

Min pula hanya senyum. Berselera dia makan dengan jantan tu.

Itu boleh tahan lagi.... Yang tak tahan.... Min hanya layan aku ni macam satu tanggungjawab saja.

Min tak sayang dekat aku? Dia dah jatuh cinta dengan Jungkook?

Macam-macam soalan yang bermain difikiran aku.

'Tapi bukan kau ke yang tak bagitau Min kau dah ingat semuanya! Bukan kau ke yang taknak jumpa dengan dia? Dan bukan kau ke yang layan dia dengan penuh benci? ' akalku mula berbicara..... Arghhh... Buntu....

IPhone yang bergetar menandakan ada panggilan masuk aku angkat.

"Jadi? " soalku pendek.

"Ok letak dalam peti di bilik kebal, nanti aku baca" ujarku lalu mematikan panggilan.

Pandangan aku halakan ke halaman bawah.... Tapi Min dah tiada!

Pandanganku menangkap susuk tubuh Min berjalan beriringan bersama Jungkook ke sebuah kereta.

Kereta tersebut terus dipandu keluar.

Apa yang mereka buat?  Kemana diorang pergi?

Tapi ada urusan penting yang perlu aku buat sekarang.

Kaki aku langkah dengan berhati-hati menuju ke bilik kebal.

Pintu dibuka selepas kod dimasukkan.

Jelas appa sedang duduk di sofa, sambil membaca butiran di dalam fail berwarna merah.

"Tak sangka Min ni ketua The Mynstery? " ujar appa sambil menutup fail tersebut.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now