Min Pov
"Heyy....uljima.... " sebut V.
Bila masa pula dia bangun.
Aku hanya membiarkan tangan dia menyapu air mata yang mengalir di pipiku.
Entah kenapa dengan V, semua jadi seperti lain. Aku dengan mudahnya boleh menangis di depan dia. Sedangkan tiada sesiapa pun pernah nampak aku menangis.
Seolah-olah kami pernah bertemu sebelum ni.
"Aku tahu kau kuat dan kau mampu. Semua ni salah aku, aku mintak maaf... " ujar V dengan kekesalan.
Peritnya tekak aku nak bersuara.
"Aw...wak tak salah pun, saya yang bersalah, sa...ya yang mabuk semalam, jadi berhenti mintak maaf. " ujarku dengan sedikit tersekat.
'Dan bukan kata-kata maaf yang saya nak dengar dari awak V' monologku.
Terus V memeluk badanku erat.
"Tidurlah, aku mengantuk " ujar V dengan mata tertutup.
..................
V Pov
Aku membuka mata apabila ada panggilan masuk.
"Yubuseyo" jawabku kepada pemanggil.
Tutt tutt tutt....
Panggilan itu dimatikan.
Nombor persendirian, nombor yang tiada dalam senarai kenalan aku.
Lantas aku melihat ke tepi.
Kosong.
Aik, mana Min pergi?
Aku terus ke tandas untuk membersihkan diri.
Sebaik saja aku keluar dari bilik. Telefon bimbit aku berbunyi lagi.
Dari nombor yang tidak dikenali lagi. Tapi nombor yang lain.
"Kalau kau.... " terus panggilan dimatikan. Tak sempat aku nak bagi amaran kepada pemanggil tersebut.
Aku terus turun ke bawah.
"Selamat petang boss " sapa anak-anak buahku.
"Selamat petang, kau tolong aku siasat pemilik nombor telefon yang baru telefon aku tadi, aku nak dalam masa sejam dari sekarang, faham!" aku terus melangkah keluar dari markas selepas iphone aku baling kepada anak buahku.
Nasib dia sambut kalau tidak penat aku kena pergi beli baru balik.
Dan aku nampak orang yang aku cari.
Lantas kaki ku hayun laju kearahnya.
"Selamat petang appa" ujarku sambil menunduk hormat.
Aku duduk di sebelah Min.
"Ahh, Tae nasib kamu cepat kalau tidak habis semua rahsia kamu appa ceritakan pada Min " ujar appa selamba.
Memang betul sangkaan aku.
Nasib aku cepat.
Aku hanya mencebik.
Min memang sakan gelak dari tadi.
"Appa kejap lagi Tae dengan Min akan gerak balik rumah kitorang. " ujarku tanpa berselindung.
"Korang berdua akan duduk di sini. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang. " ujar appa tegas.
"Tapi... "
"Ini muktamad Tae, Min pun dah setuju" appa memberi kata putus.
Jadi apa lagi yang mampu halang. Sejujurnya ini cara yang terbaik. Sebab rumah aku tu pun tidaklah seselamat 'rumah appa'.

YOU ARE READING
Gangster High (C)
AcciónYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...